Bee Gees

Wednesday 9 November 2011

Kembara Qurban 2011 - Padang - Bukit Tinggi

Kami bergerak menuju ke arah utara Padang dan terus membelok ke barat menuju ke Bukit Tinggi. Perjalanan agak perlahan kerana hujan turun begitu lebat sekali. Perasaan risau mula lahir dihati saya. Lain macam punya hujan, siap dengan ribut lagi.

Bila perjalanan menghampiri air terjun Lembah Arai, ribut semakin menjadi, dan Ad terpaksa meneruskan perjalanan tanpa berhenti untuk berfoto disini.

Saya kira perjalanan sudah melebihi satu setengah jam. Sebaik memasuki kota Padang Panjang, hujan tiba tiba reda. Ad bertanyakan saya, dimana kami mahu berhenti untuk makan tenghari. Jawapan saya, dimana saja yang sesuai dihati Ad.


Hujan menggila disini, foto dirakam didalam Innova yang bergerak perlahan. Air terjunnya, saya anggar adalah 4-5 kali ganda dari biasa.

Dalam hujan begini, siapa yang tak teruja untuk menjamah keenakan masakan Padang ini.

Untuk rekod, kami berenam makan disini pada harga RP262,000.00 , maknanya dlm RM90.00 sahaja. Teramat berbaloi bagi 6 dewasa yang benar benar lapar ini.

Kabus sebaik hujan mensyahdukan lagi di Restoran Pak Datuk. Ini waris waris Moyang Sariah yang muncul lagi selepas lebih 100 tahun lalu.

Kalau waris Janaton , sudah melebihi 140 tahun kepulangan ini.

Kami terus bergerak, dan hujan seperti datang dan pergi, kalau bahasa dahulunya, 'dikejar mak mertua' - maksudnya , ada kala hujan , adakala seriat.

Kami tiba di Hotel Ambun Suri sekitar pukul 5 petang.

Sebaik melapur diri di hotel, kami terus bergerak ke Dataran jam Gadang untuk 'belanja tingkap'. Tiada apa yang dibeli kecuali mencuci mata.

Dari sisi kiri balkon Hotel Ambun Suri. Jarak ke Dataran Jam Gadang, tak melebihi 600m

Gerai sepanjang lereng dari Pasar Atas mengarah ke Pasar Bawah.


Izzuddin, Arif Kashani, saya, Pak Su dan Abil, anak Pak Su.

Abil merupakan sepupu saya, maknanya Izzuddin dan Arif adalah anak saudara Abil, sedangkan Abil hanya tua setahun dari Izzuddin dan Arif tua 4 tahun dari Abil.

Bagi memenuhi syarat ke Bukit Tinggi, mereka bertiga bersetuju manaiki Bende.

Suasana cuaca yang tidak menentu, serta kesuntukan masa, membuatkan aktiviti kami agak terencat.

Sedang mereka keliling kota dengan bende, saya dan Rahman melakukan aktiviti berasingan dan kami berpisah 'sendiri sendiri' supaya tidak mengganggu keinginan masing masing untuk berjalan sendirian.

Latiff Hariri
1902 09112011
Sungai Petani


No comments: