Bee Gees

Thursday 12 September 2013

Syawal Akhir 1434 TTI

Ini acaranya sebagai pentup tirai Syawal 1434 . Ada yang kata Khamis adalah hari akhir 29 Syawal, ada yang kata Jumaat adalah 30 Syawal. 

Saya tak kisah sangat, yang penting sekurang kurangnya , setahun sekali diadakan perhimpunan begini sesama kejiranan setaman, tak pun dua taman. 

Mengapa dua taman, sebab kejiranan yang bersebelahan Taman Teratai Indah ini, iaitu Taman Sri Tanjung pun merupakan sebahagian dari jiran terdekat terutamanya yang rumahnya bersebelahan dengan Taman ini.

Jumaat 6 haribulan ini, sebaik selesai tugasan saya di pejabat, terus saya memecut laju untuk bersama kejiranan ini.



Cikgu Najib, Jan dan Zul dah mula mengipas lebih dari sejam yang lalu....

Tetamu yang hadir dari kejiranan berdekatan...

Bakso menjadi juadah utama  selain satay.

Fauzi, Jeeb dan Li menjaga gerai minuman.

Saya bersama bang Fauzi beserta jiran dari Sri Tanjung.

Jeeb tukar profesion dari pembancuh teh tarik ke pengipas satay.

Yazid dan saya.

Abang Ghani Pengerusi TTI, serta Abang Rahman mantan Pengerusi.

Abang Halim Samoja, orang kuat Sungai Petani.

Kami disini sehingga menghampiri Maghrib, itu pun ,masih ada 400 cucuk saatay yang samih belum siap dibakar.

Saya kira ini majlis yang paling berjaya yang pernah kami adakan. Walaupun kewangan terhad, dengan semangat kejiranan, tersedia 2000 cucuk satay dan seperiuk besar Sup tulang dan bebola ikan untuk dijamah para hadirin. 

Ada juga jiran jiran yang datang berbuah tangan sebagai penambah juadah untuk dinikmati bersama.

Tahniah dan Terima Kasih kepada Yazid, Cikgu Najib, Jeeb, Fauzi, Li, Zul, Tart dan Jan yang saya perhatikan begitu aktif menceriakan Taman kami ini sejak kebelakangan ini.

Latiff Hariri
2058 11092013
Sungai Petani.

No comments: