Bee Gees

Wednesday 4 September 2013

Sarana IbuBapa PMR/SPM 2013

Ahad pagi 25 haribulan ini, saya beserta Tuan Haji Shahabudin YDP PIBG, tetamu terhormat mantan GPK Cikgu Ramli dan Cikgu Muhammad dijemput hadir untuk mewarna acara tahunan SMK SunLay ini.

 Acara kebun pagi minggu ini saya tukarkan ke petang minggu sahaja.


Tuan Haji Ismail Othman, Cikgu Muhammad , Tuan Hj Shahabuddin dan Cikgu Ramli


Acara bermula sekitar 850 pagi, dan dijangka tamat sekitar 10.30 pagi....


Kata kata aluan dari Pengetua, serta hala tuju anak anak SunLay  yang bakal mewarnai masa hadapan negara. Cikgu Ismail , seperti Pengetua Pengetua yang lain, mahukan peningkatan akademik dan sukan, setiap tahun.

Cikgu Muhammad merupakan guru disiplin pertama SunLay. Kenangan yang agak berat untuk beliau terima, kerana beliau merupakan anak asl SunLay , dan hampir keseluruhan warga SunLay mempunyai pertalian saudara dengan beliau. Bila berlaku masaalah disiplin, tindakan yang beliau ambil adakalanya membuat beliau serba salah, kerana ada yang pangkat anak anak buah, dan cucu cucu saudara beliau. Sepertimana manusia lain juga, perasaan kekeluargaan terpaksa diketepikan demi mentertibkan anak cucu beliau di SunLay.



Jamuan kecil sebaik selesai acara.

Lontong.

Apa yang saya suka, kerana susahnya mengawal statistik ponteng di SunLay, team Komuniti Prihatin dimulakan oleh Tuan Pengetua. Hasilnya ramai pelajar yang ponteng ditangkap oleh warga ibubapa ini dan dibawa masuk ke sekolah. 

Selain itu, kamera zoom digunakan untuk merakam foto mereka yang ponteng.

Pertunjukan slide wajah anak anak ponteng ditayang sekali imbas semasa ucapan Pengetua, dan saya dimaklumkan ada Bapa yang sudah 'marah' bila terlihat foto/motosikal anaknya terpampang di skrin Dewan Semarak. Bukan marahkan Pengetua, tetapi sebaik selesai acara, Bapa tersebut terus memberi isyarat amaran kepada anak beliau yang berada di kelas bersebelahan Dewan.

Keaktifan Pengetua dan kesemua kakitangan SunLay dalam mendisiplinkan pelajar amat saya kagumi, begitu juga Team Prihatin komuniti yang bekerja secara rambang setiap pagi memantau anak anak ponteng.

Petang Isnin ni pulak, sebaik selesai kerja, saya pulang ke rumah , tapi sebelum itu singgah pekena teh tarik di gerai berhampiran, dan disapa oleh nana kesayangan rakyat ini.


Nana Maidin penduduk tetap Sungai Layar, kini 76 tahun

Petang ini Nana belanja saya kueteow rebus dan limau ais.

Terima kasih na.

Latiff Hariri
19:48 03092013
Sungai Petani

No comments: