Melihat pada jam didalam kereta ini, sudah menunjukkan bahawa si Arif itu sudah melepasi Johor Bharu, agaknyalah.
Dan diwaktu Zuhur, terkenang juga pada anak buah ni, sempatlah berdoa, agaknya dalam perjalanan dari Hanoi ke Kuala Lumpur lah tu. Mudah mudahan berjaya.
Dan foto malam lewat FB ini sudah menceritakan pengesahan beliau sebagai Pegawai Penerbangan AirAsia.
Tahniah Arif Kashani Abdul Rahman Hariri
Juga , saya menerima pesanan ringkas bahawa mereka sekeluarga sudah berada di KLIA pada malamnya tadi, dan tiba di Ipoh subuh Selasa.
Ini yang saya 'leterkan' selalu pada mereka berdua ni. Balik semenanjung tak nak habag awai awai.
Cuti terpaksa saya rancangkan pada hujung minggu sahaja, jika terjadi percutian mereka ke Sungai Petani. Tak sempurna kiranya mereka datang bertandang pada hari saya bekerja.
Tapi, begitupun, ada masanya ,saya terasa seakan memaksa mereka sekeluarga bercuti ke Utara ni. Ada baiknya saya biarkan sahaja rancangan mereka sendiri. Jadi, saya tidak mendesak, dan hanya menanya lewat petang/malam Khamis /Jumaat itu, dan ternyata mereka punya rancangan tersendiri. Jadi saya turutkan sahaja. yang pasti, saya tetap mahu jumpa walaupun untuk jumpaan harian sahaja.
Pagi Sabtu 22 Disember 2012, mereka nak bergerak pulang dah, dari Ipoh ke Kuala Lumpur
Saya katakan, kalau abang Bacho sekeluarga ini menetap di Johor atau Terengganu, saya boleh jumpa selalu, ini kannya Sabah, susah nak jumpa, kalau tiada kesempatan ini, maknanya tahun 2013 lah dapat berjumpa.
Pujuk punya pujuklah ni, akhirnya saya dibenarkan mengadap, hahaha...
Pagi itu sekitar 640 pagi , saya berdua dengan adik bujang ni, Si Mokhtar bergerak meninggalkan SP . Anak isteri tak dapat ikut kerana masing masing sibuk dengan kerja hujung tahun, dan aktiviti sekolah yang bakal bermula.
Kami berhenti seketika di R & R Sungai Perak sekitar 810 pagi, dan tiba di rumah mak Ros ni sekitar 850 pagi.
Semua dah bersiap bersalaman dengan nenek mereka.
Sepanjang jalan dari Ipoh ke Kuala Lumpur ini, tidak kami sedari, kerana pemanduan diterajui oeh Mokhtar, sedangkan kami bertiga asyik mengungkit kisah silam dan kisah keluarga.
Sedar sedar dah 130 tengahari memasuki Tol Bukit Lanjan!!
Bila ditanya mahu makan apa untuk tengahari ini, di hati saya hanya ada dua restoran, satu nasi Pak Arab tu, satu lagu masakan Chinese style yang menjadi kegemaran kami seklaurga itu.
Memandangkan masa masih awal, kami teruskan sahaja ke Pandan Roundabout tu.
Ini port biasa saya sekeluarga. Restoran Al Rawsha.
Dalam setengah jam , langsai, sebab semua lapar.
Jadi, makan disini ajelah. Selasai sekitar pukul 3, dan saya arahkan Mokhtar memasuki Bukit Bintang/Puduraya/Jln Tun Perak dan terus ke Penchala Link mengarah ke Bukit Lanjan.
Ternyata jalan sesak, tapi, oklah, masa masih banyak untuk kami bersiar siar.
Satu untuk 3 keluarga , Abang Bacho, Mokhtar dan saya.
Kami mengarah kerumah Han, abang kepada Zairul Hisham tu, senang aje nak cari. Di Sg Pencala pun saya punya kenalan.
Zaihani dan Kak Wan, dua duanya budak(Pak/Mak) King Edward Taiping.
Ha ah, saya kaki buku, betul tu....tak campur dengan orang, hahaha.
Dan saya berdua dengan Tart meneruskan perjalanan pulang sekitar 530 petang, dan memasuki Tol Sungai Petani sekitar 1010 malam. Jalan agak sesak dengan cuti Hari Natal.
Tol Juru ni, kalau tak sesak, bukan Tol Juru lah.
Terima kasih abang Bacho dan Ala kerana sudi menjadi tetamu saya walaupun seketika, entah bila kita boleh bersua lagi.
Latiff hariri
1848 28122012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment