Bee Gees

Monday 7 May 2012

ASYIK 'DUK BANTAH

(Hanya untuk bacaan yang mencintai keadilan berlandaskan Islam sahaja, yang pencinta rejim ganas, dinasihatkan mendapatkan Fatwa Khir Baharom dahulu)




Sebaik selesai bersolat, kami begerak mengarah ke tepian Dataran Penjajah semula.


Memang tak boleh bergerak, semua berhimpit himpit, untuk tidak kehilangan rakan, saya mengangkat Ipad setinggi mungkin untuk dijadikan panduan dimana saya berada. 


Sekitar pukul 3 ini saya kira disini sahaja sudah melebihih 250 ribu, tidak termasuk yang berada di Central Market, Dataran Maybank dan Masjid Negara.

Eh, disini rupanya Bad berkawal sambil membuat liputan.

Dari Masjid India, kami berasak asak untuk ke tepian Dataran Penjajah. Memang tidak boleh bergerak, dan rasanya seperti udara berkurangan dek kerana ramainya pencinta Bersih 3.0 


Sekitar 3petang kami berjaya menembusi kesesakan ini

Ibu ibu dan anak anak daranya, yang dikatakan perusuh

Saifuddin Nasution lagi, hehehe . Sekitar 310ptg. Memang ketika ini sudah tiba dikemuncaknya perhimpunan Duk Bantah ini.


Keadaan ketika ini sudah sampai kekemuncaknya

DSAI pun muncul secara tiba tiba. Diikuti Lim Kit Siang.

Cikgu Bard memberi kata kata semangat serta amanat Bersih 3.0 .

Saya tidak dapat mendengar apa apa ucapan pemimpin ini kerana agak jauh dari mereka. Mengambil foto melalui Ipad ini pun gagal mendapat rakaman terbaik.


Hanya dari kejauhan saya dapat memerhati Cikgu Bard menjeritkan sesuatu dari atas panel Hilux yang digunakan.


"Tanggo to Alfa, tanggo to Alfa, serang sekarang!!" arahan dari anak Hussein Onn , sepupu Najib jugak, semua kroni mereka.(Foto curi)

Tum! Tum! Tum!

Saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dihadapan, tapi yang pasti laluan sudah dibuka untuk hadirin memasuki Dataran.....mudah aje ni.

Dan serentak dengan itu kedengan bunyian senapang gas pemedia mata ditembak keudara.

Dan tiba tiba terdengar dentuman bertubi tubi, itu sebenarnya yang dimahu Mat Monggol dan sepupunya itu.

Rakyat bertempiaran, termasuk saya yang berdiri dibawah laluan LRT ini.Lebih dari belasan tembakan dilepaskan. Suasana kelam kabut. Saya hanya terpacak berdiri ditengah bahu jalan menjeritkan nama sesaorang yang sudah hilang dari pandangan mata.


Sedangkan saya mula terasa sesak nafas dan kesakitan kerongkong.


Setelah pasti gagal nama yang dicari tiada, saya berjalan longlai menuju ke DBKL. Begitu kuat tusukan udara gas tersebut, hingga saya berjalan perlahan. Ada saorang dua anak anak muda ini jertikan saya, "Bang, lari bang, Polis dah mula kejar!"


Saya hanya mengangguk, sedangkan kelesuan terus menyelubungi saya. Hingga tidak terfikir untuk merakam video melalui Ipad ini.

Dari mata saya sendiri , dapat melihat bagaimana gas pemedih ini ditembak rendah melepasi sisi lutut saya terus ke arah orang ramai, saya pasti jika langkah saya tersasar tadi, mahu bengkak kaki ini.


Apa yang menjadi ingatan, ada yang menjerit, ada yang menangis ada yang pengsan, ada yang menggunakan air kolam kelolaan DBKL untuk menyamankan diri. Yang saya sedih bila ada anak anak kecil yang turut menangis serta ibu ibu tua angkatan 50an .


Dari satu sudut saya dapat melihat saorang abang ini memngendong anak sunti sekitar usia 10 tahun menuju ke Dataran DBKL, lalu saya berlari anak mengikuti abang tersebut lalu mencurahkan air mineral kekerongkong anak itu, dan memasukkan sedikit garam kemulut anak ini yang sememangannya ternganga kerana menangis.


Kisah budak ini , saya terbaca  dilaman maya, dimana, ibu dan orang awam meminta bantuan dari kakitangan DBKL untuk membuka pintu bangunan bagi bantuan kecemasan, tetapi hanya ditertawakan oleh kakitangan DBKL tersebut. 


Ya, saya mendengar cemuhan dari orang ramai ketika ini bila pehak DBKL berlagak seperti anjing PRDM , dengan mentertawakan rakyat serta menghina dengan kata kata kesat.


Saya hanya berjalan perlahan , sambil mendoakan keselamatan kesemua rakan jurukamera serta ' wartawan' sambilan dari Sungai Layar ini.


Terkenang kisahnya Reformasi 1998 dahulu, dimana saya begitu bertenaga setiap solat Jumaat di Masjid Negara bersama abang adik serta rakan rakan pejabat saya. Kini usia sudah memperlahankan gerakan saya.  

Bila rakyat dihadiahkan dengan gas pemedih mata, telinga, hidung dan kulit ini, bertempiaran, kereta Hilux 'tunggangan' pemimpin tadi pun turut beralih arah.


Ini Hilux yang digunakan pemimpin Pakatan Rakyat yang tersadai....


Aksi ganas anjing PRDM ini terakam bersama jurukamera MediaMaya SG Layar.

Ah Ko ini cedera dikepala, dan mahu menuju ke arah Dataran Penjajah, membantu rakan yang ditangkap anjing anjing bajingan...
Dan akhirnya Ah Ko in masuk kedalam jaringan bajingan ini , kerana cuba membantu rakannya. Saya kagumi sikap setiakawan Ah Ko ini. Yang pasti, dia akan dibelasah secukupnya nanti.

Foto foto ini dirakam pada jarak dekat tanpa menggunakan lensa Zooming yang canggih canggih itu.


Bila polis mula menembak kearah Jalan TAR, jurukamera terpaksa mengalah.

Lihat arah peluru asap itu menuruni ke kawasan orang ramai

Bila kaadaan mula tenang, kamera kami terus bekerja merakam. Ketika ini, polis apco sudah memasuki Jalan TAR.

Kekotoran serta sampah ini bukan disengajakan oleh rakyat, tetapi dibuat oleh polis apco dan DBKL. 

Kerana banyak beg, kasut , baju, selipar, yang tercicir kerana terkejut dengan permainan kasar polis Bini Najib.

Anak anak muda yang berani. Jarak sekitar 100meter dari anjing banjingan.

Apakah mereka membawa batu, lastik, lembing, parang ,M16 atau Bazooka?

Kejadian ini berlangsung melebihi setengah jam, dan sememangnya talian talipon tidak dapat digunakan. Saya cuba menghubungi waris kuat saya ini, tetapi gagal. Begitu jua dengan adik abang yang lain serta rakan rakan dari Kedah ini.


Ketika ini saya redha akan apa jua yang berlaku kepada mereka .


Perjuangan perlukan pengorbanan.


Yang ini dari arah Raja Laut.

Akhirnya didalam celahan orang ramai ini, saya ketemukan abang sulong saya ini. Sedangkan dua adik saya yang saya pasti, lebih 'brutal' sedang beraksi dengan lensa masing masing.

Pakcik dibelakang Rahman ini, yang menjadi kenalan segera kami, asalnya orang Kuala Kangsorlah jugak.

Orang ramai berhimpun berhampiran stesen LRT Bandaraya , menanti aksi selanjutnya dari anak anak didik Hishamudin Auw Auw.

Dan tetiba masuk dua motosikal polis trafik secara laju dicelahan orang ramai, sudah pasti mendapat ejekan dan kutukan rakyat. Apa tujuan kamu bermegah megah dicelahan orang ramai ini. 


Dan seketika saya dapat melihat orang awam berlari mengekori polis trafik tersebut, dan diikuti dengan dentuman senapang gas pemedih mata. 


Keputusan segera kami buat untuk menuju ke stesen komuter BNM dengan menggunakan jejantas melintasi Jalan Kuching. 


Ketika ini berlaku lagi kejar mengejar anjing bajingan  dengan orang awam. Dan pehak polis apco menutup laluan Jalan Kuching bagi memudahkan tembakan dari arah yang mengelilingi Jalan Raja Laut dan Jalan TAR. 


Kira nasib baiklah ada halangan sungai, kalau tidak dari perlbagai sudut rakyat akan dikasari.


Orang ramai mula memenuhi jejantas ini, dan kami terus menyusuri laluan ke Bank Negara dan melepak disini. 


Masih kedengran loceng dari lori FRU serta tembakan gas yang tidak henti henti mengarah ke Stesen LRT Bandaraya. Ketika ini stesen sudah ditutup.




Foto ini kami rakam dari atas jejantas, melarikan diri ke Bank Negara

FRU Mengelilingi Jalan Raja Laut dengan menutup laluan Jalan Kuching.
Dengan bantuan polis trafic, penembak curi ini melepaskan tembakank kearah stesen LRT Bandaraya. Dayus! 

Kami berhenti rehat sekitika di sisi bank Negara. Dah pukul 4 pun. 


Latiff Hariri 
0818 07052012 
Sungai Petani

2 comments:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM...
DAYSAT SUNGGUH NAJIB NAK MENGAKHIRI REJEMNYA.

Unknown said...

Waalaikummussalam,
Begitulah bila pemimpin yang hitam hatinya kerana terlalu banyak memakan harta rakyat, saat saat akhir sebagai PM terakhir makin menghampiri, apa jua tindakan harus dilakukan bagi memastikan kuasa tidak terlepas....