Bee Gees

Saturday 21 December 2013

OE81 Kembali Ke Sekolah Curah Bakti - BH Rabu 18 Disember 2013

Berita Harian - Edisi Pendidikan 18 Disember 2013, lebih kurang sebulan kemudiannya......

Ini aktiviti pertama kami yang membabitkan sekolah kesayangan kami semua. Kami ni unik, pada pandangan sayalah, kerana kami bersekolah di All Boys School, dan usia sekolah kami seudah mencecah 130 tahun umurnya!

Kenakalan jangan ceritalah!

Tapi, dalam nakal tu ramai yang berjaya menjawat jawatan tertinggi di Sektor Awam, mahupun Swasta.
Kisahnya sudah saya ceritakan sebaik selasai "Sharing Our Journey" itu bulan lalu. Jadi tak payah nak gebang panjang.....

Sementara yang ini pula edisi TV Colour yang belum tersiar dimana mana Media , hanya di Izzuddinjanaton.blogspot.com .

Terbaik hanya untuk OE81

Saya dah sinonim berdiri dibelakang......

Terima kasih Berita Harian terutamanya Din Selamat, kesemua yang hadir sepertamana foto tesiar, EO81 yang dibelakang tabir, OEKL atas sokongan dan bantuan, GPK GPK , Guru Guru, Pelajar SPM/STPM 2013 SM King Edward VII Taiping.

Tigers! Roar!!!

Latiff Hariri
0918 21122013
Sungai Petani

No comments: