Bee Gees

Saturday 13 December 2014

Qurban 1435H/2014 - 2 dan 3 okt 2014

Ini telah saya rancang seawal Ramadhan 1435 dengan mewarwarkan melalui FB dan apa jua bentuk perhubungan sedia ada. 

Tunggu punya tunggu tarikhnya 10 Zulhijjah ini, akhirnya saya bertiga beranak sahaja yang terlepas ke Padang/Bukit Tinggi. Ada yang menanya saya, tahun ini engkao dah berapa kali pi Indon?Saya jawab baru dua kali, yang ini masuk kali ketiga. semua destinasi Sumatera Barat. 
Engkau tak boring ke Latiff? Hm...., ini Ranah Minang tanahnya kelahiran moyang moyang saya yang terdahulu, didalam mata saya tersimpan mata mata arwah orang dahulu kala yang sentiasa menggamit saya supaya sering pulang ke sini.

Malam itu saya bergerak 2 beranak, bersama Noor Faiqah, anak kedua saya. Sepatutnya bertiga, tetapi isteri saya masih dalam perubatan dan tidak boleh bergerak bebas. Terpaksa 'langsai' satu tiket AirAsia tu.....


Janji dengan Ustaz Mail di Tol Rawang. Rakan saya darjah 1 dan 2 dahulu. Jumpa semula pada tahun 1999.

Aqilah dah menanti kami di Kuala Lumpur Sentral, jadi dapatlah kami makan bertiga beranak ditempat biasa sebelum bergerak ke KLIA2

Kambing.

Terus ke BTHO jumpa rakan ketat saya ini Othman Abu Bakar.

Berbual hingga 1130 malam sebelum bergerak ke KLIA.

Malam tu sementara menanti subuh kami tidur dalam kereta aje disisi parkir MCD Nilai, sebelum bergerak ke rumah Hatta Ghazali, seperti biasa, hahaha. Port percuma saya simpan kereta bila berjalan jauh.

Penuh 2 troly, 

Seperti yang dijanjikan , kami bergerak meniggalkan KLIA2 tepat 750 pagi dan tiba tepay 845 pagi di Bandara Minangkabau, Padang

Mereka berdua ni pun dah tak terkira berapa kali dah pulang ke Ranah Minang.

Air mancur pun dah biasa, kami tak berhenti pun.

Pintu Gerbang Padang Panjang, Kota Serambi Makkah.

Kerana teruja melihat rakan rakan OE81 saya bertandang ke sini, Aqilah juga mahu mendengar bagaimana gadis gadis Minang mengumpul harta bila berkahwin, hahaha.


Museum Minangkabau.

Makan di Rumah Makan Pak Datuk.

Kami memang laju perjalanan kerana anak anak dah biasa , tak perlu berhenti dimana mana lagi, terus ke Ambun Suri aje.


Latiff Hariri
1748 11122014
Sungai Petani

No comments: