Bee Gees

Wednesday 16 November 2011

Kembara Qurban 2011 - Ibadah berqurban

Semua bersetuju mengenakan baju seragam. dalam masa setengah jam kesemuanya siap, termasuk lembu yang ditarik keluar dari tempatnya dibawah lereng berhampiran rumah gadang.

Kami mengiringi lembu. Ini pertamakalinya saya melihat lembu tempahan saya, yang diuruskan oleh Abang Syafirman sepenuh, saya hanya kirimkan duitnya secara berperingkat peringkat melalui Money Changer.


Lembu kedua dihadapan, yang pertama dibelakang.

Semasa lembu lembu ini ditarik dari kawasan persekitaran rumah Gadang ini, saya belum menyenaraikan milik siapa lembu lembu ini. Saya hanya berniat, yang pertama, kepada Rasyi, Arwah Moyang Sariah, Nenek Bulan dan Hilwani, yang berjumlah 7 bahagian. Sedangkan lembu kedua adalah milik, Ghazali, Allahyarham Zulkiffly Bahrain, Badrul Hisham Che Amat, Rahman dan Pak Su.


Jurukamera mengelat, dia bonceng Honda.

Anak comel disebelah Rahman menjadi pujaan Izzuddin. Cute jugak budak ni.

Pisau ini saya beli dari Sungai Petani . Saya minta Ustaz Ibrahim yang membelinya. Harga sebenarnya termasuk batang pengasahnya melepasi RM200.00 . Saya percaya ini pisau yang terbaik dan termahal yang pernah saya beli dan saya sedekah kepada Cikgu Shyafirman untuk kegunaan beliau dimasa masa mendatang.

Komen beliau sebaik lembu pertama dikorbankan, " Wah! Pisaunya begitu lunak sekali."

Saya meminta penjelasan lanjut dari Abang Syafirman, apa yang dimaksudkan lunak itu. Kita di Malaysia perkataan lunak lebih kepada suara yang lunak merdu.

Ya, maksudnya " Pisaunya tajam sekali, begitu cepat melepasi keseluruhan leher lembu".

Saya bersyukur kerana pisau ini telah membuat jasa yang sepatutnya.

Senarai nama sengaja saya letakkan untuk niatnya Pak Imam yang melakukan penyembelihan.

Lembu kedua pula

Selesai sudah


Lembu dilapah secara bergotong royong.

Saya anggarkan melebihi 20 orang orang kampung yang membantu melapah termasuk saorang dua anak anak muda. Ini berbeza ketika Qurban 2008 yang lalu. Waktu itu , anak anak muda hanya menjadi tukang tengok.
Ramai yang ringan tulang membantu.

Waktu ini , Abang Syafirman dan Pak Su sudah mula berkenalan lebih mendalam.

4 ekor sapi yang siap dilapah

Saya mengambil sebahagian dari daging ini, menghantarkannya ke rumah Gadang, untuk di masak, dan dikendurikan untuk makan tengahari.

Pengerusi yang menjadi pengemudi utama sembelihan kali ini.

Siap! Saya anggar setiap bungkusan plastik ini, isinya tidak kurang dari 1kg lebih.


Kesemua penduduk kampung sudah mula mengelilingi khemah kecil ini, bersama kupon untuk ditukarkan dengan daging Qurban. Suasana menjadi gawat bila daging daging ini mula dia agih agihkan.



Saya rasa semuanya selesai sekitar pukul 130ptg.

Kami bergerak pulang ke rumah Gadang, untuk kendurinya, yang saya agak, masakannya sudah siap, kerana saya mengirim daging daging ini sekitar pukul 11 pagi tadi.

Kami sememangnya sudah bersiap untuk bergerak pulang , sebaik doa selamat dan makan bersama sama keluarga besar ini.


Latiff Hariri
1905 16112011
Sungai Petani

No comments: