Rutin mingguan tetap sama, selesai menghantar Izzuddin ke Sekolahnya, saya melepak ke Pasar Tani. Bayar bil air dan elektrik, terus ke kebun. Yalah, orang tengah semangat bunga durian ni.
Dari jauh, udah kelihatan banyak kenderaan parkir dipersekitaran kebun. Hm, ada apa pulak ni? Setahu saya , bersebelahan kunci air, ada padang kecil tapak anak anak bermain dan sering dijadikan tapak aktiviti penduduk kampung Permatang Kedondong ni.
Rupanya penduduk kampung mengadakan pertandingan memancing. Kalau tanya saya , ramai ke penduduk kampung ni? Saya berani katakan, yang berumah disini tidak melebihi 25 buah, tidak termasuk saya dan mereka mereka yang bertanah sahaja.
Pertandingan baru bermula jam 900 pagi tadi. Saya tiba tepat pada waktunya.
Beliau menerima hadiah sebagai peserta pertama yang mendaratkan ikan sekitar 909 pagi.
Saya hanya berada disini sekadar satu jam. Tujuan lebih kepada melihat perkembangan kebun, memang sah, dah tiada monyet berkeliaran.
Didalam poket penuh mercun bola dan mancis untuk saya letupkan kepada monyet monyet itu. Yang pasti, selamat durian saya.
Latiff Hariri
2112 20132011
Sungai Petani
3 comments:
kalau dah gugur durian tu...jangan lupalah khabar2kan kat saya...
Insyaallah, untuk semua saudara mara, kenalan2, rakan pejabat, istimewanya bebudak darjah 1 - 6 (1971 - 1976 ) dan Tgktn 1 - 5 (1977 - 1981) SRJK(I), SRK KEVII(1&2), SMKEVII dan SMDA
Post a Comment