Bee Gees

Sunday, 3 April 2011

Perkuatkan SAF***

Sepanjang seminggu dua ni, kita disiarkan dengan berita fitnah yang maha dasyat.

Jumaat 01042011 di Majid Kubang Buaya ni, khutbahnya bertemakan fitnah jugak. Memang khatib baca ikut tkes yang disediakan, tetapi isinya tepat dan keras. Sesuai dengan selera terkini. Semua jemaah tahu dasyatnya dosa fitnah itu melebihi dosa membunuh! Tapi, nak buat macamana? Memang 'mereka' perlukan fitnah untuk mencapai niat serakah mereka. Tapi, yang aku heran tu , kenapa yang buat fitnah bebas , yang kena fitnah dan pertahankan rakan yang difitnah, duk keluar masuk Balai PRDM? Seolahnya, betul apa yang difitnahkan.

KPN tu orang Kulim, katanya baik sangat dari KPN KPN yang lalu, tapi , dia melatah dulu dengan mengatakan video itu ory! Ory memang ory sebab pelakun dan pengarah yang serahkan video tu.

Yang aku pasti, skrip Fitnah III ini sudah boleh dibaca, sebelum PRU13 ini, DSAI akan ditangkap sepertimana dahulu, dengan UTK bertopeng, siap dengan mesingan, dan heli yang berligar ligar diudara. Sama aje siapa pun yang jadi KPN selagi masih diberi nama PRDM.

**

Kenapalah cikgu pencen dari Sungai Petani ini sanggup melakukan onar? Tak cukup cukupkah kekayaan yang disonglap sejak ditahun 80an dahulu, hingga mempunya bisnes, banglo banglo mewah , serta isteri isteri besar itu?

Salah satu banglo mewah milik salah saorang Datuk T

Dengar khabar bisness beliau sudah tersungkur, bermula dengan telekomunikasi , kilang bateri dan yang terakhir menjual kereta nasional itu?

Yang terujanya bila anak buah beliau yang berjaya menonton video keluaran Pakcik ini berkata kepada beliau dihari tayangan perdana itu:

"Pak cik ada anak, saya ada anak. Pakcik ada ibu bapa yang sudah meninggal, saya juga ada ibu bapa yang sudah meninggal. Demi Allah, orang yang saya tengok itu bukan DSAI ."

Jawab pakcik kepada anak saudara:

"Yang inilah aku nak panggil hang mai tengok, sebab aku pun tak yakin orang dalam ni DSAI"

Hmmm, lain macam punya jawab, Mungkin sebab anak buah ni kata 'no', cuba anak ni kata 'Yes', sudah pasti , duit akan masyuk serta projek projek akan dimentekedarah di mantan AP guru pencen ni.

Aku tak tahu kemana arahnya yang mahu dibawa oleh mereka mereka yang didalam DK&S tu, untuk anak anak Malaysia khususnya bangsa Melayu.

Presiden MCA terang terang divideokan, masih boleh bebas dan berjawatan dalam kabinet, Menteri yang membunuh masih bebas, yang merogol pun tiada kes . AP yang mencabul pun bebas jadi Duta kenegeri orang.

Semuanya kerana kepala. Kepala ikan, kalau dah busuk, satu badan akan busuk, begitulah ibaratnya kepada rakan rakan aku yang masih berkepalakan ikan yang busuk itu!!


Latiff Hariri
1928 Selamat Hari Lahir 02042011
Sungai Petani

*** Saya Anti Fitnah

No comments: