Bee Gees

Monday 14 May 2012

Tup Tup Dah Tumbuh

Sekembali dari percutian dari Bandung  pada Ahad 6 haribulan itu, seminggu kemudiannya, setepatnya hari Sabtu 12052012 , sebaik selasai Asar, saya bergerak ke kebun untuk melepaskan rindu kepada durian durian yang masih tak gugur ni.

Hm..., tebu dah mengeluarkankan tunasnya. Boleh buat duit raya dengan air tebu nanti.

Tup tup semua dah tumbuh dan tertanam rapi. Senang kerja saya macam ni.


Anak anak serai dan anak anak pisang berangan

Ok, puas hati dengan kerahan tenaga ini sepanjang percutian saya selama 6 hari di Bandung.

Ok, durian dari sebatang pokok ini sahaja melebihi 100 biji.

Tapi, tahun 2011 melebihi 400 biji durian terhasil , tahun ini kurang kerana ribut yang melandak dek kerana kami gondolkan hutan disekeliling dusun durian ini. 


Terpaksa kami lakukan demi menaikkan tanah ini dengan penanaman pisang dan sayur sayuran yang lain.

Ok, mesin rumput dah beli selain dari pam racun.

Nangka yang tiba tiba meriah buahnya

Melepasi bawah pokok durian ini , saya terhidukan sesuatu. Hm, macam bau durian ni, dah ada yang gugur ke?

Cari....., jangan tak  cari. Dari mana datang bau ini.

Petang Sabtu sah, sebiji 'buang busuk' dah gugur, ini petanda awal...tak lama lah ni.

Gembira!


Terus hubungi sanak saudara, serta rakan taulan untuk hadir sempena cuti penggal sekolah penghujung bulan Mei 2012.


Nasib baik PRU13 tak jadi, hehehe.

SUDI SUDIKAN LAH YE...

Latiff Hariri
2038 14052012
Sungai Petani

No comments: