Bee Gees

Tuesday 17 December 2013

Padang-Lembah Anai-Padang Panjang-Bukit Tinggi

Saya tidur tidur ayam. Ketidakselesaan penghawa dingin sudah saya lupakan. Boleh dikatakan kesemua tetamu Coaster ini lena. Saya masih mengikuti perkembangan Supir yang memandu terlalu berhati hati, mungkin juga 'pick-up' Coaster ini tiada, kerana setiap kali mendaki, Supir terpaksa menggunakan Gear 1!

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang, bila saya mula perasan jalan persekitaran yang mula meluas...., bermakna sudah mula menghampiri Lembah Anai. Saya mula berkata kata untuk mendapat perhatian kesemua tetamu didalam bas, dengan meminta mereka melihat pemandangan indah kiri dan kanan bas. Ternyata, medapat perhatian, kecuali anak anak yang masih lena.

Semua baru bangun tidur....
dalam gerimis.

Sebaik selesai membayar tiket untuk memasuki Lokasi Pelancungan ini, kami terus memanjat gunung kecil bersebelahan untuk menikamati keindahan alam dari sudut yang lebih tajam dan dekat.

Semua gembira dan terpegun!

Ini Air Mancur Lembah Anai.

Perjalanan ke Bukit Tinggi wajib melepasi laluan ini, kecuali anda bercadang menggunakan laluan yang lebih jauh dari yang ini.

Jambatan keretapi, laluan kenderaan dibawah, serta air terjun disisi membuat suasana disini begitu nyaman dan syahdu sekali.


Kami berada disini sekitar 30 minit sahaja, kerana perjalanan masih jauh . Saya jangkakan sekiranya tiada halangan atau hentian dimana mana sebalum memasuki bandar Bukti Tinggi, ada lagi satu setengah jam untuk tiba ke destinasi.

Sebaik keluar dari lokasi air terjun ini, tetamu semua sempat membeli jajan dan air mineral untuk alas perut. Sebenarnya, Ad sudah sediakan air mineral yang cukup untuk setiap tamu. Tetapi, biasalah, nak mencuba air berperisa, serta nak belajar guna uang rupiah. 

Mereka pertamakali berbelanja dengan Rupiah disini.

Bas bergerak perlahan mendaki, dan kami tiba di hentian wajib setiap kali, pertama kali sampai dari Padang ini.

Rumah Makan Pak Datuk.

Saya tahu semua dah lapar, saja saya dan Ad taha perut mereka!

Malangnya bateri handphone saya ini semakin susut tenaganya, jadi suasana didalam Rumah Makan Pak Datuk ini tidak terakam , dan saya tidak sempat untuk memuatnaik foto foto dari kamera Compact anak saya. 

Ini pertamakali mereka mencuba masakan orang Minang dan ternyata kesemua tetamu memuji keenakkannya. Saya cuba mengajar mereka menjamah Gulai Lemak Otak, hanya Faridah dan Abang Man yang mahu mencuba.

Selesaikan Solat Jamak di RM Pak Datuk, dan bas bergerak semula mendaki ke Bukit Tinggi.

Sebelum tiba , kami sempat berhenti seketika untuk mencuba kuih asli Bukit Tinggi, Bingka Neraka! Disisinya pula ada Butik Pakaian, jadi tercapailah citi cit tetamu yang tak sabar sabar mahu berbelanja.

Tiba Bukit Tinggi sekitar Isyak, iaitu sekitar 745 malam . Saya segerakan urusan cek-in. Kesemua kami  dapat kamar dilantai Satu berdekatan. Abang Man sebilik dengan anak isterinya, Aspah dua bilik, isteri dan anak saya, serta saya dan Siraj.

Biliknya ok, tiada kemewahan .
.
Menara Jam 840 malam.

Sebenarnya mereka mahu berbelanja. Tetapi sebaik memasuki perkarangan Jam gadang ini, saya dapati kemeriahan tidak sepertimana 2 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2011. Agak sepi dari peniaga jalanan. Jadi kami hanya cuci cuci mata aje lah.

Anak anak ini dah terpandang sesuatu yang unik didepan mata mereka, lalu, tak banyak soal, saya tempahkan 3 kereta kuda untuk tunggangan mereka kecuali saya dan anak isteri saya sebab kami dah biasa menaikinya. Faridah tidak mengikuti kami malam ini kerana terlalu keletihan..

Budak budak yang terlalu teruja untuk manaiki Bendi.

Keliling Kota Bukit Tinggi, harganya Rp50,000 

Sementara menanti mereka, kami merayau cuci mata lagi.

Kami tidak betul betul belanja malam ini. Lebih kepada mencuci mata. Memasuki konpleks membeli belah besebelahanpun, kami kelewatan. Banyak toko toko yang mula tutup perniagaannya kerana jam sudah melepasi 9 malam.

Saya cuba mencari Rumah Makan berdekatan Hotel Ambun Suri, ternyata sudah tutup semuanya. Jadi, tiadalah kami makan malam ini. Saya harap tiada yang kelaparan, kerana makan tengahari yang lewat di Rumah Makan Pak Datok tadi pun, perut saya masih terasa kekenyangannya.

Tapi , budak budak remaja ni saaya tak tahulah. Sebab saya pun pernah remaja, memang selera tengah kuat.

Lena sekitar pukul 11 malam. Esoknya Siraj memberi komen tetang tidur saya, nak kata apa, memang teramat letih dan tak cukup tidur pun.

Latiff Hariri
1828 17122013
Sungai Petani

No comments: