Bee Gees

Monday 3 January 2011

Tetamu dari Johor

29122010

Saya tahu abang Zul ada di Kampung Permatang Berangan, tapi tak berkesempatan nak berjumpa. Oleh kerana beliau bercuti, kami yang minta beliau berziarah kami pada sebelah malamnya.

Abang Zulkifli Abd Kadir ni, abang kepada Roziah, angkatan SMDA 1979. Kerjaya sebagai saorang Polis di Seri Medan, Batu Pahat, Johor.

Ini biras kepada abang Zul,Wan bersama anak kedua beliau
Zul bersama anak ketiga Faiz
Anak anak duduk semeja
Sedangkan emak dan ayah di meja berasingan.

Malan ni menunya kari ayam kampung, ikan masin anak sepat ronggeng, ikan senangin goreng bercili serta ayam goreng.
Setahu saya abang Zul ni bukan jenis 'pemakan', tetapi malam ini dia betul betul makan....
Selesai makan malam, saya berkisah dengan foto foto reunion SMDA angkatan 1981 yang lalu, ya, beliau masih ingat dengan guru disiplin, Pak Dino. Dia kata, garang sekali cikgu ni....

Saya berkisah serba sedikit dengan beliau, tetapi sekadar jam 11 malam, bila saya lena terus, dan abnag Zul sambung berbual dengan Roziah dan anak anak melepasi pukul 12 mlm.

Saya jenis yang tidur awal.


Latiff Hariri
0701 03012011
Sungai Petani

No comments: