Bee Gees

Thursday, 29 September 2011

Teh Botol / Satay Kambing

Berhenti seketika di gerai yang terletaknya betul betul di simpangnya Sarinah/Sabang ini.

Ini merupakan gerai yang mesti saya singgah setiap kali bertandang ke Jakarta.

Istimewanya - Satay kambing dan gulai kambing.

Nak bagi mereka berdua ni merasa.


Teh Botol.

Satay kambing.

Selesai berkongsi 20 cucuk satay ini, kami bergerak pulang ke hotel.
Sudah melepasi Maghrib.

Di tepi Taman Menteng, sebelah sisi kanan Hotel Formule1.

Perkemas diri sebelum acara selanjutnya, berjalan malam.

Saya berhubung dengan dua kenalan rapat saya, iaitu Elys dan Major Firman Joni.

Elys adalah saorang kaktangan NGO di Jakarta yang lebih memberi tumpuan kepada keperluan makanan untuk anak anak miskin, sementara Major Firman dari Tentera Negara Indonesia - Tentera Laut.

Terlupa langsung untuk berhubung dengan Pak Tjipto dan Ayuningsih. Mungkin terlalu padat acara saya hingga terlupa terus.

Kami mundar mandir di Taman Menteng ini, pusat reakreasi dan riadah. Kelihatannya penuh dengan remaja yang berkumpulan, samaada bernyanyi , bersantai dan berdua-duaan.

Tak beranilah nak rakam aksi anak anak muda ni.

Taman Menteng pukul 7 malam.

Akhirnya, temujanji saya aturkan bersama Elys untuk makan malam. Sedangkan Major Firman saya cadangkan Sabtu petang atau Ahad pagi

Elys tiba di perkarangan hotel sekitar pukul 830 malam, dan kami berempat ke RM Garuda berhampiran Harmoni untuk acara makan makan ni. Elys adalah kenalan saya melebihi 15 tahun, beliau saya kenali sewaktu bercuti di Medan, Sumatera.

Memang kami teramat kenyang, tetapi entah apalah yang istimewanya masakan Padang ni? 2 pinggan setiap saorang!!

Berjalan kaki malam di sekitar Jalan ini, seolah olah berjalan dari Chow Kit menghala ke Jalan Sultan Ismail. Banyak yang 'pelik-pelik' atau yang 'tut-tut' boleh dilihat disini. Sama suananya di lorong lorong Haji Taib tu!!

Kepenatan? Kami tahan taksi dan terus pulang ke kamar. Dah pukul 10 malam pun, kat Malaysia pukul 11 ni. Selalunya waktu ini saya dah 'terbang'.

Latiff Hariri
2105 26092011
Sungai Petani

No comments: