Bee Gees

Friday 4 November 2011

Sukarno-Hatta Mendarat/Mat indera Tersemadi di Taiping

Sebenarnya isu Mat Indera ini tak akan berakhir. Tetap akan ada dua versi kisah penghidupan arwah. Sepertimana yang berlaku kepada Muammar Ghadafi tu. Ada yang kata dia lebih teruk dari golongan sekular, ada yang kata dia anti Amerika. Bahkan Ghadafi mempunyai banyak kisah tersendiri dari Mat Indera.

Kalau tanya saya, Mat Indera ni siapa? Kominis? Petualang?

Jawapan saya tetap satu - Pejuang yang gugur Syahid . Beliau saorang Ustaz, berilmu agama yang agak mendalam, yang melabelkan beliau Kominis adalah British dan talibarutnya. British tu Nasrani, talibarutnya adalah 'sanak saudara' Mat Indera jugak. Sama seperti kejatuhan Ghadafi, rakyat yang bertali-barutkan NATO yang menjatuhkan beliau.

Jadi pagi Isnin itu, saya hanya berkesempatan merakam foto di luar Tanah Perkuburan Kg Jambu, Taiping ini sahaja. Kuburnya? Belum kesempatan untuk saya ziarahi. Kerana terlalu awal, yang mentadbirkan tapak perkuburan ini pun masih belum kelihatan. Jadi, biar dimasa yang lain,akan saya berAlfatihah disisi kubur wira Bangsa Melayu ini, dan bukannya mata mata di Bukit Kepong itu.

Kisahnya sama dengan As-syahid Ibrahim Libya di Memali tu, ada jugak polis Dr M yang mati terkena tikaman buluh runcing. Gugur mereka gara gara gila-kuasanya saorang pemimpin. Yang pasti pusara Ibrahim Libya tetap menjadi kunjungan baginda Sultan Kedah. Saya pasti, Baginda dihimpit rasa berdosa bila rakyat sendiri dibunuh oleh 'Perdana Menteri' saorang itu!


Alfatihah untuk Bapa Pejuang Kemerdekaan Tanah Melayu, Ayahanda Mat Indera.

Ini lagi kisah sejarah yang sengaja ditutup dari minda anak anak Malaysia.

Apabila Jepun berjaya menjajah Tanah Melayu serta tanah seberang, maka bermulanya semangat kemerdekaan sebenar. Semangat kemerdekaan bermula,dari pembacaan saya sekitar akhir abad ke 18. Bukan bermakna tiada gerakan menentang penjajah sebelum itu.

Dan bermulanya kemerdekaan ialah apabila British dan Belanda gagal menetang kekuatan wakil dari Asia, iaitu Jepun. Dan rakyat peribumi bangkit bersama bantuan Jepun melakukan perjuangan.


Lapangan terbang Tekah, Assam Kumbang, Taiping.

Dalam pergelutan untuk memerdekakan diri, Presiden Indonesia, Bapak Sukarno dan Wakilnya, Bapak Hatta telah ke Vietnam bertemu wakilnya Maharaja Jepun untuk memerdekan Indonesia dari Jepun, dan dalam perjalanan pulang ke Jakarta itu, pesawat yang dinaiki mendarat di Taiping.

Dan tercatit didalam sejarah Indonesia tentang pendaratan bersejarah ini, tapi tak diiktiraf oleh tali-barut British dari dulu, kini dan selamanya.

Taiping ni banyak menyimpan sejarah yang menarik untuk kajian anak anak Merdeka. Jangan tertipu dengan mereka lagi ya.


Hati masih keanak anakan. Disini mendaratnya pesawat yang membawa Bapak Sukarno dan Wakil Bapak Presiden, Hatta ditahun 1945. Sejarah yang sengaja dipadam oleh mereka.

Ditapak bertar inilah pesawat Presiden Indonesia itu mendarat,di tahun 1945, serta pesawat pesawat Caribou TUDM era 70 dahulu. Sekitar tahun 1974 -1978 semasa saya sekeluarga menginap di banglo kerajaan didalam Balai Polis Aulong tu, laluan udara pesawat TUDM itu, betul betul diatas rumah kami. Memang bising tetapi menjadi kebiasaan dan tak hairan lagi bila pesawat Caribou itu mendarat.

Jaraknya dari rumah kami ke Tekah , mengikut laluan udara itu , mungkin lebih sedikit dari satu kilometer.

Jadi, lawatan saya petang ini ke Tekah, selain dari mengingati mendaratnya Presiden pertama Indonesia tu, disini juga, seawal usia 9 tahun, saya berkayuh basikal bersama rakan rakan King Edward , di waktu petang , bila terasa letih duduk dirumah.

Saya ingat ada sorang rakan Tionghua sedarjah yang menetap disini, tapi, saya sudah lupa namanya. Rumahnya sering menjadi persinggahan kami sebelum menyelinap ke lombong lombong berhampiran untuk memancing.

Latiff Hariri
0730 04112011
LCCT/KLIA


No comments: