Destinasinya - kebun.
Jadual padat hari ini. Saya sudah arahkan anak anak supaya bersiap sekitar 8 pagi, untuk terus bergerak sarapan , dan setrusnya menuju selatan.
Sesampai di kebun ini, tugas bertama saya adalah meracun disekeliling pokok pisang serta rumpai yang meliar ditapak tanah merah yang bakal saya naikkan kondo 10 tingkat itu, hahaha.
Selesai meracun, terus mengutip 4 biji durian yang gugur . Sudah terbayang kepada siapa durian ini akan dititpkan. Melihat lihat sekitar pokok berangan ini, adalah 2 biji jantung yang sudah sesuai untuk dicantas.
Hm, ternampak pisang emas setandan ini, rasanya sudah sesuai untuk dituai.
Emas kedua - 7.4kg. Bermakna ada penambahbaikkan kualiti dari segi beratnya jika dibanding dengan yang pertama.
Ok, jam sudah sekitar 750pagi, masa untuk pulang.
Tapi , bateri kereta saya ini mati pulak, laaaaa tension sungguh.
Untungnya ada rakan rakan yang membantu, dapat dihantar 'jumper' ke kebun, dan saya bergerak pulang, untuk meneruskan destinasi yang sudah terlewat sekitar satu setengah jam ini.
Latiff Hariri
1938 081212
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment