Bee Gees

Sunday, 13 November 2011

Kembara Qurban 2011 - Melepasi 0' Garis Khatulistiwa

Bergerak ke Kumpulan, sengaja saya bawa mereka semua kesini untuk melihat lihat daerah baru bagi mereka ini. Sedangkan saya tahu, Roni ada berencana untuk pulang ke kampungnya di Lubuk Sikaping, sebaik selesai acara merayau ini. Lubuk Sikaping terletak kira kira 10 km dari Kumpulan, dan saya tidak terfikir yang kami akan berjalan sejauh itu.



Sawah bendang disini tidak mengikut musim, kerana air pergunungannya sentiasa mengalir.

Jalan raya yang seiring dengan sungai.

Melepasi pekan Kumpulan yang ternyata lebih kecil dari Pakan Batu Kurau , Taiping.

Terpegun juga melihat mereka berdua ni mandi ditengah tengah pulau di sungai ini, sedangkan airnya begitu deras mengelilingi mereka.

Bila sudah melepasi Kumpulan, Roni mencadangkan kami ke Equator sahaja, jaraknya hanya 6 km dari Kumpulan. Saya menanya kepada Ad samaad bersetuju untuk bersiar hingga kesana. Katanya, ikut saja.

Saya sudah terlupa nama tempat ini , Bonjol. Sempena nama Pahlawan Islam Imam Bonjol. Kota kecil ini letaknya di garis khatulistiwa 0' darjah

Pintu gerbang yang berdiri tegak diatas garisan Khatulistiwa.

Imam Bonjol adalah Datuk Pahlawan Melayu yang menentang Belanda.

Diatas garisan Khatulistiwa

Imam Bonjol, Pahlawan Bangsa yang menentang Belanda semasa Peperangan Paderi
1821-1837 . Semua tersimpan didalam Museum ini.

Saya boleh bayangkan, bukan sahaja di Bukit Tinggi khasnya, tetapi juga semangat perjuangan ini , sudah mula bertapak di Tanah Melayu, tatapi, tiada catatan yang boleh dirujuk atau, sememangnya kita tiada Pahlawan? Mustahil.

Datuk Janaton berlayar ke Pulau Pinang di tahun 1870, sedangkan Imam Bonjol kembali keRahmatullah sekitar tahun 1864 . Maknanya Datuk Janaton saling mengenali Ulamak besar ini .(?)

Lama kami beriadah disini.

Memandangkan waktu masih awal, akhirnya Roni mengajak kami pulang kerumah orang tuanya di Lubuk Sikaping, yang cuma 6km dari Bonjol.

Bagus jugak dapat berkenalan dengan keluarga Roni, menambahkan kenalan saya sekeluarga.


Minum petang di rumah Roni.

Kami disini sekitar 20 minit

Semuanya ada darah Minang - Satu dari Malaysia, satu di Lubuk Sikaping.

Kami bergerak pulang agak lewat. Tiba di Kg haraban melepasi waktu Maghrib. Beratur ke bilik mandi, kerana hanya di rumah Pak Muis, yang kamar mandinya agak selesa.

Si Ad dan Roni sudah bergerak pulang ke Bukit Tinggi . Mereka bermalam dirumah mereka.

Kena cepat bersiap, kerana katanya, kenduri doa selamat boleh dimulakan bila bila masa selesai Isyak.

Latiff Hariri
2038 12112011
Sungai Petani

2 comments:

Unknown said...

I learnt a lot of information thru' this blog rather than been there , myself. Please make ready the salsilah . Good foto..

Unknown said...

TQ Che Net, sedang diusahakan....