Bila saya 'pulang untuk kebaikan' di daerah utara ini, saya mula merasa, masa dan ringgit yang sering saya kesempitan semasa di ibukota dahulu, mula beransur hilang. Baru saya tahu bagaimana rakan rakan muda di pejabat saya ini boleh berkeretakan Waja baru dan keatas, sedangkan saya hanya Wira yang sudah berusia mencecah 4 tahun itu.
Ini kisahnya.
Pagi itu seawal jam 8, aku sudah mulakan tugas membelek dan memeriksa setiap permohonan pinjaman yang aku dan rakan rakanku terima dari bakal bakal pelanggan kami. Ada yang saya talipon untuk kali kedua atau ketiga , ke pejabat majikan pelanggan , bagi memastikan kesasihan pekerja dan jawatan yang disandang. Satu persatu melepasi saringan aku.
Pelanggan yang keenam ini menarik perhatian aku, wajah kad pengenalannya saolah olah aku sudah mengenalinya. Ditambah pula, nombor negeri dan tahun kelahirannya sama seperti didalam kad pengenalan aku. Aku terus menalipon pejabat pemohon tersebut dan mencari jabatan yang boleh mengesahkan jawatannya.
Satu kerja yang mudah, kerana hanya pengesahan kali kedua, kerana kebanyakan permohonan telah disaring oleh rakan rakan yang lain, sebelum aku membawa masuk ke bilik Ketua, untuk kelulusan beliau.
Selesai urusan kelulusan, aku terus menalipon kesemua pemohon yang berjaya untuk temujanji selanjutnya.
Seawal jam 9 keesokan harinya, aku sudah berada di hadapan kilang pelanggan ini. Mengikut jawatan yang diberi, Penyelia Keselamatan. Sudah melebihi 18 tahun bekerja di kilang tersebut.
Bila aku melapurkan diri di pos pengawal, ternyata mudah, kerana beliau adalah Penyelia mereka. Aku menanti di ruang tamu . Datang sesaorang, yang iras wajahnya sama sepertimana foto didalam kad pengenalannya. Berkemeja putih, celana hitam serta berkupiah, dan sedikit berjanggut.
Kami bersalaman dan duduk mengadap. Sambil meminta beliau menandatangani borang perjanjian, aku selitkan beberapa soalan tambahan untuk kepastian. Nama isteri, kerja dimana, berapa orang cahaya mata :- ini semua membantu.
Ternyata beliau senang dengan kehadiran dan keramahan yang aku tunjukkan. Selesai sesi tersebut, terus diajaknya aku ke kantin untuk sarapan bersama. Aku tak pernah menolak bahagian menjamu selera ini.
Waktu minum dikantin , baru aku bertanyakan asal usul beliau. Sebenarnya, aku dah yakin seawal tadi lagi bila beliau memasuki keruang tamu. Cuma, tak mahu mengubah suasana antara pelanggan dan pihak yang memberi pinjaman.
" Saya dulu asal Taiping....." itu sebahagian yang awal keluar dari mulut beliau, bila saya memotong.
" Anak Pak Mat, Polis kat .......... itu kan?"
Beliau tergamam. Bagaimana aku boleh mengenali ayah beliau.
Yang lain tu, tak perlu di ceritakan lagilah. Dah bersalaman diawal tadi, ditambah dengan pelukan mesra dikantin pulak. Wajah ceria serta hampir ada manik manik halus dibebola mata beliau. Sudah melebihi 18 tahun kami tak berjumpa!
Saya tak lah rapat sangat dengan beliau kerana kami berada didalam kelas yang berbeza. Tapi, setiap kali aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia , kami pasti duduk sekelompok. Orangnya pendiam tapi mesra. Tak meninggi diri langsung.
Aku ceritakan tentang rencana aku dan rakan rakan lain yang mahu ber'reunion' tidak lama lagi, dan mengajak beliau turut serta aktif didalam .
Ya , dengan senang hati beliau menerima perlawaan aku, cuma katanya, beliau agak payah untuk bermesyuarat sesama nanti, kerana tidak dapat meninggalkan daerah tempat kerja tergesa gesa tanpa memberi notis seminggu kepada majikan.
Di awal bulan pertama tertubuhnya jawatankuasa , Bendahari kami masih boleh memberi penyata akaun dengan baik, nama nama penderma serta perbelanjaan yang harus dikeluarkan, tetapi, sejak dari pertemuan dengan anak Pak Mat Polis tu, si Bendahari sering bertanya, dari mana datangnya RM100 - RM200 hampir setiap bulan. Dari risikan beliau wang tersebut dikreditkan menerusi perbankan internet.
Saya yang 'pakar' dalam mengorek rahsia ini, meneruskan siasatan membantu si Bendahari ini, mencari puncanya wang tersebut. Alah, perkara mudah bagi mereka yang sudah biasa dengan urusan perbankan ini.
Puncanya, sudah saya temui. Di bulan ketiga, dimana akan berlangsungnya acara pertemuan semula itu, saya terus menalipon anak Pat Mat Polis tu, untuk minum minum petang. Terus beliau mengudang aku ke rumah beliau yang terletak di persempadanan negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Rumahnya rumah kampung jenis kayu dan berdapurkan simen dibawah. Aman dan nyaman dipersekitaran. Ternyata sifat merendah diri beliau terbawa bawa oleh anak lelaki teruna beliau yang baru sahaja menamatkan alam persekolahan itu.
Selesai acara minum petang dan setelah mendapat kepastian dari beliau, yang beliau akan hadir di majlis itu nanti, saya pun memulakan persoalan saya tentang wang kiriman misteri yang di kreditkan ke akaun Urusetia itu. Ternyata beliau indak menunjukkan apa apa reaksi terhadap pertanyaan saya. Saya musykil. Siapa yang tahu nombor akaun tersebut, selain dari rakan rakan sekolah saya?
Saya tidak mengalah, pulang dengan misi terakhir, iaitu berhubung terus dengan pemilik akaun yang mengirim wang melalui perbankan internet itu. Miliknya orang Tionghua, yang tarikh kelahiran pada nombor kad pengenalannya, ternyata, tua lebih dari 15 tahun dari saya.
Ya, sah! Majikan anak Pak Mat Polis ni. Beliau akan memberi RM100 setiap bulan kepada towkay beliau untuk dikreditkan ke akaun Urusetia, dan jumlah penuh kiriman dari beliau sehingga hari itu ialah RM500.00 !!
Aku mula malu pada diri sendiri. Aku rahsiakan kisah ini bersama Pengerusi Urusetia aku sahaja. Aku yang awalnya memberi RM200 kepada Urusetia, ternyata tiada nilainya jika dibandingkan dengan rakan aku yang saorang ini.
Pengerusi dan aku bersyukur dengan kenikamatan berkawankan beliau. Tak disangka, sesaorang yang hanya berkelulusan SPM dan bekerja di sabuah kilang kecil didaerah terpencil, boleh memberi sebanyak itu, sedangkan aku, yang berkelulusan Ijazah Kewangan ini......?
Malu , malu , malu. Ijazah beliau yang lebih besar dan hanya terletak dihati beliau!
Terima kasih ZZZA.
(Kisah ini diceritakan oleh rakan seangkatan saya. Bermakna hanya kami bertiga yang tahu siapa pengirim RM500 itu. Saya amat kagum dengan beliau dan pernah berziarah kerumah beliau di sebuah perkampungan. Tanah kebun 10 ekar milik isteri di menafaat menjadi kebun buah buahan, dan pendapatan beliau dan isteri melebihi RM10k setiap kali musim buah menjelma. Tertanya juga pada diri sendiri, dengan jawatan dan kewangan yang kununnya kukuh ini, dengan hanya memberi RM100 untuk majlis Re-union yang lalu, apakah sudah hebat berbanding dengan rakan saya ini? Ijazah saya terletak di dinding rumah agaknya?! Hehehe.)
Latiff Hariri
1740 26 September 2010
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment