Ini kisahnya Mazlan Baba, orang Melaka tu.
Saya memang ingat ingat begitu sahaja beliau ni. Waktu menetap di asrama KE, beliau pun salah saorang yang pendiam dan hanya bersama kumpulan beliau sahaja. Maknanya, bukan jenis yang kecuh waktu di asrama mahupun di kelas.
Tapi saya boleh ingat beliau, cuma beliau yang susah nak ingat kat saya.
Jadi, pagi itu satu temujanji dibuat, sebaik beliau selesai mendaftar anak memasuki UITM Shah Alam. Saya seawal pukul 11 pagi sudah tercegat di dalam Kompleks PKNS itu.
Adalah lebih setengah jam saya duduk disini .
17 tahun yang lalu, Kompleks PKNS ini menjadi tempat pilihan saya untuk bersiar berbelanja. Kedai gunting rambutnya menjadi pilihan saya , gerai makanannya pun banyak pilihan. Selain dari berdekatan dengan rumah saya di Seksyen 4 itu. Kini, dah banyak perubahan didalamnya
Sebaik talipon berbunyi, saya cadangkan kepada beliau untuk datang ke Kompleks PKNS ni aje. Memang nyaman pun dalam kompleks ini. Kalau bertemu di luar, harus keluar lagi dan mencari parkir di persekitaran . Saya pasti, pagi Sabtu ini kebanyakan restoran penuh dan susah untuk mencari parkir.
Bertemu sekitar menghampiri pukul 12 tenghari.
Mazlan dan isterinya.
Terungkailah serba sedikit kisah perjalanan hidup sebaik meninggalkan King Edward itu.
'Brunch' kami. Mihun Soto dan Mee Kari.
Mazlan merupakan mantan kakitangan UiTM . Pencen awal. Adakalnya saya cemburu dengan kumpulan pencen awal ni. Isteri baliau juga merupakan kakitangan Uitm. Jadi , tidak menjadi kekok bila isteri isteri kami ni berjumpa, semua staff UiTM mereka kenal, kecuali diri masing masing.
Agak lama kami berbual. Saya rasa melepasi pukul 1 tengahari.
Dulu kat KE saya pun kenal gitu gitu aje dengan Mazlan, sebab dia bukan jenis yang kecuh kecuh tu waktu di asrama mahupun dalam sekolah.
Terima kasih Mazlan kerana sudi meluangkan masa untuk kami sekeluarga
Latiff Hariri
0638 10032014
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment