Bee Gees

Friday, 8 October 2010

Baharum Mahmood (01121963 - 06102010)
















Idil Fitry 1994 dirumah Baharum dan Jamiah
Baharum, isteri didepan dan anak anak bertemakan warna merah,
Hasdian(1990) dan kembar Mohd Hazmi dan Mohd Hazman (1992)
Yang nakal warna Hijau, Ariff Khashani dan berdukung didepan baby Akmal Hariri
















Latiff, Rahman, Baharum, Kak Sham, Mak Su Azizah, Tety.

Kami membesar bersama. Setiap kali Idil Fitry pasti kami pulang dari Batu Gajah/Lenggong
ke Assam Kumbang, Taiping. Dan saya semakin rapat dengan Baharum bermula dari 1973 - 1981 . Waktu tu kami menetap di Aulong dari tahu 1973-1978, dan saya meneruskan persekolahan , menetap di asrama seketika, dan kembali menetap di rumah nenek bersama Baharum hingga tamat SPM 1981.

Baharum adalah anak kepada kakak sulong emak saya, Umi Kalsom. Dilahirkan pada 01121963, kembar bersama Baharin. Beliau adalah abang .
Dipelihara nenek Bulan , kalau tak silap seawal umur Baharum 2 tahun. Nenek Bulan dan Tok Adam, yang mempunya 12 anak terus mahu membela cucu lagi.

Bahrum mepunyai 10 adik beradik.

Apa yang menarik beliau memanggil Nenek Bulan emak, dan Tok Adam Abah.
Emak saya beliau bahasakan Akak Tun aje.

Selalunya Baharum ni agak adventurous . Banyak aktiviti lasak yang beliau lakukan.

Pernah diwaktu bersekolah menengah di King Edward, saya mengadang beliau gara gara mahu dibuli rakan rakan senior sekelas beliau. Walaupun Baharum senior setahun, tapi, kerana badan saya agak besar, tak berani jugak rakan rakan senior lain membuli saya. Hehe, sebenarnya rakan beliau yang mahu membuli tu pun , rakan baik Baharum jugak. Budak Kampung Tekah.

Saya tiba di rumah Baharum jam 845 pagi 071010 . Jenazah belum dimandikan, Ketua kampung dan surau, sedang menguruskan aturcara perkebumian.

Kira kira jam 1040pagi, baru Jenazah dibawa keluar dari rumah untuk dimandikan.

Masa kecil dulu saya dan Baharum mandi bersama, ini terakhir untuk saya mandikan Arwah.














Jenazah diusung keluar untuk dimandikan

Terkilan, itu yang dapat saya ucapkan. Keadaan perut yang dibedah tidak sempurna, atau mungkin kerana agak kronik, jahitan sudah terbuka.

Selesai mandi dan dikafankan, seluruh saudara mara terutamanya kakak2 dan abang2 serta adik adik , anak anak terus mencium untuk kali terakhir.





















Baharin, kembar Baharum memasuki rumah untuk tatapan terakhir













Jenazah menaiki kereta jam 1120 pagi















Anak sulong , Hasdian dan salah saorang kembar, Hazmi/Hazman















Kembar Hazmi/Hazman (?)














Baharin memerhati dari jauh














Talkin
Petak 635, Tanah Perkuburan Kemunting, berhadapan kilang Silverstone












Mohd Ali, 10 (anak bongsu)menyiram air mawar untuk Ayah





















Hasdian 20, anak sulong arwah Baharum

Adik, merenung jauh......abang telah pergi.

















Selesai semua jam 1240 tengahari. Suasana redup

















Kenangan manis 60an di Zoo Taiping . Gambar kreatif arwah Bapak yang tersimpan

Baris belakang, kiri, tak pasti siapa, Baharum, Latiff, Maksu, Kak Sham
Duduk depan, Rahman, Tety, Pcik Yusuf dan pcik Hamzah.
Ini cucu cicit Moyang Sariah , kelahiran Desa Haraban, Kecamatan Palupuh, Bukit Tinggi,
Sumatera Barat.

Selamat bersamaNya Bayum. Boy doakan dari jauh , sementara menanti 'masa'nya.

Al-Fatihah.

Tiada dosa yang tersimpan antara kita berdua, semuanya dah dilupai dan terhapus dari ingatan.

Latiff Hariri
0925 091010
Sungai Petani


No comments: