Pergerakkan pulang dari Luuk Sikaping menuju ke Kampung Haraban seterusnya ke Kota Bukit Tinggi mengambil masa lebih 3 jam. Saya tidur tidur ayam menemani si Ad.
Sebaik tiba, terus masuk Hotel Ambun Suri dan terus menapak ke Pasar Atas untuk berbelanja lagi.
Ramai rakan yang kirim buku karya HAMKA. Murah....sedih, sebab cetak rompak berleluasa.
Kerudung menjadi pilihan anak anak di lereng Pasar Atas.
Sempat tu berbundut....
Terus mencari rumahnya anak buah saya yang menetap di Kota Bukit Tinggi.
Wir minta saya nginap dirumahnya sahaja untuk tahun tahun mendatang.
Malam sebelum keluar 'dinner' ada surptise dari si Ad untuk Faiqah sempena 22 tahun.
Terkejut anak anak siap ada banner.
Untuk meraikan kejutan si Ad dan pengurusan Hotel Ambun Suri, saya pun membawa mereka semua makan makan di Kafe berdekatan untuk berhibur apa apa yang patut.
Baby Nazilah, Ojha, Eka dan Qilah.
Malam ni Ad jadi kumpulan Padi
Aqilah layan mikrafon
Leni, menantu Towkay Ambun Suri pun hadir.
Roni dengan lagu terkininya.
Hingga pukul11 malam, dan letih dan ngantuk.
Esok dah nak balik ke Padang pulak.
Bersalaman dengan kakitangan Ambun Suri. Saya adalah penghuni tetap Ambun Suri sejak 1998.
Perjalanan pulang ke padang kami lakukan sebaik selesai membuat belian saat terakhir di Pasar Atas, anak anak punya cerita.
Makan ikan bakar disisi bendang menghampiri Kota Padang, ini satu lokasi restoran yang enak masakannya.
Kami tiba sekitar jam 4 , terus ke kedai buku Gramedia, cari Novel Novel karyawan Indonesia. Anak anak duk follow selalu dan tahu buah tangan terbaik dari Noverlist Indonesia.
Gramedia Padang - 5 tingkat kedai.
Cek ini di Hotel Bunda, dan terus keluar makan malam sebaik selesai solat.
Ad melayan....
Kalau ke Padang, Rumah Makan ini wajib, ada kelas tersendiri
Pagi Rabu tu kami bergerak seawal 615 pagi ke Bandara. Penerbangan jam 830 pagi.
Tiada masaalah di Chech in atas jasa baik Ad dan rakan AirAsia.
Minum minum dulu.
Perjalanan mengikut waktu. Seperti telah berjanji, akhinya budak OE81 duduk sebelah abang OE65.
Datuk Dr Nordin, mantan Pengarah Veterinar PurtaJaya.
Kami tiba tepat 1030 pagi, sempatlah makan makan dahulu dengan Aqilah sebelum beliau meretuskan penerbangan ke Sandakan.
Selamat Jalan untuk Aqilah pada pukul 12 tengahari.
Saya berdua dengan Faiqah bergerak pulang ke Sungai Petani. Memang mengantuk, tapi kena pandu jua, tak mengharap sangat dengan Eka untuk memandu.
Lentok....
Tiba di Sungai Petani sekitar Asar. Esok dah Khamis, kena pi kerja.
Latiff Hariri
1508 20022015
Sungai Petani