Bee Gees

Monday 7 April 2014

Makan Di Kantin Sekolah

Kami menunggu kelas terakhir Engineering dan Survey tamat sekitar 1250 tengahari.


Cikgu Siva, Nassir Pak Lan dan Razak dihadapan.

Roslan Wahab, Badli, Dr Ismail, Wizan Jawaid, Wan Akmar dan Abang Asri.

Guru guru yang menjayakan acara pagi ini.

Ayam goreng dan telur kurma menjadi hidangan utama. 

Makan dikantin Sekolah selepas 33 tahun.

Sakan jugak kenduri tengahari ini.

Kami hanya makan makan bersama Guru Guru sahaja kerana Pengatua melayan tetamu yang hadir.

Sempat seketika bersama Pengetua untuk penyerahan Ole Ole dari Suhaimi Ghani untuk sekolah, sebelum kami melangkah ke Dewan Sekolah.
Saya dan Rashi mengapit Cikgu Syed, yang merupakan jiran kami di Taman Seri Kota....suatu ketika dahulu.

Kenangan didalam dewan pada usia 50 tahun.

Sebelum berpisah , sempat saya titipkan bayaran yang sepatutnya untuk persiapan menyambut kami warga OE81 kepada pehak Sekolah. 


Nassir , Badrul dan Roslan Abd Rahman.

Nassir mengikuti Pak Lan pulang ke Kuala Lumpur. Disebelah malamnya sekitar pukul 9, Nassir menghubungi kami bahawa beliau berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk pulang malam ke Johor Baharu. Nassir merupakan Pensyarah Kanan Kejuruteraan UTM Skudai.

Saya bergerak laju menuju Sungai Petani, sedangkan Badrul pulang bertemu Bon da beliau di Changkat Jering.

Fuh, satu kenangan yang manis, walaupun keletihan dan tak cukup tidur, sempat saya bertemu sesaorang sebelum pulang ke rumah.


Saya minum petang dengan Azmi Abu Kasim di Sungai Petani.

Ok, tamat aktiviti pertama OE81 untuk 2014 ini.

Latiff Hariri
0818 07042014
Sungai Petani

No comments: