Bee Gees

Thursday 10 November 2011

Kembara Qurban 2011 - Santai Malam

Sedang Rahman dan Arif melakukan aktiviti berasingan, saya masih melayan Pak Su berdua. Bukannya Pak Su tak biasa menjelajah Indonesia, tapi, ini adalah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Bukit Tinggi. Untuk memastikan beliau teruja, saya mengajak Pak Su ke kafe bersebelahan untuk menikmati minuman petang.

Kafe ini wajib kunjungannya, untuk menikmati panorama indah kota Bukit Tinggi .


Izzuddin dan Abil.

Dah malam ni, melepasi maghrib.

Bertiga waktu senja.

Kami bergerak meninggalkan kafe melepasi pukul 640 petang, lebih kurang 15 minit melepasi maghrib.

Kalau ikutkan hati, saya mahu berehat sahaja di kamar, tetapi baru teringat yang saya ada menjemput Roni dan Ohja (Pengantin diwaktu kunjungan bulan Mac yang lalu) untuk keluar makan malam bersama. Terus saya bersiap dan sambil bermain 'MukaBuku' di lobi hotel. Ok lah jugak, walau pun hotel ini hanya 3 melati(3 bintang). Disini hotel dikitiraf mengikut bunga melati, kemudahan Wifinya bagus, tapi harus ke lobilah.

Dan Roni datang sendirian dengan memberi alasannya mengapa Ohja tak boleh hadir.

Ini ole olenya untuk pasangan pengantin ni, baju dan kelengkapan 'baby'. Haha. Ketawa si Ad.

Sekali mengenali kedua dua adik ini, ikatan persaudaraan semakin akrab.

Wajah wajah ceria.


Roni menolak ajakan saya untuk bermakan malam, dan saya terus membawa yang lain lain ke kompleks kebudayaan yang terletak kira kira 400m dair Hotel Ambun Suri ini.

Baru pukul 840 malam, acara hanya bermula pada pukul 9 malam.

Ternyata pelancung agak sepi di kota Bukit Tinggi. Kami berenam mengharapkan kehadiran lagi 4 tetamu untuk dimulakan acara budaya ini.

Sebaik saya memberi kata persetujuan untuk membayar harga minima 10 tetamu, hadir 2 tetamu tempatan bersama kami. Lega...., maknanya saya harus membayar lebihan 2 tiket untuk pertunjukan malam ini. Harga satu tiket adalah Rp50,000 , dan saya membayar Rp400,000 , terlebih 2 orang.

Acara hanya bermula sekitar pukul 910 malam

Dah berkali tengok acara ini, saya dah kurang memberi perhatian.

Tarian Melayu yang mengasyikkan.


3 Warga Malaysia -anak anak Minang, mencuba Cak Lempong.

Remaja sepatutnya tahu rentak tari tarian Melayu ini.

Arif pun menari sama.

Saya kira, acara malam ini tidak terurus dengan baik, kerana ada penari yang terlewat sampai dan pengacaranya pun secara bidan terjun sahaja. Saya tidak mahu memberi komen negatif, lebih kepada kerana tiadanya tamu yang mencukupi dan kebanyakan penari sudah dalam perjalanan pulang bila pehak pentadbir menalipon mereka untuk segera kembali gara gara kami bersetuju membayar harga penuh.

Sekitar 1030 malam acara tamat.

Bertemankan Ad dan Roni kami bergerak ke Pekan Cina untuk acara makan malam secara ringkas. Sebenarnya payah nak jumpa kelompok Tionghua di Bukit Tinggi. Yang ada hanya s kelompok yang teramat kecil. Kiranya 1000 orang peniaga di Bukit Tinggi ini , saya agak hanya 2 warga Tionghua atau kurang. Majoritinya adalah orang orang Minang yang begitu cekap berniaga sejak dari dahulu lagi.

Pak Su pekena Sup Soto tanpa nasi, Rahman dengan nasi gorengnya.

Mereka bertiga pun seoarang sepinggan nasi goreng.


Kami keluar dari restoran ini tanpa membayar. Mungkin saya terlalu letih hingga terlupa. Pekerja gerai terpaksa mengejar kami, hahaha. Tidak disengajakan.

Berada di Hotel menghampiri pukul 1130 malam. kalau di Malaysia, dah 1230 malam lah.

Berjanji dengan Ad supaya hadir keesokkan paginya sekitar pukul 8 pagi.

Anak anak bujang duduk sekamar sesama mereka, sedangkan saya dan Rahman sekamar dengan Pak Su. Bukan mudah nak dapat duduk sebilik, yang entah bila lagi kami depat bersama disaat usia begini. Dan biarkan anak anak berkenalan mesra dengan pakcik mereka, Abil.

Latiff Hariri
2025 10112011
Sungai Petani

No comments: