Bee Gees

Monday, 21 November 2011

Kembara Qurban 2011 - Kami yang Tertinggal

Di kamar seketika sahaja.

Saya membawa abang Ned dan Ustaz Kamal merayau ke Pasar Atas. Lagi pun, abang Ned belum bersiar siar di kota ini. Mana boleh biarkan dia melepak didalam bilik aje.

Ustaz Kamal dan Uztaz ZainalAbidin

Eh, Upin dan Ipin pun ada.....


Suasana pagi hingga ke senja di Dataran Jam Gadang.






















Sepupu dari salasilah Sariah Bujang.


Malam di hadapan Hotel Ambun Suri

Seperti biasa, saya membawa abang Ned ke Kompleks Budaya, malangnya hanya kami berempat yang menjadi tetamu. Jadi acaranya secara otomatik terbatal.

Nak kata apa, tak kan nak bayar tiket untuk 10 orang penontonnya.

Kami naik semula ke Jam Gadang, ternyata waktu sudah melepasi pukul 9 malam, Restoran Simpang Raya dah tutup.

Makan ajelah di tepi restoran.

Sebenarnya kami masih kekenyangan pun, makan dikampung Haraban siang tadi pun masih terasa senak perutnya.

Saya hanya sempat beronline seketika di lobi hotel sebelum sambung tidur.

Latiff Hariri
1048 21112011
Sungai Petani


No comments: