Bee Gees

Thursday, 13 May 2010

Gunung Jerai/Salam Perpisahan

Tiada rencana mahu kesini lagi , selepas hilangnya Ayah Long berjoging pada hari Sabtu .Tetapi, bila melintasi susur keluar Kepala Batas, terpampang didepan mata, banjaran kecil Gunung Jerai .

' Yang itu Gunung Jerai? ' Ayah Long menegur.

'Ya ', jawab saya. ' Kenapa, Ayah Long nak pergi ke? ', saya menanya, tanpa menunggu jawapan dari Ayah Long, 'Jom, kita terus kesana. dekat aje'

Walaupun Che De memprotes, katanya jauh dan masa terbuang , saya teruskan. Dari Kepala Batas tak sampai pun 20minit , kami sudah keluar Tol Gurun. Perut masih terasa kenyang, tetapi memikirkan inilah kalinya yang Ayah Long berada di Gurun, saya terus ke Gerai Pak Su meminta 5 hidangan laksa dan 1 dibungkus. Che De menolak , katanya masih kenyang. Dan saya memang suka , bila sesiapa jua tetamu saya, memuji keenakan masakan di gerai yang saya bawa.


Laksa Pak Su. Paling 'kaw' di Negeri Kedah ni. Terletak berhampiran lintasan keretapi Gurun, dari arah Jeniang atau susur keluar Tol Gurun

Perjalanan sebenar dari kaki Gunung Jerai ke puncak adalah 12 km, dan kami tiba setengah jam kemudian, di Hotel Regency Gunung Jerai. Kini telah diswastakan , dahulu milik penuh PKNK. Penswastaan dilakukan oleh mereka dan kroni kroni. Dahulu, walaupun agak daif bangunan banglo/hotelnya, memang didalam jangkauan marhain untuk menginap. Satu banglo 3 bilik baru RM120 , kini satu bilik bermula dari RM200, dan berakhir RM500.
Pengunjung pun tak dibenarkan sewenang wenang memasuki kawasan Hotel. Agak menyedihkan.

Nikmati keindahanan suasana puncak Gunung Jerai , berpemandangan Sawah Bendang dan pantai serta Pulau Bunting yang saya kayuh tempohari.



4km ke puncak, Muzium Perhutanan Gunung Jerai




Banglo 3 bilik ni, dulu la, sekarang di jadikan 3 bilik berasingan pada harga RM200++ minima satu bilik. Ni kerakusan maksima mereka. Cuma yang terkini ni gah lah, yang dulu, macam rumah rehat tahun 70an.

Bunga bungaan


Romantikkan , pemandangan ini.


Dataran Pemandangan disiang hari, bertukar menjadi tapak BBQ dimalamnya pulak.


Ayah Long


Pulau Bunting dari puncak dataran Gunung Jerai


Sebahagian dari Sawah bendang yang kelihatan, kedudukan dataran ni agak mengereng, jadi Lebuhraya Plus tidak kelihatan



Kelihatan Jambatan Pulau Bunting satelah difokusdekat








Hotel Regency ni bakal dirasmikan oleh Baginda Sultan Kedah dalam masa terdekat ni. Kerja ubah suai terakhir sedang rancak dilakukan


Kaunter bas Cekap Expkress, satu satunya bas ke Kemaman dari SP


Stesyen bas ni adalah sementara sahaja, kompleks sebenar dalam pembinaan, dan memang, setiap bas express hanya akan meninggalkan penumpang di tepi jalan berhampiran stesyen bas antara pekan, kerana tiada kemudahan seperti di Kamuting Taiping, yang khusus untuk bas express


Salam Perpisahan........ setahun aje Che De Ayah Long , Aisyah di Kulim, lepas ni entah kemana pulak, mungkin ke luar Negara.

Masa bergerak begitu pantas. Kalau di hitung, anak anak hanya bersama kita hingga ke umur 12 tahun, dan selepas itu, mereka akan pergi hingga mencapai umur 23-25 tahun, sebelum tamat pengajian mereka, dan kita kembali keasalnya berdua, lainlah kalau anak kita satu team bola, atau seperti keluarga Bapak, yang kurang 2 orang, boleh mewakili permainan Ragbi menentang SMK King Edward.

Insyaallah Ayah Long, kita ketemu dipercutian sekolah dihujung tahun nanti.

Ok, ni dah dalam perjalanan ke PPUM KL menziarahi rakan kita disana.


Latiff Hariri
0745 14052010
Sungai Petani

No comments: