Selain dari Hari lahir hari ini, mengikut aturcara awalnya, ada 3 majlis perkahwinan, yang saya harus/wajib hadir atas jemputan rakan rakan zaman bujang /persekolahan.
Pertama Hadi di Sungai Petani, Kedua Raja Anuar Zalehan Shah di Taiping, dan ketiga
Zairul Hisham di Ipoh . Berputar ligat kepala pada mulanya memikirkan bagaimana harus saya atur perjalanan ini....
Tapi bila Zawawi Adam datang bertandang, terus bertukar rencana. Hanya minta maaf lewat blog saya tujukan kepada Raja Anuar dan Zairul Hisham.
Pertama :- Hari Ulang Tahun ke -34 19 RAMD Mekanize Kem Lapangan Terbang , Sungai Petani Kedah (750pg-10pagi)
Kedua :- Perkahwinan Wahida Farahana - Abd Radi di Taman Ria Jaya, Sungai Petani(1220-120tghari)
Sedang saya asyik dengan acara di Kem Lapangan Terbang, saya terima berita sedih ni....
Anak buah Roziah, Mohd Fuad Kassim, usia sekitar 30, bujang, terbunuh kemalangan motor di malam tahun baru di lebuhraya Juru.....
Bergegas ke kampung sekitar jam 2ptg. Al-Fatihah untuk anak......
Suasana rumah di hari duka ini.
Bersama sepupu Roziah, abang Din dari Tikam Batu
Bersama sepupu dari Singkir, Merbok
Selalunya begitulah, bila ada perkahwinan dan kematian, baru keluarga dapat berkumpul dan bertemu.
Ketiga: - Minum petang bersama Zawawi Adam 440pt-620ptg
"Tip, jum minum petang kat tepi Kem". Itu smsnya dari Zawawi.
"Ok, beri saya 20minit". Balasan saya.
Dalam gerimis saya melarikan Zawawi dari Kem, sedangkan Lt Kol Fazal sedang bersiap untuk ke Harvard Golf Resort untuk acara memukul bersama rakan rakannya.
"Tip, kita makan laksa kat Sg layar aje, tak yah gi jauh jauh".
La, macam la laksa tak ada di Sarawak. Tak pun, apalah istimewanya laksa di Sungai Petani. Tetapi setelah diberitahu, "Hang bayangkan Tip, mana ada laksa kat Sri Aman tu, mee kolok ada la....", baru saya faham. Kesian jugak kat selera mamat ni....
Terus saya cadangkan ke tepi Petronas Bakar Arang sahaja untuk laksa yang 'adalah rasa laksanya' di Sungai Petani ni. Masuk sahaja ke gerai, terlihat periuk besar sup daging , dah jadi lain pulak.
"Tukar lah Tip, minta mihun suplah pulak, tak tahan tengok periuk ni..."
Lalu saya pesan sepinggan laksa, semangkuk mihun sup, dan dua mangkuk cendol.
Satu cendol saya habiskan, yang lain lain zawawi selesaikan. Tak sampai hati tengok kawan kawan berselera nak makan ni.
Roziah , Aqilah dan Izuddin hanya tiba sekitar pukul 540petang, dan kami berbual sehingga 620 petang.
Ini aktiviti sepanjang siang 1 Januari 2011. Masa terisi sepenuhnya.
Suka suka pun, ada dukanya. Saya sedih dan kecewa dgn apa yang berlaku kepada anak buah saya ni. Ya lah, semua ketentuanNya. Persoalan yang saya selalunya belum terjawab. Perlukah kita menyambut perayaan tahun baru dengan berkonvoi beramai ramai diatas lebuhraya? Sampai usia ini, saya masih belum punya lesen motosikal, tak berani dan tak akan punya lesen motosikal.
Kepada anak anak semua, hati hatilah selalu diatas jalan raya. Nyawa mudah melayang diatasnya.
AlFathihah untuk Fuad Kassim, semoga aman disisiNYA. Amin
Latiff Hariri
0938pg 090111
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment