Bee Gees

Friday, 13 December 2013

Di LCCT menuju Padang untuk 5 hari 4 Malam

Ini bukan pertamakali saya menjadi Pelayan Pelancung/Tour Guide. Dah berpuloh kali rasanya.

Segalanya bermula sekitar lewat 90an bila saya berjaya memecahkan rasa 'takut' untuk memasuki negeri orang. Saya dah sering membawa 6-8 tetamu dalam satu masa, sekali sahaja membawa 25 orang ke Medan. Jadi kali ini saya membawa 13 orang.

Memang terfikir, apakah halangan yang bakal saya hadapi nanti bila di Negeri orang? Halangan utama saya ialah Imigrasi Indonesia, selain dari kesilapan teknik tiket mahupun bagasinya. Memang susah bila dipersoal akan kesilapan yang telah berlaku. Saya doakan ajelah. Dahulu ke Medan semuanya warga dewasa, tanpa anak anak .Kali ini, ada 5 anak anak sekolah. Pasti lain cabarannya.

Kami bertiga dari SP sekitar 940 malam. Sengaja saya lewat lewatkan. Pertamakali Izzuddin tinggal sendirian untuk jangka masa yang panjang.

Tiba di Butterworth sekitar 1015 malam untuk menjemput Siraj, rakan sepejabat saya.

Tiba di Bukit Lanjan sekitar 130 malam. Boleh kata laju jugak pemanduanan saya.

Kami yang awal tiba, terus ke Surau LCCT . Dah pukul 530 pun, Subuh sekitar 548 pagi. Panggilan pertama yang masuk dari Abang Man yang menyatakan bahwa beliau sudah sampai dan mencari cari dimananya Surau. Dan yang keduanya tiba sejurus kemudian Aspah bersama 3 anak teruna beliau serta adik bongsunya. Abang Man berempat, sedangkan Aspah berlima, dan saya berempat, jadi jumlahnya 13 lah.

Faridah, saya, Siraj (rakan pejabat saya), Abang Man , Haikal dan Adam dihadapan. Sebaik selesai subuh sekitar 620 pagi, depan surau LCCT.

Kami melangkah sekumpulan menuju ke kaunter cek-in Ke Padang. Kira awal lagi, tapi, punyalah ramai manusia. Adam ketawa melihat gelagat pelancung yang tidur bergelimpangan di hujung hujung lobi LCCT.

Tiada masaalah di kaunter. Satu beg seberat 17.5kg saya titip masuk kedalam perut pesawat. Penuh dengan pakaian untuk saya sedekah ke kampung nanti.

Sekitar 7pagi kami bergerak ke ruang menunggu pesawat. Sebelum itu saya ke kaunter bantuan LCCT untuk memastikan Passport dan tiket kami dalam keadaan sempurna sebelum berlepas. Saya tidak mahu bersoal jawab dengan Imigrasi Indonesia.

Aqilah ni kerja dia turun naik kapalterbang aje sejak mejak ni.

Kami dijemput masuk ke Pesawat sekitar 730 pagi, tiada masaalah, masing masing dah biasa rasanya memasuki pesawat.

Siraj, Haikal, Faridah Aspah, Aliff, Haziq Abang Man. Dihadapan Adam dan Epy.

Untungnya kami duduk dua barisan penuh kecuali saya yang tercampak didapur pesawat. Duduk disisi tingkap, jadi saya cadangkan sesaorang untuk mengambil alih tempat saya. Terus diterima Haziq yang mahukan kerusi yang bertingkap.

Aspah, Bie dan Aqilah.

Suatu yang sering berlaku. Semuanya kurang berbicara, membisu. Yalah, ada yang pertama kali bersua, belum saling mengenali, ada yang sudah 2-3 kali berjumpa, tapi masih berhati hati berbicara. Saya pun tak kurang dalam hal ini. Jadi, perjalanan pertama bersama 12 tamu ini pada awalnya agak sunyi, kerana ada yang masih mahu menjaga tertib, paling tepat, 'ekornya belum keluar'.

Tapi kita tunggu ajelah nanti di Padang.

Faridah bersama Haikal dan Adam @ Tegar.

                                               
Alif , Abang Man dan Mohd Siraj. Sempat abang Man merakam foto anak anak isteri beliau

Haziq yang awal sambut 'offer' saya untuk duduk dikerusi saya di seat 22F

MakSu Naimah dan Eppy

Pesawat bergerak menuju kelandasan sekitar 750 pagi seperti yang tertera dijadual. Cuma menanti penerbangan sebenar sehingga 15 minit. 

Perjalanan lancar, dan saya sengaja tidak mahu memesan apa apa makanan untuk penerbangan ini kerana masa penerbangan 1 jam 10 minit itu terlalu singkat untuk menjamah makanan.

Bila pesawat mendaki sekitar 30 minit, baru makanan dihidangkan sedangkan lagi 40 minit itu terlalu singkat untuk menjamah makanan yang panas.

Saya tahu semua kelaparan. Memang sengaja pun saya buat begini, kerana sudah tahu di Kota Padang ada hidangan istimewa yang menanti!!

Latiff Hariri
1938 11122013
Sungai Petani

No comments: