Bee Gees

Monday, 9 September 2013

Majlis Hari Raya Masjid Al-Amin

Ini adalah tahun ketiga berturut turut Masjid Al-Amin mengadakan keramaian Edi Fiti.

Bermula pada Tahun 2011 , dengan segala kekurangan serba serbi. Dari segi pengurusan, dari segi komunikasi, dari segi muafaakat. Banyaj kekurangan ketika itu.

Tapi, sejak pertukaran AJK Masjid sebelum PRU13 yang lalu, sedikit sebanyak sudah kelihatan perbezaannya. Pentadbiran yang lalu agak 'trerkongkong' dan kurang mesranya dengan penduduk setempat. 

Saya suka semua ini.

Dahulu, bila sesebuah Taman atau perkampungan sekitar mahu melakukan jamuan, akan jadi pertembungan dengan taman/perkampungan berdekatan tentang menu masakan yang dipilih. 

Kini tiada lagi.

Setiap Taman / Perkampungan diwajibkan menyediakan menu yang telah diundi supaya perbezaan juadah dapat di kongsi bersama.


Tahun ini TTI mendapat Rojak sebagai menu.

Acara ini bermula jam 10 pagi. Terdapat lebih dari 10 khemah , yang mana setiap khemah diwakili oleh 2 Taman/Perkampungan berhampiran. TTI mendapat khemah bersebelahan dengan pintu pagar Masjid Al-Amin.

Ini antara orang kuat TTI/TST 

Pada awalnya sambutan agak perlahan, tetapi sebaik masuk waktu 12 tengahari, kadaan menjadi sesak seakan akan Pasar Ramadhan. Menjadi lebih menarik, bila si Jan memulakan kempen dengan memanggil para tetamu mencuba Rojak Taman Teratai Indah @ Rojak Simpang Kubur Baru!!

Kecuh jadinya. Tapi memang pun kami nak kecuh  supaya suasana ceria.

Bendahari(baju merah) abang Yazid dan Cikgu Najib(Baju biru)

Orang kuat dapur TTI

Ustaz Ibrahim 'terpaksa' menjenguk setiap khemah yang ada, Imam lah katakan

Suasana pagi jam 1030 masih terkawal.

Gerai buah buahan....

Khemah hadirin sentiasa penuh.

Saya tidak mencuba setiap khemah yang ada, lebih kepada berkurung di Khemah TTI sahaja. Khemah Pemuda Sungai Layar wajib dilawati kerana setiap tahun menu mereka adalah Nasi Istimewa serta gulai kari kerbau seekor. Kena sepinggan pun dah cukup , tidak perlu menambahkan lagi kolestrol badan.

Tahniah Masjid Al-Amin. Ramai yang menyatakan tahun ini yang paling seronok kerana teratur dan begitu menarik sekali juadah juadah yang disediakan.

Latiff Hariri
0638 09092013
Sungai Petani

No comments: