Bee Gees

Monday 21 May 2012

Pusaranya Nenda Jennaton/Janaton/Jenan

Saya tak nafikan, saya suka acara bersama sama keluarga besar ini. Cuma ada kalanya, bila acaranya berada jauh dari jengkauan saya, saya terpaksa menyepikan diri.


Terakhir bersama keluarga ini sekitar 2002 yang lalu. Dan semenjak itu , disetiap pertemuan, ada sahaja rencana lain yang harus saya lakukan.


Pada usia 48 ini, saya kira masa saya begitu banyak untuk saya luangkan bersama kerabat kerabat ini.


Petang Ahad 13 Mei ini, sekitar pukul 2 petang kami bergerak meninggalkan Sungai Petani, bertiga.


Bergerak dari rumah....

Mencari arah sebenarnya Rumah Tetamu didalam USM ini, bukanlah sesusah mana.


Kami berada dihadapan rumah ini sekitar 305 petang.

2 tahun muda dari usia arwah Bapak.

Bertemu pertama kali dengan pangkat sepupu saya dari keluarga Jennaton, Prof Dr Murad Merican, disisi abang Dimyati.


Bualan petang sementara menanti kehadiran tetamu tetamu Kehormat.

Pangkat sepupu duai dari Malaysia dan Ranah Minang bertemu sekali lagi.

Puan Yang Kalsom, Pengerusi K-Jenaton.

Puan Salma Khoo Nasution dari Penang Heritage Trust, juga orang kuat dari Khoo Kongsi.

Prof Murad memulakan bicara petang tentang Datuk Jennaton, yang pertama membuka Pulau Pinang sebelum Francis Light.

Kisahnya serba sedikit : -  Datuk Jennaton merupakan keturunan salasilah dari Kesultanan MinangKabau. Dek kerana salah faham keluarga , Datuk Jennaton bersama dengan orang orang kanan beliau serta keluarga terdekat, berlayar membawa diri ke tanah seberang. Pelayaran bermula dari Batu Bara, dan mendarat di Pulau Pinang.


Sebagai tanda hormat dan kasih sayang sesama kesultanan Melayu, beliau mengadap Sultan Kedah, dan diperkenankan Baginda untuk membuka perkampungan di Batu Uban. Dan Datuk Jennaton menjadi pembesar Pulau Pinang ketika itu.


Kisah selanjutnya, kena cari sendirilah, hehehe, atau bila bila masa kelapangan, akan saya sambung lagi.


Akhir ceritanya, saya pun diberi nama Abdul Latiff Janaton bin Hariri. Saya adalah keturunan keenam dari salasilah ini.


Sesuatu yang aneh pernah berlaku pada salah saorang anak saya yang pertama kali menjejakkkan kaki ke Bukit Tinggi itu, ketika percutian keluarga bersama emak saya. Emak ada mengatakan 'daulat' anak anak saya masih kuat bila ke Bukit Tinggi itu!
Apa daulatnya? Adalah, sikit punya hal.....


Dan satu kisah yang lain, pernah kami ditegur sesaorang di Kota Medan, ketika berjalan kaki di hadapan Kantor Pos Besar Medan, secara tiba tiba ada kereta yang berhenti mengejut disisi kami sekaluarga, dan penumpang sisi membuka tingkap, saorang perempuan, lalu menyapa , " Asalnya dari Puteri Minangkabau ya?"


Kami terdiam bersama dan hanya senyum kepada penumpang tersebut.

Profesor Salleh, Sasterawan Negara, pun turut hadir

Tetamu tetamu mendengar kupasan sejarah Dato' Jennaton

Prof Murad mengambil masa melebihi sejam untuk mengupas sejarahnya Datuk Jennaton, serta sejaranya kesulatanan Minangkabau itu, serta budayanya Melayu Pulau Pinang.


Saya kira , masa yang terhad memendekkan sesi soal jawab petang ini.


Selanjutnya kami dihidang dengan minuman petang.


Saya gunakan untuk berkenalan dengan sebahagian dari para hadririn.

Bertemu sekali lagi dengan salah saorang pakcik dari K Jennaton, Tan Sri Razali Ismail
Beliau merupakan mantan Duta PBB ke Myanmar, era 80 dan 90 an.


Satu untuk kenangan petang di Bukit Jennaton ini!

Para hadirin berkenal mesra.

Adik saya yang jugak penduduk tetap Pulau Pinang.

Kami bergerak sekitar Asar menyusuri pusaranya datuk saya , yang pertama membuka Pulau Pinang ini!!


Yes, orang Minang memang suka merantau.


Samaada merantau untuk mencari rezeki atau ilmu, mahu pun merantau kerana merajuk pada suasana yang tidak menggalakan. mencari jati diri.


Adalah baik kita berhijrah, demi kebaikan diri dan anak cucu.

Izzuddin adalah keturunan ketujuh dari DATUK JENNATON.

DATOK JANATON KEMBALINYA KERAHMATULLAH PADA TAHUN 1789.

Antara yang hadir disisi pusara.

Para tetamu dari Penang Heritage Trust.

Prof menerangkan sesuatu tentang tapak pusara khas keluarga Jennaton ini.

Datuk Jenaton - Abdullah - Mohd Pakir - Baharin - Tam Rafeah - Hariri - Abdul Latiff Janaton - Muhammad Izzuddin.

Sepupu duai dari Sumatera - Namanya masih saya mencari, yang pasti berpakaian batik merah adalah Ahli dewan Perwakilan (ADUN) dari Parlimen Indonesia.



Penerangan abang pupu  dari Sumatera ini tentang pencarian beliau kemana 'lari'nya Datuk Jenaton terjawab......

                          
Walaupun ramai yang tidak mengetahuinya, dan sejarah mendewa dewakan penjajah sebagai pembuka pertama Pulau Pinang itu , saya tetap gembira kerana saya tahu salasilah asal usul saya dan keluarga saya.


Apa yang pasti, ramai dari salasilah iniyang menjadi pejuang kemerdekaan Tanah Melayu. Ramai jugak yang berpolitik dan tersasar tujuan sebenar berpolitik, ramai yang berjawatan tinggi swasta/kerajaan , dan ramai yang berjuang 'menentang' kezaliman yang dibawa kerajaan sekarang, hehehe.(Aku la tu)


Apa jua namanya datuk saya ini , orangnya tetap yang sama. Ada yang panggil Jenan, ada ejaan namanya berbeza Jennaton dan Janaton/Janatun. 


Tak jadi hal, orang yang sama, kecuali saya.


Latiff Hariri
0948 20052012
Sungai Petani.

1 comment:

orangkampung said...

"Roots", teringat cerita ini pulak,Bagus sekali jika kita tahu Roots kita.
Tahniah!Akar yang sangat kuat.