Lokasi peta perjalanan kami untuk pagi Syawal ke 5 ini adalah dipersekitaran Cheras hingga ke Lenggeng.
Saya tahu, Jumaat ini, perjalanan akan terhenti henti dek kerana Silat Jumaat, dan tidak sesuai bertandang ketika itu.
Rumah keempat pagi Jumaat ini adalah di rumah adik arwah Bapak saya, Salmiah Bab. Rumahnya di bandar Langat.
Makcik Miah merupakan adik Bapak dari ibu kedua , bilamana emak Bapak, Tam Rafeah meninggal dunia, Tok Bab berkahwin pula dengan Wan Tak.
Makcik Miah dan suami, Pakcik Pian.
Pakcik Yut @ KamrulZaman, adik Bapak satu ibu, yang ke enam ikut turutan.
Berfoto Raya dengan Makcik Miah dan anaknya.
Perjalanan tengahari ini kami teruskan ke Gabai, ke rumah pakcik Dain.
Ini dah jadi tahun kedua saya berhari Raya dengan Pakcik Dain. Saya juga wajib kesini, kerana menantu Pakcik Dain, Tarmizi dari Sungai Penuh, Kerinchi, Sumatera Barat, turut pulang ke Malaysia untuk beraya bersama keluarga.
Dah lah sesekali dapat beraya, mereka duk main Handphone, hahah.
Pak cik Dain dah sihat sepenuhnya dari kemalangan 3 bulan yang lalu.
Menu utama disini, makan tengahari.
Memang kegemaran anak anak saya.
Kenyang aje, apa lagi, nak bertebaran lagi. Bersalaman dengan tarmizi dan Pakcik Dain, kami teruskan perjalanan ke Semenyih, mencari adik saya Akhtaruddin.
Malangnya kami berlangkah kiri, rumah beliau tertutup rapat.
Jadi saya alihkan perjalanan ke Lenggeng, ke kampung Nenek Bulan/Sariah bertemu abang pupu kedua saya.
Dah melepasi pekan Beranang baru saya menalipon Abang Udin, saya beruntung, kerana abang Udin sedang bersiap untuk bertandang ke Kuala Lumpur .
Anak anak saya bersama tiga pupu mereka dari Salasilah Sariah.
Kemana lagi?
Alang alang dah sampai Negeri Sembilan ni, kami terus ke Paroi Jaya, lagi pun ada lebuhraya LEKAS ni, perjalanan tak melebihi 20 minit, dan kali ini, saya cuba ke rumah adik emak saya, Makcik Normah.
Langkah kiri lagi....
Untungnya rakan baik saya ini ada dirumah, dan kami minum petang bermihun goreng di rumah Razak dan Sarimah.
Razak rakan baik saya masa saya bekerja sebagai Kitchen Helper di Restoran A&W Imbi Plaza, sekitar tahun 1982.
Dah sekitar pukul 640 kami pun bergerak pulang.
Dah letih pun, mahu terus ke rumah kakak saya di Taman Dagang untuk bermalam dan berehat.
Tiba sebaik Azan Maghrib....Fuh lega. Selesai keliling 2-3 negeri dan sehari.
Esok Sabtu Syawal ke 6 akan meneruskan perjalanan yang agak jauh ke Pantai Timur, malam ni kena tidur awal.
Latiff Hariri
2038 18082014
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment