Bee Gees

Monday 13 September 2010

Susun Rumah - Babak Pertama

Jiran adalah saudara terdekat , oleh itu, kami selalu utamakan yang terdekat dahulu sebelum yang jauh.


Rumah Pertama.No 7 Taman Teratai Indah














Kami di rumah Abang Rahman. Kelihatan Keluarga Abang Fauzi . Menu nasi tomato.



Rumah Kedua .No 6 Taman Teratai Indah














Di Rumah Abang Fauzi pulak.

Rumah Ketiga . Abang Omar , Taman Seri Tanjung.














Anak sulong, Fadhil dan cucu cucu bang Omar.

Rumah Keempat , Ustad Ibrahim Ahmad.

Dah agak suntuk masa , sekadar 20 minit disini, Kg Hj Din Sungai Layar, kena naik kereta, faham ajelah sebab Jumaat, tak nak ganggu Ustad Ibrahim berJumaat.
















Izzuddin punya cerita bersama Uztad Ibrahim di Masjidilharam, 2008 dahulu.

Rumah Kelima. Kak Mar, Taman Keladi.

Sayanginya di rumah Kak Mar, tiada foto diambil gara gara berJumaat di Masjid Taman Keladi.
Kak Mar ialah kakak Roziah.

Selesai Jumaat, kami ke Kampung Permatang Berangan menziarahi pusara arwah Ayah Abd Kadir dan Bonda Hitam














Anak anak dan cucu dihadapan pusara kedua dua Ayahbonda.

Rumah keenam yang kami kunjungi adalah rumah Kak Ara di kampung Permatang Kedundung.
Sama jugak, foto tak dirakan gara gara saya dan Izzuddin ke pinggir bandar SP untuk mengambil kek Raya yang telah saya pesan dari pengusaha kek.

Rumah ke tujuh, Abang Majid di kampung Permatang Berangan.














Di rumah Abang Majid . Ini 'dua pupu' kepada Roziah

Selesai rumah abang Majid sekitar jam 4 petang. Rasanya sudah terlebih makan dan harus dihentikan berziarah ni.

Saya buat keputusan untuk pulang ke Taiping , dan bertolak jam 1900 , memasuki PLUS dan tiba di kawasan Perindustrian Kamunting pada jam 2020, dan mencari rumah sepupu saya, Baharom. Memang jarang jarang sekali berjumpa.




















Baharom, abang sepupu saya, beza usia setahun sahaja. Kami sama sama membesar dari 1973-1977 di Aulong.

Raya pertama kami tamat disini. Kira punya kira, rumah Baharom yang kelapan, untuk hari pertama ini. Kira Ok ni. Kalau dicampur dengan Rumah Allah, dah 10 ni!

Pulang ke Sri Kota untuk beraya dengan Emak pulak, rumah No 11. kena kira jugak ni.

Latiff Hariri
0628 14 September 2010
Sungai Petani

No comments: