Bee Gees

Friday, 16 September 2011

Aziz Ishak Yang Saya Kenali

Kisah ini saya ambil dari Rahmanhariri.blogspot.com

Sempena Hari Malaysia 16 September ni, saya persembahkan kenangan abadi kami, dari kacamata kami sebagai anak Hariri dan cucu kepada datuk datuk pejuang kemerdekaan tanahair Malaysia ni.

Latiff Hariri


Sekapur Sirih

Saya benar-benar kekurangan masa untuk berblog, dan saya pasti, saya harus memindahkan kesemua penulisan saya dari Blog360 lama saya ini . Sudah tiba masanya saya pindahkan pojok ini yang saya siarkan sempena Merdeka 50 - tersiar pada 27 Ogos, 2007.

Saya percaya, rakan rakan jurutera kimia sepertimana saya akan terhutang budi dengan saorang lelaki ini, yang dengan ilham dan pandangan jauh beliau, menjadikan kita saorang jurutera yang berjaya . Tanpa pandangan jauh beliau ni, tidak mungkin industri ini menjadi begitu dinamik dan Malaysia berjaya mencapai kemajuan dihari ini.




Aziz Ishak yang saya kenali

Beliau kekal sebagai enigma walaupun hanya kepada diri saya.

Pertama kali saya bertemu beliau, saya hanya seorang budak kecil.Dia telah memandu sepanjang jalan dari KL untuk melawat kami di Lenggong pada hari itu, di mana tiadanya lebuhraya Utara-Selatan (atau mungkin dia singgah sebentar dalam peralanan ke KL dari Pulau Pinang, siapa tahu). Sudah tentu ianya amat mudah bagi beliau yang mempunyai saorang pemandu.Bagi kami kanak-kanak dalam era 60an-70an, dengan bapak yang mempunyai hanya Morris Minor yang lama, kami melihat dia dengan penuh kekaguman (terutama bagi yang mempunyai pemandu) dan pada hakikatnya, emak memberitahu kami bahawa beliau adalah saorang bekas menteri.

Saya tidak ingat banyak tentang pertemuan itu, selain bapak yang bertanya kepada pemandu beliau samaada dia ingin makan tengah hari bersama-sama dengan kami di atas meja utama dan jawapan sopannya adalah tidak . Oh, dan saya ingat dia memuji masakan emak semasa makan tengah hari dengan bergulaikan gulai tempoyak. Gulai
tempoyak emak adalah berbeza daripada hidangan tempoyak biasa kerana emak mengguna santan didalam masakan itu.


The Hariris berfoto diberanda banglo Tok Jed di Batu Maung pada tahun 1967.
Terdapat foto yang sama pada minit yang berbeza dimana kapal dilatar sudah bergerak ke arah kanan foto.

Sudah tentu sebelum pertemuan itu kami telah banyak kali ke rumahnya. Kami pernah hadiri majlis perkahwinan anak perempuannya di banglo tepi laut di Batu Maung Pulau Pinang. Ia terletak di atas bukit dan dari beranda, anda boleh melihat laut terbuka, dengan kapal-kapal yang melalui di kaki langit (Batu Maung berada di pintu masuk selatan ke Pelabuhan Pulau Pinang).

Kami kanak-kanak, berbaju koboi kami dan kolam ikan di Tok rumah Jed di Pulau Pinang
Kami sebagai kanak kanak tahu menghayati keindahan kolam ikan di dalam rumah Tok Jed.Dan apabila kami keletihan dengan kolam ikan, kami boleh berjalan kaki menuruni bukit dari rumah dan dalam masa 5 minit kami akan di pantai Batu Maung yang indah itu.
Apabila kami terasa lapar, terdapat banyak gerai-gerai menjual laksa Pulau Pinang yang terdapat sepanjang pantai, dan harganya entah beberapa sen sahaja waktu itu.


Makan laksa selepas berenang di laut Batu Maung. Sudah tentu sedap dan pedas bagi adik kami,Hasnah manakala kami bertiga menikmati makanan kami dek kerana kelaparan dan kesejukan..

Perkahwinan yang kami hadiri.

Ya, saya ingat butiran majlis ini, kerana Bapak mendokumentasikan foto foto ini mengikut susunan yang terperinci di hari percutian keluarga di Pulau Pinang pada tahun itu.

Malangnya, gambar-gambar itu telah dicuri dari rumah keluarga kami di Taiping. (Nasib baik pencuri telah kembalikan semula beberapa foto, dan dengan itu saya mampu mengemaskini pojok ini pada Ogos 2011.)

Majlis perkahwinan itu mungkin pada tahun 1967, beberapa tahun selepas beliau ditahan di bawah ISA (ditahan pada bulan Ramadhan 1965, dibebaskan lebih daripada satu tahun kemudian pada tahun 1966).
Beliau berada didalam sekatan rumah sehingga tahun 1971.

Maju kehadapan tahun 1986.

Waktu itu saya baru sahaja pulang dari Melbourne dan bersenjatakan ijazah kejuruteraan kimia dan masih mencari pekerjaan, kakak saya dan saya melakukan kunjungan hormat kerumah Tok Jed di Taman TAR Ampang Jaya. Kami telah berbual seketika dengan beliau dan isterinya Tok Chah tentang beberapa kisah kini dan silam.

"Jadi, Rahman baharu pulang dari Australia? Universiti mana yang Rahman pergi? "Dia bertanya kepada saya.

"Monash," saya menjawab dengan bangganya. Dia tidak menunjukan reaksi pun dengan jawapan saya.

"Jurusan apa disana?" Dia bertanya kembali.

"Kejuruteraan Kimia, Tok Jed," jawab saya, dengan harapan kali ini akan mendapat perhatian Tok Jed, sekurangnya perkataan berteknologi ini disebut.

"Oh begitukah?!" Dia kelihatan agak terkejut. Sekarang saya rasa , saya mula mendapat perhatian beliau.

Semua secara tiba-tiba, dia bangun dan meninggalkan meja. Kami kehairanan, tetapi meneruskan perbualan kami dengan Tok Chah.

Dia datang beberapa minit kemudian bersama bukunya. Sambil membelek helain mukasurat buku tersebut,mencari muka surat yang betul, dan mengatakan sesuatu yang menggores fikiran saya.

"Tok adalah orang pertama yang membela dan menaja Universiti Malaya untuk penubuhan Jabatan Kejuruteraan Kimia, dan kini Tok berbangga mempunyai 'cucu' yang merupakan seorang jurutera kimia yang berkelayakan!" Beliau mengumumkan seperti suatu pengistiharan..

Dia menunjukkan kepada saya kandungan dalam buku ini dan memberi penekanan kepada isi kandungan buku tersebut untuk perhatian saya.

Saya teramat kagum dengan hakikatnya, selepas bertahun-tahun beliau berjuang untuk memperbaiki tahap pendidikan anak anak Melayu untuk mengambil alih semua aspek pentadbiran British, dan sanggup disingkir dalam menegak perjuangan beliau... kini telah membuahkan hasil. Saya antara buahnya, yang walaupun kecil, merupakan hasil perjuangan beliau untuk negara. Pasti, sejak zamannya, Jabatan Kejuruteraan Kimia telah ditubuhkan di Universiti Malaya, saya rasa ramai graduan yang berkaliber lahir dari pintu Jabatan ini, sebelum saya keluar dari Monash pada tahun 1985.

Dia merupakan Menteri Pertanian negara pertama di bawah kabinet Tunku pada tahun 1955. Dia menyukainya, dan menolak perpindahan ke Kementerian Kesihatan.Dia tahu dia boleh menyumbang banyak dalam portfolio yang rendah ini tetapi kritikal - tidak seperti hari ini ramai yang akan berfikir bahawa Kementerian Pertanian adalah bermakna mentera kematian kepada ahli ahli politik yang bercita-cita tinggi, tatkala ramai orang Melayu adalah petani dan pesawah. Beliau mahu anak anak watan mengambil alih pemilikan dan pentadbiran kilang baja, loji yang begitu penting kepada ekonomi negara.

Buku eksklusif ini diberi kepada saya dan kakak saya siap bertandatangan beliau sebagai tanda ingatan dari saorang datuk kepada cucu cucunya, pada malam pertemuan itu. Sudah tentu saya membacanya dari luar hingga kedalam, dan tahu apa yang beliau lalui dalam perjuangan untuk kebaikan negara ini. (Walau bagaimanapun, saya telah kehilangan buku tersebut, yang mana menurut The Star buku itu masih diharamkan di negara ini.)

Walaupun kita menyambut Hai kemerdekaan ke 50 negara, dengan begitu banyak ratib puji-pujian mereka terhadap - Onn dan Tunku, dan terlalu ramai pahlawan kita yang terkorban demi sebuah kemerdekaan, terlalu banyak nama-nama yang tidak disebut dalam ratib ini oleh penerbitan arus media utama yang mana nama nama mereka ini lebih hebat sumbangannya dari nama nama yang sering dipropagandakan oleh media mereka.

Aziz Ishak, atau lebih dikenali sebagai Tok Jed kepada kami, adalah salah seorang daripada mereka. Pemikiran beliau terlalu jauh lebih maju daripada zaman seangkatannya. Walaupun saya terlalu muda waktu itu untuk benar-benar mengetahui apa yang beliau lalui, namun saya gembira bahawa beliau telah meninggalkan satu memori bagi kami teruskan perjuangan ini. Kenangan saorang patriot dan nasionalis yang jati, yang dalam perjuangannya, bukan untuk merompak kekayaan negara untuk diri dan keluarga sendiri, malah berjuang untuk kesejahteraan rakyat terutamanya bangsa Melayu.Beliau enggan menerima sebarang anugerah atau gelaran negara dari kerajaan persekutuan selepas itu, dan tidak langsung menggunakan gelaran "Haji" pada awal nama beliau. Inikan pula gelaran yang diberi oleh kerajaan.

Beliau meninggal dunia pada bulan Jun 1999, dan saya gembira dapat memberi penghormatan terakhir kepada beliau pada hari tersebut.

Alfatihah untuk Tok Jed.

EPILOG





Buku ini bertajuk Tetamu Istimewa - Tahanan dalam Negara terhadap Bekas Menteri Kabinet oleh Aziz Ishak. Dalam bukunya, dia menerangkan secara terperinci perbezaan yang ketara antara beliau dengan Tunku dan peristiwa yang membawa kepada perletakan jawatan beliau, dan seterusnya penahanan ISA dan pembebasan selepas itu. Menurut artikel baru-baru ini tentang dirinya dalam The Star , buku ini masih diharamkan dan hanya dibenarkan akses yang terhad di perpustakaan universiti.


Saya mengambil sebahagian petikan penulisan Tok Jed atas cadangan beliau untuk penubuhan Jabatan Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaya, pada halaman 40 ,

Katanya Tok Jed

Pada awal tahun 1962, saya menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman, sebagai Kanselor baru Universiti Malaya, selepas perbincangan dengan beliau mengenai keperluan untuk memberi lebih penekanan terhadap pendidikan teknikal bukan sahaja di peringkat Sekolah Menengah dan Sekolah Teknikal, malah lebih dari itu diperingkat Politeknik dan U
niversiti tertinggi.

Apa yang bermain difikiran saya, tidak lain tidak bukan, juruteknik dan jurutera anak Melayu untuk perkhidmatan industri tinggi, seperti kilang baja, kilang kertas dan rakyat yang bekerja sendiri membangunkan khazanah kekayaan negara.

Saya masih ingat dalam surat itu, saya tekankan kepada Tunku tentang kemajuan sesuatu negara itu tiada maknanya jika anak bangsa masih gagal menguasai bidang teknologi dan sains. Saya tegaskan , tiada kemudahan asas langsung untuk Jabatan Kejuruteraan Industri dan Kimia di Universiti Malaya. Penafian berterusan untuk mendapatkan kemudahan latihan yang berterusan dalam bidang ini bermakna negara ini terpaksa mengimport jurutera berkelayakan tinggi untuk industri kita yang semakin berkembang, yang selama bertahun-tahun mendatang, akan terpaksa mengimport teknologi dan pekerja asing. Saya juga ingat didalam surat itu saya menyebut tentang pertemuan saya dengan Sir Alexander Oppenheim, Naib Kanselor Universiti Malaya waktu itu, tetang penekanan awal terhadap isu penubuhan Jabatan Kejuruteraan Kimia.

Dalam surat itu, saya kemudiannya menekankan hakikat bahawa ia bukan dasar kuasa penjajah untuk memperkenalkan mata pelajaran itu bagi sebab-sebab mudah bahawa bekas negara jajahan dan negara-negara baru muncul sebaiknya dibiar menjadi pembekal bahan mentah dan tidak layak mengambil bahagian dalam industri pembangunan. Dalam kes ini, saya memetik kes universiti-universiti di India, Sri Lanka, Singapura dan Afrika Selatan, tetapi berbeza dengan universiti-universiti Komanwel yang lain, dimana kursus-kursus dalam bidang kimia telah disediakan.

Untuk membuktikan pandangan saya ini benar, saya persoalkan mengapa hanya Pegawai Pegawai British yang menjadi Pentadbir di Universiti Malaya dan dikawal oleh pegawai-pegawai tersebut, bagi memastikana negara kita akan terus menjadi pembekal bahan mentah semata mata.Surat saya kepada Tunku ditutup dengan cadangan bahawa "memandangkan kita telah ketinggalan jauh dibelakang sedangkan kemajuan telah jauh meninggalkan kita didalam bidang teknologi industri, maka satu rancangan padu harus dilakukan supaya kita mampu menjadi pamain utamanya, antaranya kursus dan jurusan berasakan industri teknologi dan kejuruteraan kimia, tindakan tindakan ini perlu diambil :

oTerdapat banyaknya biasiswa Colombo dalam mata pelajaran Industri Kimia , Teknologi Kimia akan diminta dari negara-negara yang sudi membantu seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Itali dan Belgium. Permintaan harus dibuat dari negara negara ini untuk melatih anak watan.

o Menyegerakan arahan kepada Universiti Malaya supaya menyegerakan kajian dan penubuhan kursus dalam bidang Kimia Industri, Teknologi Kimia dan Kejuruteraan Kimia pada tarikh yang terawal

o Menyediakan kursus dan menubuhkan Politeknik untuk kursus-kursus tersebut tanpa berlengah lengah lagi.

Tunku hanya sekadar menyerahkan surat saya kepada Naib Canselor, tanpa apa apa tindakan, dan jawapan maaf dari Naib Kanselor kepada saya, kerana sengaja melengah lengahkan. Tetapi selepas itu, masih tiada tindakan pro-aktof dari beliau, yang mana surat kedua saya layang kepada Tunku, menyuarakan ketidakpuasan hati saya sebagai Menteri Pertanian waktu itu atas kegagalan Sir Alexander bertindak.

Ingatan saya , sehingga ke hari ini (1976) tiada tertubuh pun satu Jabatan Teknologi Kimia dan Kimia Kejuruteraan!

Tamat teks kata kata Tok Jed

KIsah serba ringkas tentang Allahyarham Tok Jed boleh juga didapati di sini.


Sesaorang juga memberitahu saya bahawa Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman memecat Menteri Pertanian lewat, Aziz Ishak, kerana dia mahu kerajaan mengambil-alih monopoli kilang baja yang dipegang oleh perbadanan negara British yang besar. Aziz Ishak bertanya mengapa negara perlu memberikan kekayaan negara kepada warga asing yang mengawal komoditi yang dihasilkan di negara ini yang merupakan nadi utama kaum petani Melayu. Beliau telah dipecat dan dicemarkan nama baiknya(dibaca - difitnah).

Aziz Ishak meninggal dunia pada tahun 1999. Generasi muda kini tidak diberitahu niat murni beliau sehingga kehari beliau menghembuskan nafas terakhir beliau. Tidak tercatat, walaupun nota kecil dibawah kaki akhbar untuk mengiktiraf sumbangan beliau ke arah kesejahteraan orang Melayu yang melarat ketika era Tunku.

'X-Files' memang wujud di mana-mana negara, termasuk negara kita.Iya! Di luar sana, tetapi anda harus mencarinya. X-Files memang wujud di mana-mana negara, termasuk kita!!


Terima kasih Rahman Hariri atas tulisan ini.

Untuk kepuasan maksima bagi yang mengahayati bahasa Inggeris, sila klik disini.

Komen saya tentang penulisan RahmanHariri ini , adalah seperti berikut.

Apa yang saya pasti ingat ialah, Tok Jed ketika itu banyak bertukar pendapat dengan Bapak tentang Agama, serta bertukar tukar pendapat tentang perkembangan politik orang orang Melayu terutamanya Umno. Eh, jangan tersalah tafsir tau, Bapak bukan ahli Umno, begitu jugak dengan Tok Jed. Setahu saya, bapak lebih berminat dalam menjiwai agama, sedangkan Tok Jed pergi sebagai Ahli PAS seumur hidup, selepas di ISA kan oleh Tunku. Ya, ada persamaan dengan kisahnya DSAI tu. Ya lah, saya tidak nafikan pada awalnya, Tok Jed pun ahli Umno.

Tapi dek kerana idea dan pandangan jauh beliau tentang umat Melayu, membuat Tunku terasa kedudukan beliau tergugat,(sepertimana DRM yang tergugat dek kekuatan DSAI tu). Lalu direka cipta(dibaca - difitnah) yang Tok Jed merupakan talibarut Sukarno/Indonesia yang diwaktu itu masih hangat dengan isu Ganyang Malaysia. Memandangkan Tok Jed memang berhubung rapat dengan Ranah Minang dan akrab dengan pemimpin Indonesia waktu itu.

Tok Jed merupakan Menteri Pertanian yang pertama Malaysia. Oleh kerana itu , kaum tani, penoreh dan pesawah, nelayan sungai dsbnya, amat rapat dengan beliau dan mendapat sokongan padu dari orang Melayu bawahan. Bila idea beliau yang terlalu berwawasan itu diketengahkan:- salah satunya, pembinaan Kilang baja Urea untuk kegunaan pekebun, idea beliau mendirikan fakulti yang berkaitan kejuruteraan di Universiti, telah meperlihatkan betapa Tunku waktu itu terlalu dangkal akalnya. Dan mungkin juga 'dendam' kesumat dikalangan Ahli Umno waktu itu(mahupun kini dan selamnya, selamnya kapal selam Najib.....selamanyalah.) yang membuat beliau di ISA kan di Kem Tahanan Kamunting.

Beliau merupakan Fitnah pertama Umno terhadap ahlinya yang berjawatan Menteri. Saya ada mendengar bualan Bapak ketika itu yang menceritakan betapa keluarga Tok Jed tertekan dan malu dek fitnah itu. Walau pun waktu itu usia saya sekitar 8-9 tahun, dan saya pun mula mengenali beliau pada tahun 1971 sewaktu kehadiran beliau dirumah banglo kerajaan kami di Lenggong itu. Tetapi hubungan bapak dan Tok Jed berpanjangan bila kami berpindah ke Taiping, pasti Tok Jed datang dengan Mercedes hitam/merah bersama pemandunya, dirumah kami di Aulong itu. Disetiap pertemuan itu, kami mendisplinkan diri dengan berdiam didalam kamar bersama adik adik, kerana beranggapan Tok Jed adalah tetamu istimewa bapak, dan mereka berbincang tentang agama, politik dan hubungkait keluarga di Malaysia/Indonesia.

Bila usia dan kesihatan Tok Jed/Bapak semakin bertambah dan berkurangan, pertemuan mereka semakin terjurang. Tetapi , setiap kali cuti penggal persekolahan, saya pasti akan ke Ampang Jaya kerumah Makcak, dan sesekali akan kerumah Tok Jed/Tok Chah. Kalau tak pun kerumah Tok Tam, Tok M, tak pun kerumah Tok Pin yang kesemuanya merupakan ipar kepada Tok Jed dan rumah mereka berdekatan. Mungkin agak kekok bila berada dirumah datuk datuk ini, tetapi, bagi saya , mereka mesra dengan cucu cucu saudara mereka.

Tok Jed pergi tanpa mendapat pengiktirafan sewajarnya dari pemerintahan DrM mahupun Umno. Dan DrM meneruskan tradisi memfitnah terhadap keluarga Janaton dengan mengkambing-hitamkan Tan Sri Wan Sulaiman Pa' Wan Teh , salah saorang Hakim Tinggi Malaya yang menentang campur-tangan Eksekutif didalam Perundangan Negara. Akhirnya, Pak Lah memutihkan arwah Tok Geng (Tan Sri Wan Sulaiman) dengan membayar kesemua faedah dan ganjaran selayaknya kepada balu Allahyarham. Allahyarham , kalau tak silap saya, dikebumikan di Medan,Sumatera.

Hmmm, mungkin adik adik saya tidak tahu kisah ini, tapi, ini semua kisah yang saya dengar dan baca , samaada dari perbualan datuk datuk ini semasa hayat mereka bersama pakcik dan anak anak buahnya, mahupun melalui pakcik pakcik saya yang merupakan anak anak datuk datuk ini atau anak anak saudara mereka. Saya sebagai cucu saudara, hanya mendengar dan tersimpan dihati saya.

Apa pun, saya bangga mempunyai salasilah keluarga yang merupakan pejuang - walaupun tanpa senjata, yang pasti, senjata mereka adalah dengan penulisan mereka melalui Utusan Melayu , yang dahulunya dimiliki sepenuhnya oleh Tok Jed dan Tok Yusof( Presiden Singapura yang pertama), serta dibidang perundangan yang mereka pegang dengan tegas, tetapi akhirnya dirobek oleh DRM dan Umno. Moyang, Pa' Wan Teh merupakan hakim Melayu pertama Malaya .(kini Utusan saya haramkandari pembacaan anak anak saya)

"Oh, sebab itu abah anti Umno ya, sebab datuk datuk dahulu semuanya adalah pemimpin yang dikhianiati Umno dan akhirnya abah pun anti Umno sama", ini kata kata Izzuddin kepada saya.

Hmmm, tidak juga, kesedaran tak semestinya harus diwarisi dari asal usul kita, setiap kita akan lalui zaman yang berbeza, kita mungkin sedar tentang kezaliman yang kita alami pada era kita, anak anak mungkin akan terasa kezaliman itu perkara biasa, janji kita duduk didalam keamanan dengan nikmat kemewahan yang melimpah ruah.

Tetapi, tuntutan yang Hak terhadap Allah, bagaimana? Saya pun bukan sempurna, tetapi, sesuatu harus saya lakukan untuk kesempurnaan diri dan waris waris saya dengan berlandaskan hukum yang telah ditetapkanNya. Bukan hukum Lord Reid tu!!.

Jadi, pendirian saya lebih kepada kerana gagalnya Umno melaksanakan hukum Allah walaupun sudah 54 tahun memerintah. Kegiatan judi, arak dan yang seangkatan masih diteruskan, itu belum lagi kekayaan negara yang diwarisi oleh anak cucu mereka sahaja itu.

Dan kita bukannya penderhaka , kita adalah pejuang, mereka didalam Umno merupakan penderhaka sebenar yang menjual Malaysia sesuka hati mereka kepada bangsa dan negara luar. Dam mereka didalam UMNO yang mengagih agihkan kekayaan bumi kepada anak cucu kroni mereka!!

Kalau kita sedar, ramai pemimpin ulung nusantara ni , lahir dan asalnya dari Bukit Tinggi/Padang. Orang orang Minang ini adalah perantau, dan mereka membawa bersama mereka satu perjuangan yang mewarnai nusantara. Antaranya, selain dari Shamsiah Fakeh, Aishah Ghani, Bung HAMKA dan keluarga Janatton sendiri, walaupun tiada penghargaan dek kerana berhaluan kiri.

Kilang Baja Petronas Fertilizer terhasil dibawah DRM. Idea yang dilahirkan oleh Tok Jed seawal tahun 50-60an dan menjadi kenyataan sekitar 80an, 20 tahun ketinggalan.

Umno akan terus memadam sejarah dengan melakar diri sendiri sebagai pejuang yang sebenar.

Alfatihah untuk Tok Jed.

Latiff Hariri
0700 16092011
Hari Malaysia
LCCT Sepang.

(Bila tersiarnya artikel ini, saya sudah berada di tanah seberang mencari sesuatu untuk mengisi erti sebuah kemerdekaan sebenar, yang cuba dipadam dari sejarah oleh 'mereke-mereka' yang menjadi tali barut British!!)

No comments: