Bee Gees

Wednesday, 16 April 2014

Lepasan SPM dan Cuti Sekolah

Dari PutraJaya kami bergerak ke KLIA. Hari ini merupakan hari pertama cuti penggal 2014. Aqilah bertolak dari Sandakan sebelah malamnya ke Kota Kinabalu, dan bergerak pulang pada pagi keesokkan paginya. Jadi peluang ke Kuala Lumpur ini kami gunakan sepenuhnya.

Perjalanan dengan menggunakan laluan negeri, tanpa memasuki mana mana lebuhraya bertol. Tiba sekitar 145 tengahari.

Sebulan sekali pasti balik Semenanjung.

Terus ke tempat biasa kami untuk makan kali kedua, ya lah, yang pertama tadi makan kenduri Perkahwinan Aiman dan Sofea, ini kami berlima pulak.

Dah nak balik Sungai Petani petang ni.

Sebaik selesai acara kami, terus kami ke Kuala Lumpur Sentral untuk bertemu Badrul yang juga akan memulakan tugas pada hari Isnini seperti saya, sedangkan anak anak saya terus bercuti di Kuala Lumpur.
Saya dan Faiqah menumpang kereta Badrul.

Badrul memandu dengan penuh berhemah, tidak seperti saya, haha.

Bermulanya cuti sekolah ini dengan saya bersendirian di rumah. Tak jadi hal, restoran banyak.

Keputusan SPM pun sudah selesai, Mohd kena sambung belajar lagi. Dimana? Itu kena tunggulah rezekinya nanti.

Sempena cuti ini juga , acara HUT Nor Aqilah di rumah, 4 hari awal, sebelum pulang ke Sandakan

Spegeti, Pizza dan Kek.

Sebelum beliau pulang, sempat saya titipkan 'keju' Tanjung Dawai dan Madu Kelulut Merbok untuk abang Bacho di Sandakan.

Kelulut asli....

Memang sesekali sahaja dapat penuhkan parkir kereta di rumah, terutamanya bila kesemua anak anak pulang bercuti

Dan Aqilah tidak terus pulang ke Sandakan, kerana sebaik sekolah bermula, beliau terus ke Port Dickson untuk berkursus, dan sambutan kali kedua HUT beliau bersama rakan rakan KV dari seluruh Malaysia.

Berkursus sambil menyambut Hari Lahir yang tepat tarikhnya di Port Dickson.

Mohd yang masih kekosongan menanti peluang menimba ilmu seterusnya, terus sahaja ke Pondok Agama, sebagai menambah ilmu akhirat.

Belajar Agama secara separuh masa tetapi menetap di Pondok Darul Hadis, Tokai, Pendang, Kedah.

Nama pekan kecil ni memang pelik, jadi untuk memeriahkan nama lucu pekan ini, warga tetap pekan Tokai menyamakan pekan mereka dengan nama Tokio @ Tokyo di Jepun.

Ok kan? 

Latiff Hariri
0518 15042014
Sungai Petani

No comments: