Saya terus mundar mandir di sekitar jalan masuk ke rumah pengantin perempuan ini
Mereka setia menanti walaupun sudah melepasi 30 minit
Ayah dan Bonda pengantin perempuan yang berjenaka sesama mereka, hanya tersedar yang aksi mereka terakam, bila mendengar 'klik' kamera saya.
Ayah dan Bonda pengantin perempuan yang berjenaka sesama mereka, hanya tersedar yang aksi mereka terakam, bila mendengar 'klik' kamera saya.
Terus saya disapa, dan berkenalan secara rasmi. Saya katakan saya dari Kedah, mengikuti rombongan dari KL. Kami bertiga. Ternyata Tuan rumah terlalu besar hati mengenali saya.
Kumpulan kesenian Gondang Sembilan mula berdiri sebaris, maknanya Pengantin sudah hampir
laman rumah pengantin perempuan.
Bila rombongan pengantin menghampiri, pencak silat pun bermula....
Lenggok dan gemalai tangan penari penari yang berjalan mengundur sambil menggamit tangan seolah olah jarinya berkata , silakan silakan.......
Hati saya teruja melihat semua ini
Akhirnya pengantin sampai ke pintu utama majlis, lalu kain batik direntang, seolah olah meminta bayaran tol.
Yang pasti, saya terlihat ada kertas putih, mungkin jugak sampul surat, ataupun kata kata 'password' untuk memasuki rumah pengantin. HeheheAkhirnya pengantin sampai ke pintu utama majlis, lalu kain batik direntang, seolah olah meminta bayaran tol.
Bila pengantin mula duduk dipelaminan, acara makan makan pun bermula. Saya dan Wan masih belum mahu makan. Sedangkan Raja Anuar dan Pak Suparmin sudah ke tengah kota untuk membeli hadiah untuk pengantin. Ya lah, kami datang berlenggang sahaja, mana boleh macam tu.!?
Sambil makan, irama muzik tradisi masih beralun, saya teruskan merakam suanana majlis, ya lah, ramai jurukamera dari Malaysia sedang menjamu selera.
Latiff Hariri
1742 18042011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment