Bee Gees

Sunday, 25 May 2014

Mencari Waris Lenggeng

Saya tidak dapat menggunakan laluan pintas dari Gabai terus ke Semenyih, kerana berlaku tanah runtuh , dan dikhabarkan ada kenderaan yang masuk gaung. Terpkasa berpatah balik ke Pekan Batu 9 Cheras, dan menggunakan lebuhraya untuk ke Semenyih. 

Tak lama mana pun, sekitar pukul 10 pagi saya sudah berada di rumah adik saya Akhtaruddin di Bandar Sunway. Menjengok beliau yang dikhabarkan terkena demam denggi. 

Ok, semua ada dirumah pagi Sabtu 10 Mei, walaupun si Aliff sedang bersiap untuk ke Sekolah, kelas  ganti. Jadi dapatlah saya makan tenghari di rumah adik saya ini.

Saya teruskan perjalanan menuju selatan. Ini antara sebab utama saya bercuti kali ini. Mahu menjengok sanak saudara dari salasilah Nenek Sariah. Sedangkan kami dari anaknya Bulan ini, sudah tiada yang menetap di Lenggeng lagi, tetapi keluarga dari abang adiknya Sariah masih menetap di tanah asal sebaik Moyang Moyang kami berhijrah dari Bukit Tinggi Sumatera sekitar awal abad ke 20 @ sebelum 1900 masehi.

Hm, saya dah lupa akan lokasi sebenar kampung arwah moyang saya ini, jenuh bertanya kesini sanalah juga.


Simpang sebelum memasuki Pekan kecil Lenggeng. Kampung terletak di simpang kiri menghala ke Pantai/Kuala Kelawang, kira kira 500m sebaik memasuki simpang kiri, rumah sebelah kanan di atas bukit.

Disitu masih terdiri kusam, rumah arwah Mak Tuo Sariaman. Mak Tuo pernah bersama saya pulang ke Bukit Tinggi kira kira 15 tahun yang lalu.

Hm, tuan rumahnya Abang Udin, bekerja. Jadi saya hanya sempat bertemu istei dan anak anak baliau. Sesuatu yang pada awalnya agak susah saya fahami apabila nama Bidin disebut sebut isteri abang Udin. Saya susah nak tangkap siapa dia Bidin ni. Dah lama memikirkan mana ada anak nenek Bulan yang bernama Bidin.

Dan bertanya saya yang duduk di Kelang itu siapa, abang saya kah?

Hahaha, sebenarnya, inilah jadinya bila kita jarang bertemu sanak saudara. Anak disangkakan Bapak, Bapak disangkakan Adik.

Sekitar pukul 2 petang saya mengundurkan diri. Kununnya mahu ke Seremban bertemu lagi keluarga disana, tetapi sebaik kawan rapat semasa bujang saya ini mengatakan bahawa beliau berada di Kuala Lumpur. Langsung saya batalkan rancangan ke Seremban.



Abang Kamaruddin Husin @ Bang Udin.

Saya tak sampai hati, sebab yang sering menyebut nama saya adalah tuan rumah di Lenggeng , abang Udin. Sedangkan beliau bekerja hari Sabtu. Jadi bagi memenuhi hajat beliua yang terkilan tidak bertemu saya yang datang dari jauh. Saya penuhi hajat beliau dengam mencari tempat kerjanya di Nilai 3.

Abang Udin merupakan anak Mak Tuo Sariaman. Mak Tua Sariaman merupakan sepupu kedua arwah emak saya. Maknanya kamu ada lah tiga pupu. Abang Udin usianya 16 tahun tua dari saaya.

Yang pasti, isterinya bang Udin dan Abang Udin sendiri tidak menafikan akan adanya sekeping tanah milik nenek Bulan yang telah siap di lotkan untuk waris waris nenek Bulan. 

Bukan tujuan utama saya mencari harta pusaka orang orang dahulu, tetapi sebagai rekod untuk sanak saudara sepupu saya dari salasilah Sariah, manalah tahu.

Niat saya bermalam di Seremban saya batalkan. Saya terus memasuki Plus menuju Bandaraya, dan menalipon lagi saorang tiga pupu saya, abang Kassim.

Abang Kassim Bahari. Anak arwah Mak Midah, adik Mak Tuo Sariaman. Maknanya, abang Kassim dan Abang Udin adalah sepupu rapat.

Arwah mak Midah juga pernah saya bawa pulang ke Bukit Tinggi bersama arwah arwak emak dan mak Tuo. Dan saorang lagi Mak Minah, yang merupakan kekak Ipar Mak Midah.

Abang Kassim tua dari saya lebih 10 tahun. Bekas pekerja Hotel, dan kini pemandu teksi Bandaraya. Pertamakali saya bertemu dengan Abang Kassim ni!!

Malam ini rencananya mahu bermalam di rumah kakak saya di Taman Dagang. Dalam perjalanan saya dikejutkan oleh panggilan dari rakan serumah saya dahulu, si David Koh.

Ayaynya kritikal di IJN. Jadi saya berpatah balik ke Institut Jantung Negara. Dan ternyata , Uncle Koh sudah sesak nafas dan dibantuan alat pernafasan. Saya beruntung dapat memasuki kamar ICU beliau dan menziarahi beliau dan bersalaman dengan abang David, si Philip, yang baru tiba dari Australia.

Jadi bercerita panjanglah kami malam itu. Philip merupakan pelanggan bank yang sering berurusan dengan saya sewaktu saya di Pandan Jaya dahulu.

Pulang kerumah kakak saya melepasi pukul 10 malam, dah siap makan sendirian. Berkisah panjanglah malam minggu tu.

Pagi Ahad, 11 Mei saya bergerak ke rumah Mak Cik Miah di Langat. Sekali lagi memasuki daerah ini. Bertemu adik adik arwah Bapak saya. Dapatlah berbual dengan Pakcik Yut yang kali terakhir saya bertemu Raya Eid Fitri lalu di rumah Kak Sham.

Sekitar 11 pagi, saya ke Bandar Tun Hussein Onn, menziarahi pusara ibu saya, Fatimah Zaiton Adam.

Hmmmm, tulisannya....

Al Fatihah untuk emak.

Saya harus bergerak ke Kelang untuk lengkapkan sebahagian expolorisasi saya kali ini.

Latiff Hariri
1458 25052014
Sungai Petani

No comments: