Bee Gees

Sunday 15 December 2013

Bandara Minangkabau-Siteba-Malin Kundang-Pantai Padang

Borang kemasukan ke Indonesia telah kami isi. Muda kerana kami duduk dua barisan dan saya hanya memperbetul apa yang salah didalam borang borang tersebut.

Pesawat berlegar dua kali di lautan Hindi kerana belum mendapat kebenaran untuk mendarat, jadi dapatlah melihat keindahan Kota Padang serta pantai/pulau pulau berdekatannya.

Berautur panjang untuk dilayan Imigrasi. Saya lepaskan diri saya dahulu, sedangkan kedua dua belas tetamu beratur mengikut susunan. Saya sudah terhidu akan ketidakmesraan Pegawai Imigrasi, baik untuk Pelawat mahupun untuk warga Indonesia. 

Saya mengucapka, Selamat Siang, kepada beliau sambil menghulurkan pasport serta dokumen perjalan.

"8 orang Pak?" Tanya beliau. saya mengangguk sambil mengalihkan muka melihat rombongan yang saya bawa berdiri belakang saya.

"Ya, pak, kami pulang ke Kampung di Palupuah, Bukit Tinggi, semua ini anak anak dan keluarga saya"
Saya bermuka muka bila menjawab, tak mahu menimbulakn masaalah.

Ternyata saya berjaya!

Kesemua rombongan saya dicop pasportnya begitu pantas. Sedangkan, saya sudah perhati 3 aatau 4 warga dihadapan saya yang dipersoal begitu teruk sekali seolah olah tetamu yang memasuki Bandara ini memberi masaalh kepada Imigrasi!

Yang seronoknya Siraj, dipaksa membuka begnya oleh pehak Kastam Indonesia. 

Waktu ketibaan kami ikut waktu Malaysia 9.00 pagi, tetapi jam Indonesia lewat sejam dari kita, jadi kami betul betul keluar dari  Bandara ini sekitar 830 pagi. 

Ad dah tersengih dihadapan lobi, eheh.


Kesilapan yang disengajakan supaya rakan rakan seangkatan Ad menyangka yang Ad dapat tetamu Bule.

Bule? Ya, Bule. Mat Saleh.

Sebaik keluar dari lobi pemeriksaan, saya dah perasan kesemua tamu yang saya bawa ini sudah mula tersenyum lebar, kerana berjaya melapasi halangan ....... 

Bukanlah halangan besar, cuma saya tak suka dengan cara Imigrasi melayan orang luar, itu aje. Tapi, cara mereka melayan warga Indonesia pun sama jugak, tak mesra alam.

Semua dah mula nak senyum

Terus menapak ke bas yang menunggu. Gerimis pagi ini. Sama seperti di LCCT tadi.
Saya udah aturkan bersama Ad akan apa rancangannya untuk hari pertama ini. Cuma, risaukan hujan atau banjir , kerana ia bakal menggagalkan rancangan saya untuk seketika di Kota Padang ini.

Saya wajib habiskan rancangan ini kerana di hari akhir nanti, tiada kesempatan waktu lagi.

Melangkah laju meningalkan Bandara.

Bas kami warna Oren, tapi hari tu yang Ad warwarkan warna merah? Rupanya, tersilap percaturan, jadi diganti yang lain. Tengok keadaan bas ini, selesa sungguh.


Ya, semua gembira bila menaiki Coaster ini, kerana, cukup cukup 13 orang.

Sambil Coaster ini bergerak perlahan menuju Kota Padang, saya terus menghubungi adik saya di Des itu di Siteba. Beliau sudah menanti, dan diberi arahan kepada Ad supaya mudah perjalanan kami nanti.

Sekitar 950 pagi kami udah di persekitaran rumah Kak Yus.

Siteba - pekan kecil di pinggir Kota Padang.

Saya dah beritahu Des, sekadar teh/kopi kosong sudah memadai, (sebenarnya saya tahu itu semua acahan saya aje) sebenarnya seperiuk nasi serta lauk pauknya sudah tersedia menanti kami di rumah Kak Yus!


Kak Yus bersama cucunya, anak Des yang keempat. 

Oklah, teh 'O' dan dua jenis kek. Saya rasa lega, kerana permintaan saya ditunaikan Kak Yus, tapi....

Laju mereka menerpa ke dapur bila Kak Yus mula membuka isi meja makan beliau!!

Saya tak boleh nak kata apa dah, memang kami semua lapar pun.

Nasi putih , rendang daging yang teramat enak resepi Padang, Ayam Goreng Bumbu, sambal berlado dan Gado Gado.

Part makan ni, kalau Chef Abang Man dan faridah pun dah puji akan keenakan masakan Kak Yus anak beranak ini, saya tak nak kata apa lah.

Ini sebagai permulaan mereka menjamah air tangan orang orang Minang asli di Sumatera Barat ni, kau tunggulah nanti.

Tengok, semua tak kalih dah, laju je.

Saya amat bersyukur dengan kenikamatan ini. Persahabat yang kecil saya mulakan dengan Kak Yus kira kira 14 tahun lalu, kini membesar dengan hampir kesemua yang mengikuti saya , pasti akan mengenali siapa Kak Yus.

Kami berada di rumah Kak Yus untuk 45 minit, saya yang terasa tergesa gesa mahu bergerak, sedangkan Kak Yus masih mahu bersembang dengan kami.

Sebenarnya saya risaukan cuaca yang tidak menentu. Sekarang ini musim hujan, perjalanan yang mudah akan tergendale dek hujan lebat nanti. Silap silap rencana untuk ke Pantai Air Maneh pun terpaksa saya batalkan. Sebabnya jalan curam berlerengkan Bukit Padang untuk sampai ke tujuan.

Kami bergerak sekitar1040 pagi agaknya, setelah memberi satu posing beramai ramai dihadapan rumah Kak Yus.


Komen mereka yang pertama kali ke rumah Kak Yus, "saolah olah berada di rumah keluarga sendiri", "         "sedap rendang Kak Yus." . " Kak Yus tu keluarga Latiff juga ke?"

Saya dah jawab semuanya melalui penulisan ini dan yang terdahulu.

Perjalanan agak perlahan dek kerana jalanraya yang agak sesak. Walaupun begitu, Abang Man amat mengagumi kesopanan setiap pemandu kenderaan di Kota padang ini. Amat tertib walaupun tersangkut lama dijalan raya.

Memasuki Pantai Air maneh ini pun saya kira sekitar 11 30 pagi, keadaan mula memanas. Padang ni bagi saya, seoalah olah berada di Pulau Langkawi. Kita tak boleh pakai baju yang tebal, kerana akan memudahkan badan berpeluh . Aircond Coaster ini pun gagal berfungsi dengan baik.

Jadi , terjawabkan mengapa saya hanya ber'Pagoda' bila menaiki pesawat ke Padang.

 
Batu Malin Kundang yang tidak dijaga rapi.......terpegun semua?

Saya terasa rimas, langsung ke gerai berhampiran untuk pekena teh botol yang dingin, tetapi yang ada hanya tel botol plastik, yang rasanya tidak sama dengan yang asli itu. 

Pemandu pelancung ini mengelat bila kepanasan di tepi pantai.

Untung tiada hujan walaupun sesekali gerimis. Coaster kami bergerak perlahan memasuki Kota Padang. Melepasi China Town dan penetapan India yang saya kira tidak melebihi 1% jumlah penduduk Padang.

Kami memasuki daerah Pantai Padang melepasi pukul 1230 tengahari. Saya tahu tiada yang kelaparan didalm Coaster ini kerana sudah puas dengan apa yang dijamu Kak Yus. Makan tengahari sudah saya tetapkan 3 jam dari sekarang. Kalau lapar, beli sahaja jajan disepanjang jalan menuju ke Bukit Tinggi nanti. Memang saya nak pastikan semua lapar maksimum.

10 telur penyu yang direbus dipinta, harganya RP60,000, atau sekiat RM14.00 .

Tak ramai yang sahut cabaran saya, yang mencuba kalau tak silap saya, Abang Man, Faridah, Siraj, Alif....yang lain lain menggeleng seakan akan seriau.....ataupun geli geleman?!

Bergerak sekitar pukul 1 lebih keluar dari Kota Padang. Saya mula merasa yang mata saya semakin berat. Tidur tidur ayam ajelah, sedangkan yang lain sudah nyenyak berdengkur. Lagi pun Aircond Coaster ini agak perlahan, saya mula merasa yang badan berpeluh. Berhenti seketika Supir memeriksa dimana silapnya Aircond Coaster ini. 

Untungnya sepanjang perjalanan ini, hujan mencurah curah dan adakalanya gerimis, jadi tiadalah masaalah sangat dengan alat penghawa dingin ini. 

Siraj dan Abang Man lena disisi saya.....

Malam tadi kami tak tidur langsung untuk 24 jam, mana nak tahan.

Latiff Hariri
1958 15122013
Sungai Petani

No comments: