Bee Gees

Friday, 7 March 2014

Tanah Kubur Berasap?

Petang itu, seperti petang petang yang lalu, cuaca kering sungguh.

Dan petang kelmarin juga , saya sudah terperasan ada kepulan asap yang berkepul secara perlahan keluar dari daerah sepi disisi Taman Teratai Indah ini. Hati saya mengerutu, " Siapalah kering hati pi boh api kat situ, tak tahu ke cuaca tengah kering ni?"

(Ada yang komen, orang Taman ni juga yang punya kerja)

Saya tak peduli pun.

Tapi, keesokkan petangnya, keadaan dah lain macam. Angin ribut turut melanda, dan saya mula risau.


Bomba Sukarela tiba dahulu walaupun perbualan talipon dengan kakitangan Bomba SP belum selesai.

Kena tabik tiga kali gang Bomba sukarela ni. Yang sukanya, Bomba SP tanya, " Boleh tak kami hantar Bomba sukarela aje? Kami dah tak cukup kakitangan?".

Tak kan nak jawab tak boleh, kan?

Air mula disembur kira kira 10 minit sebaik mereka tiba, mereka guna Generator kerana tekanan air rendah.

Antara kejiranan yang hadir menolong apa apa yang patut.

Diatas bukit bersebelahan kubur. 

Api merebak laju atas bantuan angin. Jadi kami hanya pandang dari jauh ajelah. Walaupun pap getah boleh sampai keatas bukit, tetapi tekanan air amat rendah.

Mereka memadam yang bersebelahan dengan Taman Teratai Indah sahaja.

Sekitar setengah jam kemudian, datang lagi kakitangan Bomba Sukarela SP dengan dua kenderaan peribadi. Yang terkemudian ini, baru saya perasan, mereka berpakaian seragam Bomba lengkap. Yang dua terawal itu lebih kepada iku apa yang dan....

Bila api memuncak, mereka meminta bantuan tanker, tetapi katanya tanker sukarela dari Kota Kuala Muda.

Lori tanker terlepas Taman kami, 'berlari' laju terus ke Sungai Layar, mungkin ada pamggilan lain yang lebih mencemaskan?

Akhirnya, tiada yang datang membantu. Kami perhati ajelah dari jauh akan kebakaran di atas bukit bersebelahan kubur.

Nasib baik bukan kubur yang terbakar dan berasap, kata kata saorang jiran menceriakan .

Bomba Sungai Petani mengambil alih tugas sebaik selesai Azan Asar. Mereka berada di atas bukit bersebelahan Taman Melati Layar.

Dapatlah berbual mesra dengan mereka, dan dari ceritanya, mereka keletihan mengejar api. Setiap hari tanpa berhenti siang dan malam. Bomba Sukarela banyak membantu walaupun tidak mengikut aturcara yang ditetapkan. Apa pun, katanya, mereka tetap berterima kasih kerana banyak kebakaran yang awalnya Bomba Sukerela yang dahulukan. Bomba Sungai Petani sebagai penyudah.

Dan dari kebakaran kecil hutan sebelah kubur ini juga, terbongkar rahsia, tentang aktiviti tidak sihat penghisap dadah tegar, yang menjadikan hutan ini sebagai Port mereka melepaskan ketagihan , dan mengrelaikan enjin dan badan motosikal yang mereka curi. 

Sebaik Bomba SP memasuki kawasan hutan ini, satu MPV Polis turut masuk dan mengeluarkan bangkai motosikal yang turut terbakar.

Kejiranan  Taman harus lebih perihatin dengan aktiviti tidak sihat ini.

Latiff Hariri
0648 06032014
Sungai Petani

No comments: