Bee Gees

Tuesday, 12 October 2010

Sepanjang Minggu Yang Lalu













Masjid Kubang Buaya

Khutbah Jumaat ini, saya ter'mis' sepertiga, gara gara makan dulu, Jumaat kemudian.

Memang selama ini pun, makan dulu, tapi dek kerana waktu Zohor yang semakin kedepan, jadi tergesa gesa memasuki Masjid Kubang Buaya.

Initipati khutbah yang dapat ditangkap, antara lain, kecantikan 'taqwa'. Bila taqwa sesaorang itu kukuh, dia diumpamakan perhiasan atau solekan pada diri kita. Maknanya setiasa cantik dan tampan, bila kita bertaqwa pada Nya.

Sebelum berJumaat ni, biasala, sembang gerai kopi. Usik dan menyakat, serta sindiran sinis dan tajam menjadi halwa telingan kami. Walaupun ideologi berbeza, yang pasti kami tetap rakan sepejabat.

" Ada ka patut, depa bagi duit haram kat mak pak kita? Patut pun kita serah balik duit tu kat depa." Itu kata kata awal pembukaan Saha sebaik beliau selesai memesan makanan.

" Aik, mana hang tau duit tu dari duit haram?" Maz mula menyungkil.

" Dah terang terang , Guan Eng tak tau nak jawab." Balas Saha.

" Mana tau duit tu duit haram, mak hang serah balik ke?"

" Mak aku dah tak ada, kalau ada , aku suruh dia serah balik." Saha masih tak mahu mengalah.

" Ooo, ingatkan mak ayah hang tak nak serah balik."

"Duit yang tak tahu halal haramnya tu, nasib baik bini aku Cikgu, kerja dengan kerajaan pusat,kalau tak......" Saha terhenti, habis idea agaknya. Tak pun tersilap cakap.

"Eh, mana hang tahu duit gaji bini hang duit dari sumber halal, kan keuntungan cukai judi setiap tahun berjuta ringgit, dimasukkan ke akaun Kerajaan. Entah entah duit 'Kuda' dan 'empat nombor ekor' pun ada dalam gaji tu, baik hang suruh bini hang serah balik....."
Maz mengherdik
.

Suasana sepi, masing masing pura pura tak dengar . Saya macam biasa, sengih sumbing dalam hati.

" Tapi, duit yang depa collect balik dari warga tua tu, depa serah kat sapa ek? Gang mamak tu boleh percaya ke? Entah entah masuk poket mereka tak pun dikitar semula waktu pilihanraya nanti. Orang depa jugak balas nanti" Maz tak mahu mengalah.

Sekarang dah timbul yang Rezal Merican rupa rupanya ada ajenda tersendiri untuk menonjol diri menggantikan wakil Parlimen Kepala Batas PRU13 nanti. Awas Pak Lah oi.
########


Ini aktivitinya du hujung minggu yang lalu.

Bergerak ke arah Kangar jam 1140 pagi, dan tiba di tengah pekan Kangar kira kira jam 1 tengahari. Jarang saya kesini, kecuali ada urusan kerja.














Kat tengah bnadar Kangar, petang 101010.

Sempat jugak menjenguk emak Fazrin yang baru pulang dari wad Hospital Kangar tu.



















Kami dihidang laksa Kuala Kedah olah Fazrin sekeluarga.

Berangkat pulang selepas jam 4 petang, panas dan mngantuk sepanjang perjalanan.

Tiada yang menarik sepanjang minggu ini selain dari bertandang ke Bandar Kangar.

Kelmarin dulu, mengadap Jabatan Imigresen, buat paspot baru.

Hairan juga, rakan rakan Imigresen yang bertujuh tu, di ISA kan sahaja, mengapa tak dituduh di mahkamah terus?!.

Saya mula memikir, ada 'orang atas' yang terbabit, dan mereka bertujuh dikambinghitamkan.

Tahniah PRDM dan SPRM, anda menggalakkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa Penguasa yang kejam.


Latiff Hariri
1051 171010
Sungai Petani

No comments: