Bee Gees

Wednesday 17 December 2014

12 sept 2014 - Sorenya di Danau Singkarak

Ini kenangan pertamakali merek di Danau Singkarak, danau kawah hasil dari pecahan gunung yang meletup.

Melingkari lereng Gunung Marapi untuk memasuki Kota Kecil Danau Singkarak.

Airnya jernih, saujana mata memandang seseolah berada di pantai lautan terbuka

Bot yang sama saya naiki bersama rombongan Pak Lan.

Kami seketika disini selepas minum petang. Perjalanan kami teruskan menembusi semula Kota Padang Panjang.

Sebaik tiba di persimpangan Kota, terpandang gerai menjual durian dan pulut..Apa Lagi!?
Berhenti pulak, abang Hussin tak sampai hati sebab Kak Ani dah bau durian malam tadi.

Saya dan Faiqah hanya memerhari mereka menjamu selera dari atas bas.

 Kerana tepat ketikan ini sekitar pukul 5 lebih waktu Indonesia saya mendapat berita yang agak merisaukan dari anak sulung saya tentang kesihatan isteri saya. Semua jadi terhenti seketika.

Rakan sepejabat Badrul dari Ibupejabat Kuala Lumpur. Dunia ni dekat sangat...


Kami bersiap untuk makan malam pula. Tak pasti nak makan dimana. Saya kali ini menggunakan khidmat sepenuh dari Janu Ad. Makan minum serta penginapan diatur  oleh Janu Ad.

Perbelanjaannya lebih kurang sahaja, walaupun makanan terbatas. Saya lebih gemar mengatur makan sendiri dari mengikat dengan pakej, kerana bagi saya nikmatnya hidangan masakan Padang ini tidak patut dihalang kepada setiap tetamu saya,

Latiff Hariri
2008 17122014
Sungai Petani

No comments: