Bee Gees

Thursday, 28 April 2011

Tari Monotor

Bila acara Upah Upah tamat, saya perhati kesemua tetamu yang hadir tergesa gesa keluar dan meminta pentas dikosongkan segera. Saya yang sedang merancang untuk pulang, dan menanti Ayah dan Bonda pengantin keluar sahaja, terhenti dari bicara bila Pengantin mula diasak keluar menuju kepentas mengekori kedua dua ibu bapa dari kedua belah pehak.

Eh, ada apa pulak ni? Terbantut rencana nak pulang.

Sedangkan waktu itu sedang rancak diadakan tarian 'pencak silat' diatas pentas dengan aksi terbangnya.



Ayahanda dan Bonda Pengantin lelaki telah menduduki kerusi diatas pentas

Bonda dan Ayah Penganting perempuan pun duduk seiringan

Saya rasa acara ini agak tergesa gesa. Terus saya kata kepada Raja Anuar dan Wan.

"Ini menarik ni, kita tunggu lepas ni lah, baru kita balik."

Pencak silat pun dipendekkan cerita, supaya acara ini dapat bermula.

Dikepala saya masih tertanya tanya, apa yang akan berlaku diatas pentas ni nanti.


Hadirin terus memberi perhatian. Mereka teruja sepertimana saya, yang mula, tanpa segan silu , panjat keatas pentas melalui sisi, tanpa menggunakan tangga lagi. Orang tak marahnya, hehehe.

Tengok! Semua tamu beri perhatian. Yang bersongkok hitam-merah tu( ini songkok Edwardian ni) adalah ketua adat ini, kacak dan seangkatan umur saya jugak ni, tak pun muda sedikit. Beliau yang akan menjadi penunjuk-ajar kepada Pengantin tentang langkah seterusnya.

Pengantin memulakan Tarian Montor sambil diperhatikan oleh Ayahanda dari sisi.

Nyanyian, paluan gendang, dan rentak tari yang gemalai. Perhatikan jurumudi tarian dihadapan pengantin sedang memberi arahan. sedangkan tetamu tetamu dan jurukamera sudah berdiri disekeliling pentas.

Tugas saya pulak mengelilingi belakang pentas.

Pengantin akan menghampiri kedua dua Ayahanda Bonda disisi, sambil terus dengan rentak gemalainya.

Kembali ke tengah . Saya agak, kepada yang tak pernah melakukan tarian gemalai ini, pasti akan terasa betapa mudahnya tarian ini. Tetapi, setelah selesai anda lakukannya, akan terasa berat kedua dua belah lengan tangan anda!
Tarian ini mengambil masa melebihi 5 minit.

Tetamu tidak berganjak dari lokasi masing masing. Bukan senang nak tengok Pengantin menari.

Yang suami akan mengelilingi isteri sambil matanya memberi perhatian kepada isterinya tanpa perhati kearah lain. Menarik sekali.....

Jurumudi tarian berpasangan. Songkok KE tu!!

Kepalanya dilentok sambil mengelilingi pasangan. Adakalanya saya teringat kepada tarian seekor burung yang meminta perhatian dari pasangannya , lewat NATGEO kat TV tu.

Dah hampir siap satu pusingan.

Saya pun turut mengelilingi pentas ini untuk lokasi terbaik.


Lihat! Jurumudi pun turut berpusing sama, supaya diikuti Pengantin. Ini memang sesuatu yang pertamakali saya lihat.

Sebaik selesai, Pengantin dan ayahanada bonda pun menuruni pentas. Mungkin juga pengantin terasa lega.....

Saya mula memberi isyarat kepada Raja Anuar dan Wan supaya bersedia....


Latiff Hariri
0644 28042011
Sungai Petani

No comments: