Yang saya cari ini, sekitar usia saya . Bukan guru ini yang saya cari.
Memang saya mencari dalam diam namanya Radhi Lik. Saya pasti, sebelum 1 Mei, pasti saya akan membawanya bersama sama Azmi Abu Kasim ke majlis Re-u nanti. Tidak perlu tergesa gesa, masih awal, dan lebih menarik bila saat saat akhir berjaya menemukan kami.
Malam minggu ni , pukul 1030 malam, HP saya masih bertalian. Selalunya, waktu begini, sudah lena HP dan tuan HP.
Asyik bermain dgn laptop ni, masuk panggilan. Namanya terpapar. Eh, dah malam malam ni, apahal pulak agaknya.
Si pemanggil memberi salam, saya menjawab salam beliau dengan terus menyebut namanya.
"Tip, nak beritahu ni, berita sedih...... "
"Ya....."
" Radhi ... , Radhi Lik..., dia meninggal."
Terkejut jugak saya. Terbangun dari kerusi, bertubi tubi soalan yang saya kemukakan, dan bermacam jawapan yang Mat Saleh berikan.
"Tapi, Taman Seruling , Sungai Petani tu, di mana Mat?"
Apa punya soalan! Saya memang terdesak dan rasa terkejut, rasanya mahu saya terus terbang sahaja ke Taman tersebut. Untungnya Mat Saleh pernah bermastautin di Sungai Petani. Ramai rakan rakan guru beliau yang masih berhubung dengan beliau.
Saya terus keluar sekitar pukul 1045 malam, sendirian. Senang aje rupanya. Mengapalah bila dah tahu rumahnya, dia sudah tiada.
Saya berbual dengan jiran jiran sambil menanyakan kisah sebenar, tetapi kurang kepastian. Akhirnya, saya 'tebal'kan muka, memasuki rumah arwah. Ya lah, didalam rumah penuh dengan ,perempuan, rakan dan jiran isteri arwah. Terus menanya, yang mana satu isteri arwah.
Dapat lah saya kisah sebenarnya saat saat akhir arwah bersama anak kedua beliau diperkarangan Perpustakaan Negara tu. Tak boleh saya bayangkan perasaan anak itu bila ayah kesayangan pergi didepan mata.
Isteri Radhi meneka yang saya mendapat berita melalui Cikgu Mat Saleh jugak.( Ada yang tak ingat Mat Saleh?, Rakan OE 1981)
Saya bergerak pulang menjelang pukul 12. Mahu rasanya saya turut serta bersama rakan guru lelaki, yang diminta ke Alor Setar untuk menjemput akan ketiga Arwah dari asrama sekolah, untuk dibawa pulang, tapi apakan daya, saya tidak dikenali langsung disini.
Pagi Ahad, saya segerakan acara pasar tani saya, dan terus ke rumah arwah. Berbual seketika dengan Shamsinar, isteri arwah tentang perkembangan terkini.
Arwah dijangka dibawa pulang dari Hospital Kuala Lumpur sekitar pukul 11 pagi. Di Kuala Lumpur, abang tunggal kepada arwah sedang menguruskan segalanya. Pada awalnya, saya buntu juga, tapi syukur Zulkifli Rahim, rakan OE 1981 kita , memberi berita terkini dari Kuala Lumpur.
Sekitar 3 petang , van jenazah sudah melepasi Jambatan Sungai Perak.
Saya hanya keluar sekitar pukul 415 petang mengarah ke Tol Utara, dimana diberitakan Van Jenazah akan menyusur keluar dari lebuhraya nanti.
Saya berdiri disisi Van. Dapat melihat bahagian kaki jenazah yang sudah siap dikapankan.
Hati saya sayu, sahabat seasrama dan sesekolah saya, yang pendiam dan baik sifatnya, sudah terkujur didalam Van ini. Hanya Al-Fatihah yang berulang kali saya lafazkan untuk arwah.
Rumah arwah berdekatan dengan Kelab Cinta Sayang.
Saya amat terharu bila kain kapan dibuka untuk tatapan anak anak arwah. Shamsinar terkulai seketika, keadan didalam rumah ini.... sebak. Berambu airmata yang saya perhatikan dari anak anak arwah. Beginikah nanti keadaan saya nanti?
Ya Allah, ampunilah dosa Arwah Radhi ni, dan dosa dosa kami....
Selesai solat jenazah, sekitar pukul 525 petang. Saya bergegas keluar, kerana kawan yang saorang ni tak habis habis menyerang HP saya, Nazir dan Faiz masih mencari dimana Tamannya, Taman Seruling.
Ok, mereka pandai mencari sendiri dengan sedikit bekalan dari saya tentang arah tuju mereka sebelum solat jenazah tadi.
Tanah Perkuburan Sunga Petani ni, agak jauh , terletak dipinggir kota berhampiran dengan ladang kelapa sawit.
Kami berenam sekereta menuju kedestinasi akhir sahabat baik kami ni.
Talkin dan Tahlil
Shamsinar dan anak anak, semoga balu dan anak anak Arwah radhi, tabah dan kuat melalui saat sata yang getir ini
Semuanya selesai sekitar pukul 645 petang. Saya tahu, rakan rakan semua mahu segera pulang. Yang paling jauh Nazir dan Dollah
Sempat kami berbual dengan abang Yahya, abang tunggal Allahyarham Radhi. Mereka hanya berdua beradik. Maknanya, hanya tinggal abang sahaja kini. Abang Yahya adalah OE Class 70.
Bermastautin di Sek 2, Shah Alam. Insyaallah , akan saya cari bila saya bertandang ke Shah Alam nanti.
Apa yang boleh saya katakan, masyarakat Taman Seruling begitu rapat dan bersedia membantu bila ada apa jua musibah yang tetangga hadapi. Saya sempat berkenalan dengan saorang dua jiran arwah, yang ternyata, menyangka saya adalah abang kepada Arwah Radhi. Mereka kata saya ada iras iras arwah. Betul ke?
Terima kasih kepada setiap balasan SMS yang saya terima, serta kata kata takziah yang mewakilkan saya. Saya belum sempat berbual dengan isteri Radhi. Yang pasti, saya akan bertandang lagi, bersama isteri saya pada suatu masa yang sesuai nanti, dan ucapan salam akan saya sampaikan kemudian nanti.
Maafkan saya sekiranya apa yang saaya ceritakan ini tidak sesuai . Saya perlu menceritakan setiap detik yang berlaku untuk tatapan dan rekod kawan kawan OE, supaya tersimpan satu kisah peribadi saya dan kawan kawan saya didalam maya ini.
Radhi, saya baru saja bertemu dengan Bonda Zainal Azmi, rakan baik kita jugak, engkau berdua memang rakan rapat sewaktu diasrama dahulu. Anda berdua begitu menjaga waktu Solat. Anda berdua tidak pernah menyakiti hati rakan rakan, anda pendiam. Terima kasih atas kenangan bersama dahulu. Saya tak akan lupakan kenangan manis setiap kali anda menerima bingkisan surat dari Shamsinar, yang akhirnya berjaya dipintas oleh John Lord itu. Waktu itu memang indah untuk anda dan Shamsinar, yang akhirnya menjadi isteri anda hingga ke akhir hayat.
Al-Fatihah untuk Mohd Radhi Lik. Hanya ini yang termampu saya berikan.
Selamat Sahabat ku disisiNya.
Latiff Hariri
2154 04042011
Sungai Petani.
Mohd Radhi Lik (1964-02042011 bersamaan 28 RabiulAkhir 1432)
No comments:
Post a Comment