Bee Gees

Wednesday 28 May 2014

Ziarah Makcik Minah

Kira kira 15 tahun yang lalu, sebaik misi saya dan abang saya berjaya, mencari Kampung Haraban, Desa Sipisang, Palupuh, Bukit Tinggi itu, saya ada menceritakan bagaimana sebaik saya pulang ke Malaysia , terus  'melapurkan' kepada makcik dan emak saya tentang kejayaan saya dan abang saya membuka jalan ke Indonesia.

Bila foto foto ditunjukkan sebagai bukti, maka terujalah hati makcik makcik saya untuk melihat sendiri tanah kelahiran emak emak mereka, serta juga tanah kelahiran mereka.

Antara yang mengekori misi kedua saya bersama orang orang tua ini adalah Makcik Minah, yang merupakan kakak ipar kepada arwak Makcik Midah. (kakak suami makcik Midah). Memang saya ingat ingat lupa akan beliau ni, ya lah, kenal gitu gitu aje. Yang psati saya ingat rumah beliau dahulu di belakang Zoo Negara.

Jadi misi saya diteruskan ke Kelang kerana melalui khabaran bang Kassim, Makcik Minah sudah berpindah ke Kampung Batu Belah, Kelang.

Tak susah mencarinya  dengan bantuan google dan talipon yang memainkan peranan untuk berhubung bertanyakan lokasi.

Akhirnya rezeki makan tengahari saya di rumah Mak Minah ajelah, Syukur. Saya suka dapat merasa air tangan orang orang yang teramat tua ini!



Goreng pucuk ubi dan ikan keli salai! Fuh!

Saya terasa, walaupun saya kuranglah rapat dengan Makcik Minah ni, tapi sebagai anak yang mengenang setiap detik indah bersama makcik makcik ini, walaupun seketika. Saya kira lebih seminggu kami berlima ke Bukit Tinggi dan sekitarnya. Yang menariknya, dahulu tiada kepalterbang terus ke Padang. Kami harus ke Medan, dan dari Medan sewa kereta ke Bukit Tinggi. Masa dan kos perjalanan itu, huh....bukan semua orang tua boleh lakukan. Tua tak tua, waktu itu purata usia makcik makcik ini sekitar awal atau akhir 60an lah jugak.

Baru saya tahu, Mak Minah pun dari rumpun yang sama. Perkahwinan sesama keluarga dekat , menrapatkan lagi silaturrahim.

Mak Minah kini hidup sendirian. Untungnya , anak cucu beliau hanya bersebelahan dengan rumah beliau, tiadalah dikatakan hidup sendirian.

Terimakasih Makcik Minah. Makan tengahari itu memang best. Ikan Keli salai lagi.
Saya tak akan lupakan kenangan dengan ' warga senja' seperti yang dikatakan oleh kakitangan MAS ketika itu pabila, emak, mak tuo Sariaman, mak Midah dan Mak Minah, lalu melepasi mereka.

Memang 'adventurous' ketika itu bersama emak emak saya ini pulang ke kampung halaman.

Latiff Hariri
0638 28052014
Sungai Petani

No comments: