Bee Gees

Tuesday 31 December 2013

Jumaat 6 Disember - Sarapan Kopi Daun Malberi

Pagi ketiga ini, tidur saya kembali normal. Apa yang saya ingatkan, saya kurang melayan TV di Indonesia untuk kali ini. Selalunya , saya suka melayan Berita dan lawak jenaka di TV. Mungkin letih , atau juga usia yang semakin tua!! Hehehe

Pagi ini saya nak bersentimental dengan Gunung Marapi yang terletak dibelakangnya Hotel Ambun Suri. Sebaik membuka pintu kamar ke arah verendah bilik ini , ternyata cuaca amat baik. Tiada kabusnya. Terus saya bergegas ke lobi, mengajak sesiapa dari rombongan ini untuk melihat satu pemandangan yang jarang kelihatan untuk tetamu tetamu jauh ini.

Gunung Singgalang berhadapan Hotel Ambun Suri.

Sarapan bermula jam 7 pagi. Macam biasa, yang awalnya kami. Abang Man dan Faridah yang terakhir. Ad sudah memaklumkan kami bahawa pergerakkan hari ini bermula jam 9 pagi. Jadi kami berkesempatan untuk berjalan kaki ke Jam Gadang untuk mencuci mata seketika. Sempatlah jugak mereka ni berbelanja membeli kerudung.

Komen mereka, di Aur Kuning lebih murah.

Upin Ipin mencari Tegar sebenarnya, jenuh si Adam melarikan diri.

Sekitar 9 pagi, saya mengarahkan semua berpatah balik ke Hotel kerana pasti Ad dan pemandu bas sudah menanti.


Ini bas 27 seater yang lebih selesa kerana kami duduk 2 bangku seorang.

Ad memulakan celotehan pagi beliau dengan memberitahu kemana arah tujuan pagi ini. Saya dah tahu dah nak kemana, cuma tetamu tetamu ni aje yang tak tahu. Nak sarapan lagi sekali.

Perjalana keluar kota Bukit Tinggi ini mengambil masa lebih dari sejam. Menuju ke arah timur, ke arah Payakumbuh. Tapi, sebelum sampai kedsitinasi, kami akan berhenti dahulu ke kilanmg kopi ini untuk sarapan.

Tiba di lokasi melepasi pukul 1030 pagi.

Terpegun agaknya melihat kopi daun malberi, gratis.

Cuba aje Bang Man, kalau rasa pelik dari biasa.

Anak anak bermain congkak sementara menanti hidangan.

Air kopi daun malberi bercawankan tempurung.

Sempatlah kami membeli jajan untuk kudapan didalam bas ini sementara masa untuk tiba di Istana Besar sekitar 12 tenghari

Abang Man dan Siraj

Bas ini sesuai untuk 20 tetamu. Sekiranya lebihan pun sekadar dua atau tiga penumpang sahaja, baru suasana perjalanan akan lebih selesa.

Kami tiba di Pagarruyung pun sekitar waktu Zuhur/Jum'at. 

SELAMAT TAHUN BARU 2014!!

Latiff Hariri
1918 30122013
Sungai Petanu

No comments: