Bee Gees

Saturday 21 September 2013

Wisuda ke-3 , Diploma ke-2

Saya tidak boleh mengatur perancanganNya. Saya dah siap nak terbang menziarahi anak saya di Sandakan tu, dalam masa terdekat. Tiket AirAsia pun dah dibeli pada harga termurah RM260.00 dua hala.

Tak murah lagi ke?

Tup tup, anak kata dia nak balik Konvokesyen UPSI pada 11 Septermber 2013, sedangkan tiket AirAsia saya bertarikh 13 September 2013 . Fikir congak fikir congak,argh..... gasaklah. 

Teruskan percutian saya, dan Aqilah dengan Wisudanya.

Diploma Pendidikan Bidang Perhotelan dari UPSI.

Dan diberitakan bahawa Aqilah ditemuramah oleh RTM sebagai salah saorang pelajar terbaik UPSI sesi terkini.

Nak kata apa, Syukur Alhamdullillah. Lepas ni kena buat Masterlah pulak.

Tahniah dari Abah , Ibu dan Adik Adik

Latiff Hariri
2008 19092013
Sungai Petani

No comments: