Bee Gees

Sunday 13 May 2012

Rindukan Teh Botol

Bergerak sekitar 345 petang meninggalkan Keramat.


Ternyata jalannya sesak, dan hujan mula membasahi kota Kuala Lumpur. Memasuki Jalan Ampang, terus menghala ke Jalan Sungai Besi. Hujan mula lebat dan saya terlepas terowong SMART gara gara kesesakan, akhirnya menggunakan laluan tol yang terus menghala ke Sepang itu. Saya pun tak pasti namanya lebuhraya Tol ini.


Tiba di Kota Warisan seperti yang dijanjikan , sekitar 430 petang. Adik saya yang 'brutal' itu sudah sedia menanti, dan kami berada di Terminal AirAsia ini sekitar 515 petang.


Dalam mengheret beg kami ini, terdengar nama saya dijeritkan sesaorang, mengalih ke kanan, saya terus disapa oleh Sobri, rakan dari Sungai Petani jugak

Sobri baru tiba dari Jogja.

Setelah selesai pemeriksaan, kami terus memasuki ruang menugggu, sekitar 605 petang, baru kami dibenarkan memasuki lapangan berlepas.

Duduk bebas kerana tidak penuh.

Tiada makanan yang kami pesan untuk penerbangan ini. Hati teruja untuk menjamah masakan di  tanah Jawa itu.

Mendarat sekitar 840 malam waktu Malaysia, di Indonesia baru 730 malam. Waktu Isyak dah lepas dah time ni di Bandung.

Bandara Husein SasteraNegara, Kota Bandung . Nama saorang pahlawan tentera.

Yes, teh botol ini yang bebudak dua orang ini rindukan. Tad ada ceweknya ....

Saya tidak tergesa gesa untuk mencari hotel, kerana pada saya malam masih muda, dan saya tak perlu terburu buru mencari teksi.


Pada awalnya, saya terfikir untuk terus ke stasiun KA untuk terus berangkat ke Jogja dengan keretapi malam.


Sebaik selesai meneguk teh botol ini, saya terus menuju ke lapangan teksi. Dan pengemudi teksi yang begitu ramah memberitahu bahawa sememang tiada keretapi malam untuk ke Jogja.


Tidak mengecewakan saya, saya terus meminta agar kami dihantar ke lokasi hotel yang berdekatan dengan Stasiun Keretapi supaya mudah untuk saya membuat apa jua keputusan untuk keesokkan paginya.


Hm , saya rasa sudah lebih 5 tahun saya tidak menjejaki Kota Bandung ini. Pertamakali menjejakkan kaki bersama abang saya Rahman, yang bertugas untuk memberi kuliah kepada kakitangan teknikal Pertamina. Itupun, kami menaiki keretapi dari Jakarta.


Kali keduapun dengan menaiki keretapi bersama keluarga dan emak. Bila bersama keluarga ini, saya lebih mudah menyewa kereta seharian , jadi tiada ingatan tentang hotel2 di tengah Kota Bandung, kerana kami lebih gemar menyewa kamar hotel dilereng lerang gunung itu.

Rumah Makan Sunda - Ampera.

Pada awalnya, pengemudi taksi mencadangkan lokasi di Serena Hotel, tetapi, biasalah, taksi ada strategi tersendiri, terus dibawa kelokasi persekitaran Hotel Serena itu.


Kami dicadangkan untuk menginap Hotel Unik. Kira dekatlah jugak dengan Stasiun KA itu.


Sejak dah berkaki internet ni, soalan yang sering saya tanya kepada penyambut tetamu hotel ialah, "Wifinya ada?"


Kalau di Malaysia kita sebut Waifai, tapi di Indonesia bahasa baku wifi dugunakan.


Boleh dikatakan kesemus hotel persekitaran Stasiun ini ada menyediakan Wifi, tetapi sekadar di lobi sahalah.


Tak mahu mengalah dengan maya, kami memilih kamar yang bersebelahan dengan lobi supaya mudah kami berhubung dengan maya langsung didalam bilik ini.


Saya gemar takua, ayam gereng dan sayur sayuran sahaja bila menjamah masakan Jawa ini.

Kesemuanya masih mentah, hanya perlu pilih dan kebanyakannya hanya perlu digoreng sahaja.

Saya tahu adik adik saya ini kurang puas menjamah masakan Sunda ini, kerana tiada kuah kuahnya, sekadar goreng gorengan, serta tempenya.


Yang menyelerakan ulam sayur serta sambalnya. Fuh! Meleleh...., air hidung.hehehe


Selain dari mencari lokasi dan harga hotel yang bersesuaian, seperkara yang penting ialah dengan menukar simkad hangphone supaya mudah dan jimat belanja bila berhubung keluarga di Malaysia. Memang jimat banyak dari menggunakan khidmat roaming!


Anda hanya perlu ingat nombor nombor talian keluarga dan rakan rapat sahaja, kalau tidak agak susah asyik tukar simkad untuk mencatit nombor nomber didalam simkad Malaysia itu.

Pilih yang mana korang suka. Kami selalunya tanya, line apa yang murah sms, atau murah panggilan ke luar Indonesia.

Dalam tak sedap makan tu pun, nasi tetap bertambah.

 
View Larger Map

Ini pusatnya Kota Bandung. Hotel yang menjadi pilihan kami dipersekitaran Stasiun KA Bandung. Harga Teksi dari lapangan terbang hanya Rp20,000.00 , sekitar RM7.50 . Sekadar 15 minit. Lokasi lapangan terbang diatas kiri anda

Jalan Acheh, hanya sekitar 15 minit berjalan dari Hotel, disini tempatnya kami mencari sepatu untuk TNI itu. Berkenan jugak tengok potongan kasut tentera ini, harga sekitar RM175.00 siap ditulis nama lagi.

Pasar Baru sekitar 10 minit berjalan kaki dari Stasiun KA. Pada saya ini lokasi terbaik untuk yang kaki shopping berlepak, kerana hampir sangat sangat dengan Pasar Baru itu.

Rata rata harga kamar bermula dari Rp320,000.00 keatas, kira hotel yang 2 melatilah, atau tiada bintang. Ada hotel yang tiada melatinya, sekitar RP150,000.00, tapi kurang sesuai untuk yang berkeluarga kerana keadaan yang agak dot dot dot.

Tapi sesuai untuk yang backpackers dan kaki shopping!

Kalau RM52.00 duk dua orang, jimat sangat lah! Tapi kami bertiga, kenalah yang harga berpatutan dengan keselesaannya. kami ambil yang harga RM140.00 satu malam. Sarapan untuk tiga orang disediakan.

Malam ini kami tiada pilihan, saya terus memesan untuk dua malam di Hotel Unik, kerana malam ketiganya, kamar ini telah dipesan oleh tetamu lain.

Saya harus mencari Hotel dilokasi lain, untuk mempelbagaikan pilihan kami dimasa akan datang.

Latiff Hariri
0848 13052012
Sungai Petani


No comments: