Bee Gees

Tuesday, 19 April 2011

Sah Suami Isteri

Kalau kita hadiri perkahwinan ditengah tengah kota besar , saya rasa agak payah untuk melihat keunikan acara yang berlangsung diluar kota, terutamanya di kampung kampung. Tapi, bila menghadiri majlis ini, saya benar benar teruja, kerana sudah tersedia pentas serta peralatan muzik tradisi yang akan mengiringi majlis.

Acara belum bermula, jadi saya masih rasa, pasti tak menarik halwa telinga dengan peralatan yang terlalu simple untuk didengari. Yalah, sekadar sebuah biola dan seruling kayu , hm.... nak dengar apa? Kau tunggu ajelah.....

Sambil sambil keluar masuk rumah pengantin untuk acara selanjutnya, sempat saya rakam foto foto rakan baik saya ini.



Raja Anuar dihadapan pentas. Kumpulan persembahan dari Gondang Sembilan

Sempat berfoto. Kami dah booking tempat ini, yang berhadapan dengan pentas, dan disisi jugak
berhampiran dengan Pelamin Pengantin.




Bersalam dengan makcik makcik pengantin lelaki, serta kakak kakak agaknya


Selesai bersalaman dengan kesemua tetamu Hawa dari pehak Pengantin lelaki ini, pasangan terus
menuju kepada kakak ini, yang saya kira kakak, sebab bukan taraf emak pengantin pun . Eh, siap ada bertepung tawar dan merenjis bunga mawar ni. Menarik jugak ni, tak pernah saya tahu.

Bunga bungaan ditabur diatas kepala kakak, dimulai Pengantin lelaki, yang perempuan mengikut selepas itu.


Pengantin perempuan pulak melakukannya

Lalu dimasukkan kain sarung melepasi kepala kakak


Melapasi bahu kakak, semua tersenyum keriangan


Membiarkan kain sarung dipergelangan pinggang kakak, lalu pengantin perempuan bersalaman

Kakak terus bangun sebaik selesai bersalaman, dan tinggalkan kain sarung di lantai

Selesai sudah tugas saorang kakak, melepaskan adik lelakinya.

Begitulah lebih kurang, maksud acara ini, yang pertamakali saya lihat . Terlalu tingginya nilai adat kita ini, yang semakin dilupakan. Walaupun tiada membawa erti kepada jenerasi kini, tetapi, maksud yang ditunjukkan amat dalam dan penuh maknanya.

(Pembetulan: sebenarnya acara diatas adalah wajib bagi seorang adik lelaki yang berkahwin dahulu dari kakaknya, bukan sepertimana yang saya tulis ini. Info terkini ini saya dapat dari pehak keluarga pengantin perempuan, yang mengesahkan adat Mandailing bagi mereka mereka yang mendahului yang tua. Bahasa kita - 'langkah bendul'. Maaf diatas kesalahan informasi 2037/21042011)

Kini giliran pengantin bersalaman dengan keluarga dari pehak perempuan pulak, terutamanya yang datang dari Malaysia. Saya kira pengantin adalah anak buah terdekat dengan keluarga dari Malaysia ini.


Pengantin perempuan bersalaman dengan Auntie Ziela. Betul ke Auntie?

Saya terus menunggu. Mak andamnya sudah mula memanggil pengantin memasuki kamar, utuk acara fotografi. Tanpa segan silu, saya buat macam rumah sendiri, masuk sama, tak kena marah pun. Yang ada hanya Jurugambar rasmi serta saya, yang lain lain tiada, jadi, untungnya saya yang tak malu ini.

Ok, bersiap siap untuk sesi diatas katil pengantin

Di atas katil sendirian.

Disisi kati berdua
Ok, sama sama diatas katil.

Warna tema kamar ialah merah . Maaf ya, tak bolehlah saya tunjukkan semua yang disini, sekadar yang ini sahaja ya, yang lain lain harus saya kirimkan kepada yang empunya badan .

Lega dapat duduk dalam bilik ini sebab ber-aircond.

Terus keluar rumah, menanti acara selanjutnya. Sementara menanti, acara halwa telingan pun bermula.



Latiff Hariri
1640 18042011
Sungai Petani

No comments: