Bee Gees

Friday 25 May 2012

Hingga Bertemu Lagi diLain Masa, Azwan.....

Saya memang bersalah......


Bila Azwan warwarkan kepulangan beliau lewat FB, dengan hanya menyatakan bahawa beliau sedang ber'transit' di Dubai, saya dah tau, dia memang dah nak balik Malaysia.


Tiga ke empat hari kemudiannya, beliau muncul lagi dengan cerianya menyatakan keriangan berada di bumi tercinta ini dan terujanya hati untuk ber're-union' sesama pelajar MRSM Kulim.


Dalam keriangan itu, beliau sempat mengirim pesanan ringkas meberitahu nombor talian talipon bimbit beliau di Malaysia untuk saya berhubung.


Saya tidak berinteraksi langsung , sengaja pun, mahu memberi ruang kepada beliau bersama ayah dan bonda beliau


Tak sampai 10 hari rasanya beliau bermesra bersama ayah beliau, Cikgu Mat Taridi itu, bersama bonda Cikgi Lily dan keluarga adik beliau di Miri itu, saya dikejutkan dengan pesanan duka lewat FB beliau.


"Innallillahhiwainnahirojiun....."


Itu termampu saya ucapkan, sambil membalas pesanan FB beliau.


Saya gagal mengikuti perkembangan kepulangan jenazah Allahyarham Ayahanda beliau, walaupun diberitahu lewat FB akan sampainya jenazah melalui penerbangan petang dari Miri.


Mengapa saya 'kalut' sangat ni, hingga terlupa catitkan nombor talian talipon beliau!!!


Itu yang saya bebaikan!!



Untuk kali kedua mereka berpelukan, selepas tahun 2011.

Dalam perasaan malu malu alah, akhirnya saya mengirim pesanan lewat FB bertanyakan samaada masih ada tersisa hari untuk kami bersua muka.


Sepantas kilat pulak Azwan membalas lewat talipon bimbit , mennyatakan masih ada sisa sisa sekitar kurang 2 minggu untuk saya aturkan satu pertemuan......


Akhirnya 18 Mei, saya aturkan sebuah kenangan untuk tatapan kita bersama ini.


Bagusnya, Lan Wahab mahu turut sama.

Akhirnya, selepas 36 tahun, saya dapat menjejak kaki ke kampung halaman Arwah Cikgu Mat Taridi!!

Saya pernah menetap di Batu Gajah sekitar tahun 1966 hingga 1968 penghujung. Saya tiada kenangan yang tersimpan dimemori kecuali foto foto lama kami empat beradik di kuarters kerajaan itu. Walaupun setiap kali menaiki KTM, pasti saya teruja untuk melihat stesen keretapi Batu Gajah, tapi, saya tidak pernah menjejakkan kaki di kota kecil ini.


Ini yang pertama saya lakukan selepas tahun 1968!!


Janji saya mahu bersarapan bersama, dipenuhi Azwan dan Cikgu Lily. Kami ke kampung Padang Terap untuk bersarapan nasi lemak.


Sedih jugak, Cikgu Mat taridi sudah tiada untuk bersama......

Cikgu Lily dan arwah memang sama naik, dua dua kaki celoteh!

Rumah warisan moyang Azwan ini , di hadapannya kelihatan kecil, rupanya, rumah ini memanjang ke belakang.....ini seakan akan rumah 'orang orang berada' suatu ketika dahulu hingga kini, betul tak Azwan?

Jelajah perkarangan banglo lama ini, pertamakali towkay durian ni melihat pokok Namnam. 'perak' jadinya, hahaha

Sempat saya curi 5 biji buah ini untuk saya benihkan di kebun saya nanti.


Kami bergerak ke Kg Padang Terap.


Nasi Lemaknya sudah habis, yang ada mee rebus dan mihun/kueteow sup.

Disinilah 'lepak paginya' arwah Cikgu Mat Taridi serta rakan rakan seangkatan beliau, kini tinggal kenangan.


Teramat kenyang, kerana memakan mee rebus. Faham ajelah, mee ni kembangnya lebih....


Kami bergerak pulang ke rumah Azwan semula.



Berkisah tentang kenangann bersama ayahanda, kenangan persekolahan serta pengalaman hidup dirantau orang menjadi perbualan pagi kami.

"Tak ada plan ke Azwan untuk pulang terus ke Malaysia?"


Jawapannya, hmmmm, agak mengecewakan saya. Azwan mempunya visinya tersendiri, sedangkan saya lebih gemar berada di tanah air sendiri.


" Apa pun, pastikan u balik Malaysia selalu. Bawa anak isteri u balik bersama di tahun tahun mendatang...." itu sebahagian peringatan saya kepada Azwan, hahaha.


Di suatu ketika perbualan kanagan silam ini, saya terperasan ada manik manik jernih terpancar dikelopak mata Azwan, saya faham sangat Azwan. Semua yang hidup pasti melaluinya.


Semoga Azwan dan Cikgu Lily tabah dan sabar dengan dugaan ini.

Pelukan perpisahan dari Roslan Wahab

.....dan pelukan dari saya.

Tahu tak, mengapa saya tidak menhubungi Azwan sepanjang pemergian Ayahanda beliau itu?


Semuanya gara gara kepantasan jari saya menyimpan nombor talipon Azwan dengan menulis nama beliau 'Aywan' dan bukannya Azwan.


Itu yang menggagalkan saya mencari nombor talian bimbit Azwan!!


Terima kasih Azwan kerana membelanjan sarapan pagi kami ini dengan US Dollar itu!! Hahaha.
Merasa jugak duit US ni.


Dan terima kasih Cikgu Lily. Moga Cikgu sabar dan tabah selalu.


Hingga bertemu dilain masa Azwan.


Selamat Jalan untuk Pulang kesisi keluarga di Amerika Syarikat itu. Doa kami iringkan dari kejauhan.


Kenangan persekolahan rendah tetap jadi ingatan manis saya.

Latiff Hariri
0838 25052012
Sungai Petani

No comments: