Bee Gees

Saturday 26 November 2011

Berakhir Kembara Qurban 2011


Pada awalnya, rencana saya adalah untuk mencari penginapan sekitar Bandara Minangkabau. (Bandara = Bandar Udara). Rahman dan Pak Su menginap di inapan sekitar bandara malam sebelumnya. Saya jarang menginap di hotel kota Padang, kerana dipaksa bertandang kerumah Kak Yusmaniar.

Tapi, kali ini Kak Yus menunaikan fardhu Haji di Makkah, jadi saya kena cari tempat penginapan sendiri. Pada awalnya, rencana saya ada lah hotel Hang Tuah atau Hotel Bunda. Senang cakaplah, hotel pilihan saya, biar didalam kota, berdekatan dengan RM - Rumah Makan, dan harganya sekitar RM100-RM120.00 . Saya suka budget hotel, kerana bukannya kita nak memerap seharian didalam hotel tu.

Bila si Ad mencadangkan saya menginap di tengah kota, hanya hotel ini yang terfikir difikiran beliau serta saya.Kebanyakan Hotel yang berbintang lima, sudah dibina semula atau tutup terus operasinya sejak gempa 2009.


Pantai Padang yang menghadap ke lautan Hindi.

Katanya jika berlaku Tsunami di lautan, Padang berada dalam lindungan pulau pulau sekitar yang membentengi kota Padang. Tapi, takdir Ilahi kita tak boleh kata apa.

Kami ditingkat 6, kelihatan pintu yang terbuka itu, adalah kamar kami.

Kamar Deluxe yang harganya sekitar Rm220.00, tapi saya dapat diskaun sebab boleh cakap Minang.

Ok dengan harganya.

Kolam renangnya dibahagian belakang.

Selesai berehat dan bersiap, kami pun turun untuk makan malam di Kota. Pilihannya , masih masakan Padang. Rumah Makan Simpang Raya, Rumah Makan Sederhana, gerai gerainya, semuanya sudah kami kecapi nikmatnya, kecuali yang ini.

Ini pilihan terbaik jika ada tetamu yang mahukan kedamaian dan keselesaan.

Rumah Makan Lamun Ombak.

Jangan tersilap, kerana jika rakan anda mengajak anda makan disisinya, dengan mengatakan kita makan di Lamun Ombak, padahal ada gerai 'pecel lele' yang beroperasi disisi Lamun Ombak ni.

Ini yang tak tahan ni, lauknya berpuluh puluh pinggan.

3 orang punya makan seperti 10 orang.

Kekenyangan. Waktu ini di TV Indonesia sedang menayangkan secara langsung Bolasepak Indonesia membelasah Myanmar 6-1 itu.

Memang riuh juga Rumah Makan ini.

Kami merayau malam disekitar kota padang, sebelum pulang ke kamar untuk tidur. Tak tidur pun, melayan TV hingga pukul 12 malam.

Esoknya 08112011, sekitar pukul 520 pagi saya sudah bersiap untuk pulang. Sempatlah bersarapan sebelum berangkat ke Bandara






Kami tiba di Bandara sekitar pukul 710 pagi, masih awal. Pesawat dijangka bergerak ke Kuala Lumpur sekitar 820 pagi.

Tiada masaalah untuk lapur masuk.





Pesawat yang parkir disisi Bandara.

Ada tanda Wifi, tapi tak dapat nak online


Sudah memasuki Sepang/Nilai.

Mendarat tepat mengikut jadualnya, sekitar pukul 1030 pagi.

Sekitar pukul 11 pagi kami sudah keluar dan menunggu kehadiran adik teruna saya.



Bersama Zali di Salak Tinggi.

Seketika disini , dan saya meneruskan perjalanan pulang dengan mencuba laluan ke Putrajaya/Cyberjaya. Ternyata tiada tol, tetapi tersalah laluan keluarnya, langsung terus ke Kajang.

Sekurang kurangnya saya mencuba.

Kami bergerak terus, tanpa berhenti makan. Laluan tiada halangan kecuali sebaik keluar dari Terowong Ipoh dimana terdapat kemalangan yang membabitkan 6 buah kereta. Agak sesak.




Ambulan yang terpaksa membuat 'U-turn' di terowong, kerana mereka datang dari Kuala Kangsar, dan kemalangan berlaku di laluan utara.

Kelihatannya semua kenderaan tersasar bergesel dengan penghadang jalan. Yang saya pasti 2 ambulan dikejarkan ditempat kejadian.

Kami tiba di Sungai Petani sekitar pukul 430 petang.

Mengantuk sikit sikit aje. Yang pasti, cuti esok akan saya batalkan untuk diganti pada hari Jumaat 11 haribulan.

Selamat Tinggal Hijrah 1432.


Latiff Hariri
1346 26112011
Sungai Petani

No comments: