Bila Zawawi datang pada petang akhir 2010 lalu, saya memang tiada apa apa rencana untuk keesokkan harinya, jadi saya terima ajelah.
Saya dan Izzuddin tiba kedalam Kem Lapangan Terbang ni sekitar 755 pagi. Parkir kereta sudah hampir penuh. Selamba aje masuk kedalam Kem tanpa banyak soal jawab.
Kini saya dah pandai mencari dimana sudut yang sesuai untuk saya duduk dan meminta Izzuddin aktif merakam acara yang bermula sekitar jam 815 pagi ini.
Memang teruja melihat tentera berkawat.
Mej Jen (B) Dato' Mohd Rozi Baharom, Mantan Panglima Tentera Darat Jen(B) Dato' Sri Che Md Noor Mat Arshad, disamping Pegawai Memerintah yang ke 19- 19 RAMD Mekanize, Lt Kol Fazal Abdul Rahman
Tabik Hormat dari Pegawai pegawai Kanan 19 RAMD Mekanize
Saya akhiri acara ini dengan foto keluarga besar 19 RAMD ini. Sebenarnya, masih banyak acara
selepas acara ini, tetapi keadaan tidak mengizinkan saya untuk hadir bersama.
Kami tinggalkan Kem sekitar pukul 10 pagi, dimana acara makan makan sedang dimulakan.
Terima Kasih atas jemputan ini, walaupun sedikit untuk kami kongsi bersama, tapi cukup bermakna untuk saya dan Izzuddin
Latiff Hariri
1004pg 160111
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment