Bee Gees

Sunday 15 November 2009

Latiff Hariri,Uncle Wan,Uncle Hafis

Perjalanan dr Padang ke Lubok Laweh mengambil masa 2 1/2 jam.
Kami tiba jam 1245 wib. Ada dua laluan, satu melalui Sicincin kearah bkt tgi, satu lagi melalui Pariaman. Kami guna laluan Sicincin.
Sicincin ni kira pekanlah jugak, tapi kena lalui kampung Tandikat, sebelum masuk kearah gunung dan hanya ada laluan satu lorong jalan jenis simen blog.

Kampung ni juga dikenali Tigo Gunung, sebab ada 3 gunung keliling, dibahagi kepada 3 dusun. Lubok Laweh, Cumanak dan Palo Koto(Kepala Kota).Terletak dilembah gunung sebab ada sungai mengalir melepasi ketiga kampung.

Lubok Laweh 132 kematian, 51 dibawa keluar, yang baki tertanam hidup2
Cumanak 76 kematian, Palo Koto 32. Digunung sebelah kiri tu agak mistik sebab ada penemuan barang2 mistik spt bantal, lesung etc. katanya tempat bunian.
Direkahan sebelah gunung tu, tempat rumah pengantin yg sedang pesta, emak pengantin didapur mati, sementara pengantin dpt diselamatkan, Dihujung atas ada sebuah rumah yg masih tersangkut , hanya blh dilalui dgn heli msa kejadian.
Dilopak air tu bekas masjid yang dah hapus
ada gerai kopi sebelah kiri, semua di gerai mati, hanya nampak gerai aje. Bendera putih tu tapak kubur lama.
Nofaldi 28 yrs, dimasa kejadian katanya sedang tidur dirumah, dia lari keluar rumah msas gempa pertama, jerit emak dan adik 23thn, dan 2 keponakan yg baru 2-3 hari balik dr Jakarta bercuti di Minang. Tanah waktu itu beralun, ada yang terangkat keatas dan kebawah, dan dia dpt lihat gunung yg kami berfoto to bergerak kebawah sebelum menghempas kampung. Semua pokok karet(getah).
Selepas kejadian, dia merayau cr emak, tp ada org kg kata emak dia bawa cucu2 dan adik ke kedai. Hingga kine tak jumpa.
Sedangkan abang ipar dan kakak naik motor keliling kampung, hanya jumpa mayat, tapi motor hilang.

Kami jumpa khemah Mercy dan Amal Malaysia. Mrk agak aktif, termasuk yg antarabangsa. Mengikut infonya, ramai NGO antarabangsa cuba ubah Aqidah anak2 di sekolah kpd Kristian.
Kalau NGO Muslim beri 1 gula2 kpd anak2, mrk beri 4!!

Secara keseluruhan , tak sengeri Acheh, tapi, trauma kpd yang hidup,
masih ada yang berkhemah dihalaman rumah, dan masih ada gempa kecil, Sepanjang 2 mlm di Padang, kami tak rasa gempa .

Hotel Hang Tuah, still kukuh, i rasa sb owner muslim n dia tak benarkan pasangan bkn muhrim menginap, sedangkan hotel yg 4 atau 5 bintang, tahu tahu ajelah. Hotel Rocky di jln Permindo, pun tutup,
Spt baca dlm harakah , jln Dipenogoro yg kelam setiap mlm n dipenuhi waria, kini sepi.......
Yang kagumnya, mengapa ada yang terpilih dr Allah, hotel Ambacang dan sekitar, hancur, tapi kem tentera bangunan lama didepan mrk, steady aje. Begitu juga Kompleks Matahari, Ramayana, rusak teruk sdgkan toko2 disepanjang jalan tu tak runtuh pun.
Masjid di pergunungan , yang aktif dan penuh aktivity keugamaan, selamat, sedangkan yg sentiasa berkunci atau, org jarang solat berjemaah, hancur lebur.

No comments: